Setiap individu mempunyai ego tersendiri. Baik suami mahupun isteri, ego adalah sesuatu yang sering menjadi ‘dalang’ dalam sesebuah pertelingkahan. Ada pendapat mengatakan bahawa ego lelaki sebenarnya lebih tinggi dari wanita, tetapi ego wanita juga tidak boleh dipandang sinis oleh sang jejaka.

IKLAN

Mengatasi ego pasangan bukan merupakan suatu perkara yang mudah kerana ia masalah yang berkaitan dengan sifat seseorang. Namun tidak mustahil sekiranya pasangan yang ego  juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Bagi menangani ego pasangan, anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian ketika berdepan dengan mereka untuk mengatasi sifat ego mereka.

Antara tips menangani pasangan ego :-

JANGAN MENGHAKIMI

Jauhi dari sifat yang suka menghakimi dan menyalahkan pasangan. Individu yang mempunya sifat ego yang tinggi tidak suka untuk dipersalahkan kerana menganggap dirinya diperkecilkan dan oleh itu cuba untuk berfikir dengan lebih mendalam dan mengalah kepada pasangan kerana merupakan cara terbaik bagi mengelakkan daripada keadaan bertambah buruk.

CARA BERKOMUNIKASI

Untuk berhadapan dengan pasangan ego, anda seharusnya mendekati mereka dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut agar tidak menyinggung perasaan pasangan sewaktu berinteraksi. Dengan ini, mereka akan mudah untuk berlembut hati atas kelembutan  bahasa yang digunakan oleh anda.

JADI PENDENGAR YANG BAIK

IKLAN

Setiap manusia dilahirkan dengan naluri kepimpinan yang ingin seseorang untuk menurut perintah namun mereka ini juga manusia biasa dan tidak kesemua apa yang mereka katakan itu seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya pasangan yang bersifat ego itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

FAHAMI PASANGAN

Pasangan yang mempunyai sifat ego ini sebenarnya mempunyai dunia mereka yang tersendiri kerana mereka ini sangat bercita-cita tinggi dan melihat hanya diri mereka sahaja yang betul dalam apa jua situasi. Oleh itu, cuba fahami pasangan dengan melakukan sedikit kajian mengenai mereka melalu sesi berkomunikasi bersama mereka atau menerusi suadara terdekat seperti ibu bapa mereka.

IKLAN

HARGAI PASANGAN

Si dia yang mempunyai sifat keegoan ini juga manusia biasa yang mahukan diri mereka dihargai. Anda sebagai pasangan harus memainkan peranan untuk melembutkan keegoan mereka dengan menghargai pasangan. Anda boleh menghargai pasangan anda dengan pelbagai cara samada dengan memberikan layanan istimewa, berbangga dengan dirinya dan juga mengucapkan terima kasih kepada dirinya atas apa yang telah dikorbankan demi anda. Penghargaan adalah ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan.

BIARKAN MEREKA MENANG

Ego merupakan suatu sifat yang sukar untuk dibuang, namun anda seharusnya bijak bermain dengan kata-kata dan  yang mana dapat membuatkan mereka merasa menang. Individu yang mempunyai sikap ego akan merasa diri mereka tercabar apabila sesuatu yang mereka lakukan itu salah manakala individu lain pula melakukannya dengan sempurna.

Oleh itu, anda harus memainkan peranan penting untuk membuatkan si dia merasai kemenangan dalam situasi yang dihadapi supaya keadaan tidak bertambah buruk. Cuba elak dari berkata sesuatu yang berkisar mengenai kejayaan lelaki lain kerana ini sudah pasti si dia merasa tercabar. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI