Baru dapat panggilan telefon dari nurseri, cikgu kata Adam terjangkit kawan dia yang kena demam campak. Patutla dua tiga hari kebelakangan ini Adam on off demam.

Kejap baik kemudian demam balik. Bila dapat tahu Adam kena campak, tak keruan rasa hati sebab proses demam campak ini bukan sehari dua.

IKLAN

Bahan banyak tak siap lagi, daadline pula semakin hampir. Kalau gilir-gilir bercuti dengan suami pun belum boleh menyelamatkan keadaan.

Ada tak yang pernah mengalami masalah ini bila doktor sahkan anak kena demam campak? Anak kena kuarantin dan tidak boleh dihantar ke taska kerana bimbang akan menjangkit kanak-kanak lain?

Perkara pertama yang tercetus, adakah mohon cuti atau cari bahan-bahan untuk proses pemulihan demam campak tersebut.

Umum tahu demam campak ini tiada ubat khusus untuk memulihkannya. Hanya berehat dan membiarkan demam pulih secara semula jadi.

Ada petua orang dulu-dulu yang mengatakan letak daun semambu di bawah bantal pesakit demam campak untuk meredakan. Daun semambu ini biasanya boleh didapati di kampung-kampung atau kuil.

Apa Nak Buat Kalau Si Manja Kena DEMAM CAMPAK? Perkongsian Wanita Ini Mungkin Dapat Membantu

Manakah nak cari daun semambu di tengah bandar ini? Ada juga petua yang mengatakan minum air kelapa banyak-banyak untuk mengeluarkan segala ‘virus’ di bawah kulit.

Puan Liza Aziz berkongsi caranya berusaha untuk memulihkan anak daripada demam campak dengan mencari daun semambu dan sabun untuk mengatasi rasa gatal.

Apa Nak Buat Kalau Si Manja Kena DEMAM CAMPAK? Perkongsian Wanita Ini Mungkin Dapat Membantu

Apa pun demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

IKLAN

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10–12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:

  • Demam
  • Batuk, selesema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
  • Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula di bahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki
  • Ruam akan kekal selama 4–7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah.

Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubeola.

IKLAN

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun, kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imun sistem kekebalan yang rendah.

Antara komplikasi yang sering terjadi adalah:

  1. Jangkitan pada telinga
  2. Jangkitan paru-paru (pneumonia)
  3. Jangkitan pada otak (encephalitis)
  4. Cirit-birit
  5. Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang
  6. Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup
  • Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul)

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. Hamizatul Maizan Mohamed

Sumber: Hospital Tapah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI