Kerjaya seni pelakon baru jelita, Anna Jobling dilihat kian menyerlah. Tuah rupa serta bakat menjadikan dirinya antara pelapis industri yang makin menyinar. Bermula sebagai model kemudian menyertai pertandingan Dewi Remaja kini Anna menjadi rebutan produksi. Selepas wajahnya tersenarai antara 100 Wajah Tercantik oleh TC Chandler dan baru-baru ini, Anna Jobling tidak menyangka apabila namanya termasuk dalam senarai individu paling tinggi carian di sesawang enjin Google untuk 2022.
Menurut Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia percaya carian yang dilakukan rakyat Malaysia itu adalah perkara membabitkan karier seninya.
“Jujurnya saya terkejut tersenarai diantara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022. Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu melonjakkan nama saya, juga sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mempercayai bakat dimiliki selain pihak pengurusan yang bekerja keras menyusun jadualnya sebagai anak seni.
“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier. Pihak pengurusan saya, Mask Team juga telah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya.
“InshaAllah untuk tahun 2023 ini saya dalam perancangan melebarkan sayap saya ke negara seberang, Indonesia,” ujar pelakon berusia 22 tahun itu.
Kredit foto: Instagram @annajobling | Sumber: Hype
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Bencana Banjir Di Utara, Tolong Sebarkan PANDUAN KESELAMATAN & KESIHATAN Penting Ini Untuk Mangsa
Khabar mutakhir tentang bencana banjir di utara, setakat petang tadi sekurang-kurangnya 3,232 mangsa banjir membabitkan 887 keluarga telah ditempatkan di 37 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kedah dan Perlis.
Bagi mangsa-mangsa yang telah diarahkan pulang ke rumah masing-masing, tugas pembersihan yang amat memenatkan pasti akan bermula. Tentu terbayang dinding-dinding yang berlumpur, kawasan laman yang berselut serta kenderaan dan peralatan elektrik yang dimasuki air.
Selain bersiap-sedia dengan kepenatan yang menanti, sebenarnya ada banyak risiko lain yang perlu dititikberatkan selepas pulang ke rumah. Ikuti panduan keselamatan dan kesihatan yang Nona himpunkan ini agar kesihatan serta keselamatan anda seisi keluarga sentiasa terpelihara.
(a) Risiko Renjatan Elektrik, Haiwan Berbahaya, Runtuhan & Lantai Licin
- Lakukan pemeriksaan di dalam rumah bagi memastikan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular, lipan atau kala jengking tidak menjadi ancaman kepada anda dan ahli keluarga.
- Periksa tempat-tempat yang mungkin boleh menjadi tempat persembunyian haiwan-haiwan tersebut seperti di belakang almari, kerusi, kabinet dan lain-lain.
- Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan elektrik terutamanya jika air masih bertakung.
- Pastikan keadaan struktur rumah selamat bagi mengelakkan kecederaan akibat objek terjatuh semasa berada di dalam rumah.
- Lantai jenis tile adalah sangat licin bila terendam air dan ditumbuhi kulat. Hati-hati bagi mengelakkan terjatuh dan cedera.
(b) Risiko Jangkitan Kuman
- Air dan tanah yang dibawa banjir mungkin mengandungi pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kulat juga akan tumbuh dengan cepat pada dinding, lantai dan perabot rumah.
- Pakai alat perlindungan diri seperti but dan sarung tangan getah terutama jika terdapat luka-luka kecil pada kaki dan tangan.
- Pakai topeng muka (mask) dan goggles bagi mengelakkan bahan kotoran tidak memasuki saluran pernafasan dan mata semasa aktiviti pencucian.
- Buka semua tingkap bagi memastikan peredaran udara yang baik sebelum melakukan aktiviti pencucian di dalam rumah.
(c) Perkara Mesti Dielakkan
- Jangan bersentuhan langsung dengan bahan-bahan kotoran dan juga perabut rumah seperti sofa yang ditenggelam air terutamanya jika ada luka-luka kecil di tangan. Pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.
- Halang kanak-kanak bermain/berada di dalam kawasan rumah yang hendak dicuci.
- Buang karpet atau bahan seumpamanya yang ditenggelami air banjir kerana ia berpotensi memerangkap bahan kotoran dan bakteria dalam jumlah yang tinggi. Ia mungkin boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda.
- Simbah semua permukaan lantai dan dinding dengan air bagi membuang kotoran. Kemudian basuh dengan menggunakan air yang dicampur bahan pembasmi kuman seperti clorox atau bahan pencuci detergen bagi membasmi kuman-kuman dan juga mencegah kulat (mold) dari tumbuh.
- Alatan memasak seperti periuk dan pinggan mangkuk yang terendam air banjir juga perlulah dibasuh dengan air campuran clorox atau bahan pencuci.
(d) Keselamatan Air Minuman
- Sistem paip. Pastikan flush dahulu semua paip di dalam dan di luar rumah sebelum mengambil airnya bagi kegunaan keluarga anda. Dikhuatiri sistem paip yang ditenggelami air banjir akan mengumpul bakteria yang boleh memberi risiko kesihatan.
- Pastikan semua air minum dimasak terlebih dahulu.
(e) Keselamatan Makanan
- Buang semua makanan yang terendam air banjir.
- Elak memakan makan mentah seperti ulam-ulaman sehinggalah semua keadaan pulih.
- Kupas buah-buahan dan sayuran yang berkulit sebelum dimakan.
- Basuh tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan.
(f) Tong Gas
Peralatan dapur gas memasak dan paip getah boleh dimasuki air menyebabkan aliran gas tersekat dan keluar melalui injap dan liang yang tidak sepatutnya. Periksa sistem gas memasak terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
(g) Peralatan Elektrik
Periksa semua suis elektrik dan peralatan elektrik lain seperti lampu dan kipas sebelum menghidupkannya. Ia mungkin dimasuki air dan kotoran lain yang boleh mendatangkan risiko renjatan elektrik dan litar pintas.
