Nama Jasmin Hamid bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni, dia sudah membintangi 20 filem dan lebih 100 drama.

IKLAN

Tidak bersandarkan kepada rupa paras semata-mata, Jasmin yang meniti usia 49 tahun terus bersinar hingga kini walau pun dengan kehadiran ramai pelapis muda hari ini.

Populariti Jasmin Hamid berada dalam kelas tersendiri dan masih ‘laku’ kerana dia bukan saja seorang pelakon versatil. Malah dikenali dengan sikap merendah diri, berdisiplin dan komited dengan kerjaya.

Bagi saja apa watak kepadanya pasti isteri Nazmir Abdul Rahim ini mampu menjayakan peranan tersebut dengan sebaik mungkin!

Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh

November nanti genap dua tahun usia perkahwinan Jasmin. Kian bahagia melayari alam perkahwinan di samping suami tercinta, lakonan terbaharu Jasmin ialah menerusi drama Aku Yang Tersakiti.

Jasmin bertemu jodoh dengan bekas pengurusnya yang disifatkan sebagai ‘pelindung’ kerana menjaga dan menguruskan kerjaya seninya selama ini.

Tanggal 19 November 2021 cipta detik bersejarah buat pasangan ini apabila mereka selamat diijab kabul sebagai suami isteri.

Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid mendedahkan momen istimewa mereka bermula apabila Nazmir dikatakan mahu menjaga pelakon berbakat berkenaan lebih daripada seorang pengurus dan artis.

IKLAN
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh

Meskipun 12 tahun lebih muda daripada Jasmin tapi kesungguhan Nazmir berjaya menambat hati selebriti tersebut yang ketika itu sudah 10 tahun berstatus ibu tunggal.

Jasmin sebelum ini pernah membintangi filem Boss pada tahun 1991 dan dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997 menerusi drama Jutawan Segera. Dia juga menerbitkan filem Kerambit terbitan syarikat miliknya iaitu Cahaya Sina Sdn Bhd.

Lebih mengagumkan, nama Jasmin Hamid tersenarai di antara 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman mengikut laporan sebuah akhbar tempatan. Bukan calang-calang!

IKLAN
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh

Industri seni pada 31 Mei 2022 dikejutkan dengan berita Jasmin Hamid mengalami serangan jantung. Bagaimana pun aktres ini kian sihat dan suaminya sentiasa memantau tahap kesihatan Jasmin.

Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh
Anggun & Versatil Usia 49, Populariti Jasmin Hamid Masih Ada ‘Market’ Dalam Industri!
Kredit Instagram @jasminhamidjh

Terdahulu, pelakon berbakat besar ini pernah berkahwin dengan Ian Rashid pada tahun 2000 namun berpisah lapan tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq.

Jasmin juga dilaporkan mempunyai dua anak angkat iaitu Rohana dan Lukhman Hakim.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/usia-perkahwinan-cecah-setahun-jasmin-hamid-syukur-kembali-jadi-isteri-makin-bahagia/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI