Ajal, maut, rezeki, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Takdir Jasmin Hamid apabila bertemu jodoh dengan jejaka berhati baik yang juga bekas pengurusnya, Nazmir Abdul Rahim.
IKLAN
Siapa sangka, Nazmir yang selama ini menjaga dan mengurus kerjaya seni Jasmin menjadi ‘pelindung’ kepada aktres jelita berkenaan sejak November lepas.
Tanggal 19 November 2021 cipta detik bersejarah buat pasangan ini apabila mereka selamat diijab kabul sebagai suami isteri. Usia perkahwinan yang memasuki tahun pertama pada 19 November lepas kian bahagia di samping anak-anak tersayang.
Jasmin menerusi media sosial miliknya meluahkan rasa syukur atas nikmat dan kebahagiaan hidup berumah tangga.
Kredit Instagram @jasminhamidjhKredit Instagram @jasminhamidjhKredit Instagram @jasminhamidjhKredit Instagram @jasminhamidjh
“Syukur alhamdulillah. Sudah setahun kami bersama sebagai suami isteri. Moga ikatan suci ini mendapat keberkatan Allah dan kekal hingga Jannah. Allah Maha Baik.”
Mengimbas kembali ikatan perkahwinan yang terbina di antara Nazmir dan Jasmin atau ama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, semuanya bermula apabila Nazmir dikatakan mahu menjaga pelakon berbakat berkenaan lebih daripada seorang pengurus dan artis.
IKLAN
Meskipun 12 tahun lebih muda daripada Jasmin tapi kesungguhan Nazmir berjaya menambat hati selebriti tersebut yang ketika itu sudah 10 tahun berstatus ibu tunggal.
Mei lepas, Jasmin yang membintangi Kerambit The Movie diuji apabila mengalami masalah pada jantung hingga dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Berita tersebut mengejutkan peminat seni tanah air namun keadaan kesihatan Jasmin beransur baik.
IKLAN
Terdahulu, Pengasas De-Jay Magic White ini pernah berkahwin dengan Ian Rashid pada tahun 2000 namun berpisah pada 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq. Jasmin juga dilaporkan mempunyai dua anak angkat iaitu Rohana dan Lukhman Hakim.
Moga ikatan suci Nazmir dan Jasmin terus subur serta berkekalan hingga ke Jannah.
Jika anda seorang Instagrammer, nama Fazulkafli pastinya sudah tidak asing lagi. Mana tidaknya, meninjau laman Instagram miliknya iaitu @fazulkafli, dia lebih selesa dikenali sebagai Faz Barbie atau Barbie Malaysia.
Mempunyai pengikut seramai 204K di laman Instagram, pemilik perniagaan Scrub District dan Skinny Dollz ini sering menjadi perhatian lantaran penampilannya yang berbeza dan elegan.
Empunya nama sebenar Farah Hazwani Zulkafli, 36 tahun lebih selesa disapa Barbie ini bercerita dengan panjang lebar bagaimana gelaran Barbie itu melekat di dalam dirinya.
Menurut Barbie, gelaran Barbie Malaysia itu ‘melekat’ pada dirinya ketika baharu sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suami tersayang, Asadel Farhaan Hamdan pada tahun 2016.
“Selepas berkahwin, saya mula mewarnakan rambut dengan rona blonde. Memandangkan saya memiliki kulit yang putih dan ketinggian bagaikan seorang model, ramai yang menggelar saya dengan panggilan Barbie.
Saya juga selesa digelar Barbie dan sememangnya patung Barbie mempunyai keistimewaan di hati wanita,” ujar Barbie sambil wajahnya disolek dengan rona terang seperti merah jambu.
Selain dikenali sebagai Instafamous, Barbie juga merupakan seorang seorang jutawan kosmetik yang sering memberi inspirasi kepada para pengikut laman Instagram melalui video secara langsung mahupun captions di setiap postingnya.
Menurut Barbie lagi, dia mahu memberi dan menjadi inspirasi untuk wanita muda bangkit dan mengejar impian mereka.
“Saya percaya, dengan motivasi dan role model yang betul, setiap individu mampu mengejar impian. Berada di era media sosial, ramai wanita muda tidak sedar bahawa mereka mampu merubah taraf kehidupan mereka dan mengejar impian untuk berjaya.
Saya menjadikan kisah kejayaan saya sebagai inspirasi untuk wanita mudah di luar sana berjaya,” ujar Barbie yang mengusahakan produk kecantikannya sendiri.
Sebagai seorang selebriti media sosial yang memiliki produk kecantikan jenama sendiri iaitu Scrub District dan Skinny Dollz, Barbie berkata sejak zaman remaja lagi dia mengimpikan memiliki empayar perniagaan sendiri.
Hasil kerja keras dan dorongan keluarga, Barbie mengeluarkan produk skrubnya sendiri dan menjadi jenama pilihan nombor satu di atas talian di Malaysia.
Selain terkenal dengan imej seksi, dia juga dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan sikap positif, yakin dan sering memberikan kata-kata semangat kepada orang lain.
Sikap positif dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi banyak diwarisi dari didikan serta pendedahan kedua ibu bapanya yang mementingkan pendidikan dan nilai kekeluargaan yang akrab.
GRADUAN HEBAT
“Barbie dilahirkan dan dibesarkan di Australia serta mendapat pendidikan rendah di Clapham Primary School sebelum meneruskan persekolahan peringkat menengah di Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur.
Selepas menamatkan alam persekolahan, Barbie melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Malaysia dan memperolehi keputusan 3.55 CGPA.
Sebelum memulakan perniagaan, Barbie turut menimba ilmu dengan melalui alam pekerjaan di beberapa syarikat korporat,” ujar Barbie yang pernah bertugas di Petronas, KPMG dan beberapa syarikat bertaraf antarabangsa.
Tambah Barbie lagi, keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat banyak dipengaruhi oleh bapa tersayang, Zulkafli Kasim yang merupakan graduan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Senibina dari Australia.
“Melihat kejayaan mama dan papa mendorong Barbie melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat kerana papa banyak mendorong dan membentuk keperibadian Barbie kini.
I became strong and powerful woman because of him,” ujar Barbie yang sememangnya amat rapat dengan kedua ibu bapanya.
Menurut Barbie lagi, hubungan kekeluargaan sememangnya amat penting buat dirinya dan ia menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan yang dikecapinya kini.
“Barbie amat rapat dengan papa dan mama serta adik beradik. Malah Barbie anggap mama dan papa seperti rakan baik dan sentiasa berdiri di belakang Barbie untuk memberi sokongan dan dorongan dalam perniagaan.
Jangan tidak tahu, Barbie sebenarnya amat manja dengan papa. Papa banyak mendorong Barbie untuk berjaya seperti sekarang ini,” ujar Barbie.
Melihat penampilan dirinya yang mempunyai tubuh yang langsing, sudah tentu faktor pemakanan menjadi salah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh wanita cantik ini.
Mana tidaknya, sebagai beauty influencer, sudah tentu Barbie mahu mengajak pengikutnya mengamalkan diet seimbang untuk mengekalkan kecantikan.
“Barbie mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amat prihatin soal pengambilan makanan. Makan organik tanpa garam, gula dan minyak menjadi pilihan. Barbie juga lebih selesa mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet seharian,” jelasnya.
BARANG BERJENAMA
Melihat deretan tas tangan serta kasut jenama mewah miliknya, Barbie berkata ia merupakan sebahagian koleksi peribadi kesayangannya yang disimpan rapi di kediaman miliknya yang terletak di kawasan kejiranan elit di ibu negara.
Tambah Barbie lagi, antara jenama tas tangan kegemarannya termasuklah Hermes Birkin yang disifatkan sebagai so glamorous.
“Barbie suka tampil cantik dan menarik. Antara jenama pakaian kegemaran Barbie termasuklah Herve Ledger dresses,” ujar Barbie yang gemar mengunjungi London dan Paris sebagai destinasi untuk membeli-belah.
“Barbie jatuh cinta dengan kota glamor dan gaya hidup seperti London dan Paris. Ia merupakan destinasi wajib dikunjungi untuk membeli belah. Malah London sudah menjadi rumah kedua buat Barbie kerana setiap tahun wajib berkunjung ke sana,” jelas Barbie.
Beruntungnya Rizqaa! Kecil-kecil lagi diraikan dalam sambutan hari lahir serba indah dan penuh meriah. Mana tidaknya, sebagai cahaya mata kepada pereka fesyen popular tanah air pasti kedua-dua ibu bapa Rizqaa sanggup buat apa sahaja untuk ulang tahun kelahiran pertama permata hati mereka ini.
Rizqaa yang dilahirkan pada 2 September 2020 kini membesar dengan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Sejak Rizqaa lahir, dia sering menjadi tumpuan peminat fesyen negara yang mengikuti perkembangan Rizman dan Nurida Suraya. Apatah lagi, anak kecil ini memiliki rupa paras yang comel dan mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Menerusi perkongsian Nurida Suraya di media sosial miliknya, dia meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata tersayang. Kongsi jelitawan ini, “I never knew I could love something so tiny so much, but the day you came into my life I was overwhelmed by all the love I had for you. Thank you for showing me how wonderful being a parent is. Love you sayang Mommy!
To our baby girl who deserves only the very best on her special day. We promise you that we will devote the rest of our life to providing you with unlimited love and affection. We love you so much!”
Sementara itu, Rizman tidak ketinggalan menitipkan ucapan syukur atas kurniaan terindah ini bagi dirinya. “Happy 1st birthday my beautiful princess. Daddy doakan Rizqaa menjadi anak yang solehah, penyejuk hati dan menjadi anak kebanggaan mummy dan daddy, duniawi dan syurgawi.
Thank you so much for giving me, 1 year of wonderful life and to my beloved wife Nurida Suraya. Thank you so much for everything my love.”
Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020. Nurida juga kini merupakan pengasas Rizman Ruzaini Beauty.
Bukan mudah sebenarnya untuk seorang wanita menghakis perasaan cemburu di benak hati. Lebih-lebih lagi bila kelibat suami sering menjadi perhatian di kalangan peminat wanita. Meskipun pada mulanya Dr Azura Abas agak janggal saat disapa orang asing yang mahu bergambar bersama suaminya, namun kini dia mampu menyesuaikan diri.
Ajaibnya, sejak kisah viral tentang doktor kacak dan bertubuh tegap yang merupakan suami kepada Dr Azura ini bertebaran di media sosial, perhubungan antara mereka kian tersimpul erat.
Bergelar isteri kepada Dr Shazril Shaharuddin pada tanggal 30 Mac 2014 setelah lebih lima tahun mengenali hati budi, perkenalan di antara mereka terbina ketika masing-masing menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama.
“Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore. Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.
Memang dekat India lagi dia sudah mula berjinak-jinak dengan seni bina badan dan kerap ke gimnasium. Begitu juga saya. Cuma bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.
Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun di Hospital Serdang,” terang Dr Azura yang kini bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu di samping suaminya.
Biarpun secara jelas terpancar sinar bahagia di wajah Dr Say dan Dr Azura, Nona sengaja menduga hati doktor muda berusia 27 tahun itu. Sambil mengakui pernah terbit rasa gusar dengan tempias dunia glamor Dr Say, wanita yang berasal dari Selangor ini yakin jejaka yang dikenalinya di India dulu masih setia berada di sisi.
“Isteri mana yang tak cemburu bila suami selalu dapat perhatian wanita lain. Alhamdulillah, dia lain daripada yang lain. Bahkan lepas saja waktu kerja, dia akan terus balik rumah. Tak ada benda yang patut dicurigakan sebab selalunya dia akan pulang tepat pada masa. Malah, apa juga yang berlaku di hospital dia akan beritahu saya. Termasuklah cerita peminat perempuan yang datang ke Unit Kecemasan semata-mata untuk bergambar.
Selama tiga tahun menjadi isteri Dr Say, saya tengok dia seorang lelaki yang mementingkan keluarga. Rutin dia setiap hari cuma pergi kerja, gym dan kemudian balik rumah. Kawan pun memang tak ramai di Terengganu jadi kami banyak luangkan masa bersama. Sesekali, ada juga pergi ke pantai atau tengok wayang. Kalau ada cuti panjang, dapatlah pergi melancong luar negara. Rasanya tak perlu terlalu risau sebab dalam perkahwinan masing-masing kena saling mempercayai.”
Difahamkan sejak penyebaran kisah viral tersebut Dr Say turut menerima lamaran sebagai duta produk kesihatan dan bina badan iaitu Mesotropin dan Zofea Beauty. Murah rezeki suami isteri sama cantik sama padan ini. Harapan Nona agar perkahwinan yang dibina terus berlandaskan kesetiaan dan kejujuran serta berkekalan hingga ke syurga.SUZIANAABUDAUD
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...