(h) Kebersihan Diri
Kebersihan diri perlu diutamakan. Bersihkan diri anda secukupnya dengan menggunakan sabun mandi setiap kali melakukan aktiviti pembersihan di rumah.
(i) Dapatkan Rawatan Awal
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami deman atau cirit-birit, muntah-muntah dan tidak sihat selepas balik ke rumah, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Norzalina Mohd Alias
Kredit: MMGazette
Rai Birthday Anak Lelaki Ke-27, Wajah Tak Menua Datin Seri Maria Farida Pula Jadi Perhatian!
Baru-baru ini Datin Seri Maria Farida memuat naik video throwback dirinya dan anak lelaki di media sosial bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang. Tak dinafikan, anak terunanya iaitu Mizan Ashley makin meningkat usia dan tampan. Namun, wajah tak menua Datin Seri Maria Farida dalam video berkenaan pula yang menarik perhatian followers!
Figura yang genap berusia 55 tahun pada 28 Mac lepas ini memang sering menjadi tumpuan peminat industri kerana kecantikannya yang tidak mamah dek usia.
Menerusi video di media sosial Datin Seri Maria, ruangan komen dibanjiri dengan pujian peminat yang kagum dengan kejelitaan isteri Datuk Seri Rahman Shakur berkenaan.
Sempena hari lahir anak lelaki, jelitawan ini tidak ketinggalan menitipkan ucapan manis buat Mizan Ashley yang dikhabarkan sedang berhubungan rapat dengan anak Nourul Wahab dan Ajai iaitu Ayu.
Ujar Datin Seri Maria, “My little boy yesterday, My friend today, My son forever. Happy 27th birthday to my sonshine! Mizan Ashley.
I will always be proud of the man you have become always kind and considerate to everyone around you. Born with a good heart and always taking care of me. Wish I made 10 more of you and life would be a better place!
So today, I pray that you receive all the blessings in life and always stay happy. Because you make us all so happy just being you. Happy Birthday mama’s love. May Allah always protect you and keep you safe.”
Datin Seri Maria merupakan selebriti wanita berketurunan Melayu-Filipina. Wajah tak menua Datin Seri Maria Farida raih pandangan! Ibunya iaitu Mahani Maidin atau lebih dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Ternyata, bintang filem Bisikan Cinta berkenaan bertuah kerana Datin Seri Maria Farida warisi gen cantik ibu tersayang. Difahamkan ibu Datin Seri Maria iaitu Mahani Maidin atau dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Dalam temu bual bersama Datin Seri Maria bersama Nona sebelum ini, dia bersyukur atas kurniaan yang diterima hari ini.
“Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif.
Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Dari Kecil Tinggal Dengan Datuk, Ibu Bergaji RM300. Asal Keluarga Susah, Najib Asaddok Bukan ‘Bisnes Air Liur’
Baru-baru ini tular apabila Najib Asaddok, 39, atau nama sebenarnya Mohd Najib Asaddok yang sedang membuat sesi siaran langsung dihujani dengan pertanyaan seorang pengguna laman sosial yang bertanyakan soalan berunsur provokasi mempersoalkan apa perniagaan Najib yang sudah berjaya sehingga layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran. Seterusnya sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial mempertikaikan kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’.
Dia digelar bisnes air liur. Bunyinya mungkin agak sinis, tapi itulah realitinya apabila Najib Asaddok berjaya membina empayar perniagaan dengan memberi perkhidmatan latihan secara dalam talian kepada golongan peniaga.
Namun, Najib yang juga pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 lalu enggan ambil pusing segala komen yang dilontarkan.
“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan. Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti. Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan.
Pun begitu, disebalik kejayaan yang dicapai hari ini, siapa sangka Najib yang berasal dari Benut, Pontian, Johor sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah semata-mata ingin mengubah nasib diri dan kehidupan keluarganya.
“Pada usia 11 tahun ayah saya meninggal dunia. Ketika itu mak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah, sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.
“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah dan menjadi Ketua Kelab Usahawan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka ‘booth’, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan. Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga. Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya.
Kesusahan dan keperitan dilalui Najib tidak menghalang dirinya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya (2018) dan kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).
Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009. Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.
“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes ‘coaching’ atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara ‘offline’. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.
“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.
Sesuatu yang membanggakan buat Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan ‘offline’ yang dibuat secara percuma.
“Perjalanan untuk berjaya ini bagi saya kejayaan milik semua orang. Sesiapa saja berhak untuk berjaya. Bila ada niat kuat nak bantu orang sekeliling, insya-Allah dipermudahkan.
“Dari buku, e-book, video semua saya berikan percuma. Sebab saya tahu ramai nak mulakan bisnes tapi tidak ada duit macam mana saya dulu. Jadi, saya mahu mudahkan mereka. Dari situ juga, skala makin besar sampai sekarang. Daripada bises ‘air liur’ ini juga banyak jenama dan perniagaan yang kita bantu hingga berjaya. Itu juga dengan izin Allah,” katanya.
Berkat kesabaran, usaha dan pertolongan, ternyata itu semua memberikan sinar dalam kehidupannya termasuklah baru-baru ini syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.
Najib juga dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.
“Alhamdulillah, saya sudah berjaya membelikan sebuah rumah buat mak dan ibu bapa mertua. Pada 2019, saya hantar mak menunaikan haji. Baru-baru ini pula, saya membawa membawa isteri dan kedua mentua menunaikan haji. Rezeki nak tolong keluarga, Allah permudahkan semuanya,” katanya.