Jika Mac lalu Atilia membawa Salamiah Hassan bercuti ke Langkawi, kali ini pasangan ibu dan anak itu dilihat sekali lagi meluangkan momen ‘bonding time’ bersama-sama di bandar raya Melaka. Selain seronok melihatkan hubungan akrab mereka, ramai juga terharu dan meluahkan rasa rindu pada ibu masing-masing!

“Mungkin kita patut buat show sendiri Ma. Percutian kita semalam seronok sangat, saya harap kita dapat selalu begini.” Atilia

IKLAN

Memilih bersiar-siar di Banda Hilir dan sekitar Jonker Walk, kebahagiaan mereka jelas tergambar dari video yang dikongsikan oleh Atilia. Masakan tidak, sempat naik beca, jalan-jalan sambil menyanyi, menari serta bergurau bersama-sama.

Atilia & Salamiah Hassan Tawan Melaka, ‘Bonding Time’ Ibu-Anak Ni Buat Ramai Terharu!
Instagram @atiliaharon

 

Atilia & Salamiah Hassan Tawan Melaka, ‘Bonding Time’ Ibu-Anak Ni Buat Ramai Terharu!
Instagram @atiliaharon

 

Atilia & Salamiah Hassan Tawan Melaka, ‘Bonding Time’ Ibu-Anak Ni Buat Ramai Terharu!
Instagram @atiliaharon

 

Atilia juga dilihat memandu kereta mewah Mercedes Benz terbaharu, aduhai seronoknya roadtrip ke Melaka macam ni…

 

“Terima kasih bawa Mama keluar semalam. Kita kena selalu begini selama kita mampu. Sayang Atilia.” Salamiah Hassan

Bakal meniti usia emas atau melangkah masuk ke alam 50-an, pastinya menjemput satu perasaan luar biasa di kalangan wanita. Bukan dari aspek perubahan fizikal semata tapi corak fikir dan kematangan terhadap hidup yang dijalani. Inilah yang dikongsi selebriti Raja Putri Atilia Raja Haron atau Atilia, tahun 2023 merupakan tahun terakhirnya dalam lingkungan 40-an.

IKLAN

Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Atilia juga membina kerjaya hebat sebagai instruktor yoga. Berusia 49 tahun, anak kepada biduanita Salamiah Hassan itu dilahirkan pada 15 September 1974 serta mempunyai seorang adik bernama Raja Ahmad Shah.

 

IKLAN

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/tahun-terakhir-dalam-lingkungan-40-an-kini-atilia-haron-pilih-hidup-bahagia-let-go-let-god/

Tampil awet muda dengan potongan rambut pendek, hala tuju wanita genit bersuara merdu ini jelas begitu menginspirasikan.

“Dulu saya pernah memaksa diri hingga terlalu penat. Tapi sekarang saya pilih untuk ‘melepaskan’ dan berserah pada Tuhan. Itulah yang sepatutnya saya lakukan dari mula lagi.

Saya rasa tenang apabila hidup ini dijalani tanpa memenuhi jangkaan sesiapa tapi cukup sekadar hidup untuk kebahagiaan sendiri.” Atilia Haron

Rindu pula dengan mak, terima kasih Atilia kerana selalu ingatkan pentingnya jaga ibu bapa tak kira berapa pun usia kita!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI