Bakal meniti usia emas atau melangkah masuk ke alam 50-an, pastinya menjemput satu perasaan luar biasa di kalangan wanita. Bukan dari aspek perubahan fizikal semata tapi corak fikir dan kematangan terhadap hidup yang dijalani. Inilah yang dikongsi selebriti Raja Putri Atilia Raja Haron atau Atilia, tahun 2023 merupakan tahun terakhirnya dalam lingkungan 40-an.
Selain bergiat aktif sebagai penyanyi, Atilia juga membina kerjaya hebat sebagai instruktor yoga. Berusia 49 tahun, anak kepada biduanita Salamiah Hassan itu dilahirkan pada 15 September 1974 serta mempunyai seorang adik bernama Raja Ahmad Shah.
Hantaran Instagram @atiliaharon
Tampil awet muda dengan potongan rambut pendek, hala tuju wanita genit bersuara merdu ini jelas begitu menginspirasikan.
“Saya berada dalam fasa dimana saya cukup pasti apa yang baik atau buruk untuk saya (masih belajar).
Kini fokus saya lebih jelas, begitu juga perkara-perkara atau orang yang ‘mengganggu’ juga berkurangan. Saya tahu saya tidak perlu memiliki segala-galanya untuk bahagia.
Now i let go and just let god.
Ads
Ads
Dulu saya pernah memaksa diri hingga terlalu penat. Tapi sekarang saya pilih untuk ‘melepaskan’ dan berserah pada Tuhan. Itulah yang sepatutnya saya lakukan dari mula lagi.
Saya rasa tenang apabila hidup ini dijalani tanpa memenuhi jangkaan sesiapa tapi cukup sekadar hidup untuk kebahagiaan sendiri.” Atilia Haron
Kata-kata yang matang dan peringatan yang baik untuk semua wanita tanpa mengira usia! Terima kasih Atilia.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (klik sini).
***
Keakraban ibu dan anak ini, meskipun jarang berjumpa namun tetap terlihat erat. Jemput tonton video eksklusif Majalah Nona bersama penyanyi Salamiah Hassan dan Atilia Haron di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak cara boleh dilakukan untuk menikmati kemanisan rumah tangga. Bagi pasangan pengantin baru ini, aktiviti kesukarelawanan menjadi asbab kebahagiaan pertama mereka usai majlis pernikahan berlangsung.
Kisah Muhammad Ridzuan Osman, 34, dan Nur Afifah Habib, 26, dari Sungai Petani benar-benar menginspirasikan.
Berbeza daripada norma pengantin baru lain yang memilih untuk berbulan madu di tempat peranginan, mereka berdua pula sama-sama menyarung PPE dan menguruskan pengebumian jenazah pesakit COVID-19.
“Jodoh ni unikkan, didatangkan dengan pelbagai cara. Jodoh mereka dengan jalan sukarelawan dan kebajikan ini. Semoga Allah ikat kasih sayang juga dengan cara yang sama.” Ustaz Mohammad Yaakub Yusra
Ridzuan dan Afifah
Pasangan ini baru saja diijab kabul dan bersanding pada hujung minggu lalu di Permatang Berangan, Tikam Batu.
Selang sehari, mereka dilihat sama-sama menguruskan jenazah pesakit COVID-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Amin, Sungai Layar jam 5 petang Selasa.
Muhammad Ridzuan, yang juga ketua operasi Team Pengurusan Jenazah Percuma Hang Cangkul, Murtadha Dakwah Centre (Madad), berkata, sebaik mendapat perkhabaran terdapat jenazah untuk diuruskan dia segera memaklumkan kepada isterinya.
“Isteri saya bersetuju dan kami segera pergi mengambil jenazah di Hospital Sultan Abdul Halim dan membawanya ke tanah perkuburan.
Kami bersama rakan sukarelawan lain sama-sama membantu menyelesaikan pengebumian jenazah lelaki berusia 80 tahun.” Muhammad Ridzuan
Sementara itu Nur Afifah yang bekerja di sebuah restoran makanan Korea tampak tidak kekok memegang cangkul.
“Saya menyertai Team Hang Cangkul ini sejak tiga bulan lalu dan di sinilah cinta saya dan suami mula berputik.
Kami mula mengenal hati budi masing-masing dan suami mula melamar saya untuk dijadikan isteri.
Telah lama saya mengimpikan untuk menyertai badan sukarelawan dan kini saya sudah menemuinya.” Nur Afifah
Selama tempoh tiga bulan pasangan ini telah menguruskan pengebumian lebih 15 jenazah yang meninggal akibat COVID-19.
Mengakui pandemik COVID-19 menjadi penyakit yang amat menggerunkan di negara ini sejak dua tahun lalu, di mana ia telah mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi.
Namun tanggungjawab menyempurnakan jenazah pesakit COVID-19 dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pakaian perlindungan diri (PPE), sarung tangan, pelindung muka dan lain-lain tidak pernah diabaikan pasangan ini.
Jelas pengantin baharu ini, mereka akan terus melakukan kerja sukarelawan ini sampai bila-bila.
Bagi pasangan ini, pengalaman memakai PPE membuatkan mereka menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang masih bertungkus-lumus merawat pesakit COVID-19.
Sumber: Astro Awani / Facebook Darul Murtadha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru berusia 23 tahun namun anak kelahiran Kedah ini sudah pun mencipta sejarah tersendiri yang boleh dibanggakan sebagai seorang generasi muda. Apa yang penting semangat serta keyakinan dirinya wajar dijadikan inspirasi oleh semua golongan belia.
Nurkamil Sophia Ali atau lebih mesra disapa sebagai Sophia bukan calang-calang gadis. Biarpun masih muda namun Sophia memiliki sifat keprihatinan yang tinggi sebagai seorang sukarelawan. Sophia merupakan duta belia Malaysia bagi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) yang berkolaborasi dengan Kementerian Belia dan Sukan.
PERKENALKAN SERBA SEDIKIT MENGENAI DIRI ANDA ..
Saya anak bongsu dalam keluarga dan pelajar Universiti Malaysia Sabah peringkat Ijazah tahun kedua dalam jurusan sains makanan dan nutrisi. Saya seorang yang sangat aktif di universiti khususnya dalam aktiviti seni seperti kebudayaan dan pementasan teater yang merupakan hobi serta minat sejak kecil.
JELASKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PROGRAM KAPAL BELIA ASIA TENGGARA DAN JEPUN (SSEAYP) DAN BAGAIMANA ANDA MENYERTAINYA?
Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) bermula sekitar tahun 1974 yang merupakan program tahunan dianjurkan oleh kerajaan Jepun. Ia mengumpul lebih 300 belia dari seluruh Asia Tenggara dan Jepun. Program ini menyediakan peluang buat belia untuk tinggal di atas sebuah kapal persiaran bernama Nippon Maru bagi tempoh 52 hari.
Belia yang terlibat berusia 18-35 tahun dari berbilang bangsa. Kapal mengelilingi negara ASEAN seperti Kemboja, Thailand, Laos dan Indonesia. Turut disediakan ialah homestay dan setiap negara mempunyai keluarga angkat.
Saya bermula pada Mac 2017. Sebelum menyertainya saya terlebih dahulu melalui proses penilaian termasuk interbiu. Penilaiannya dari segi public speaking, kemahiran berunding dan bakat dalam seni kebudayaan. Saya memiliki kelebihan menari tarian Melayu dan tradisional. Selain memahami budaya, kami juga berperanan untuk menyumbang kepada masyarakat.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI SEPANJANG PELAYARAN?
Memahami proses adaptasi program ini di samping cabaran dari segi hubungan sosial, komunikasi bahasa, amal ibadat, pemakanan dan penjagaan kesihatan. Bagaimana untuk adaptasi dengan gelombang ombak. Saya pernah tidak lalu makan selama tiga hari. Makan saja muntah. Namun saya bersyukur kerana segalanya dipermudahkan.
KEPUASAN DIPEROLEH DENGAN MENYERTAI PROGRAM INI?
Selain mengenali budaya negara-negara ASEAN dan Jepun, kami dapat mengeratkan hubungan dengan menambah kenalan baru. Hubungan kami tidak terhenti di situ malah masih berhubung sehingga ke hari ini.
PRINSIP YANG SENTIASA MENJADI PEGANGAN?
Sentiasa berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru agar dapat memberi manfaat buat diri sendiri dan masyarakat. Di luar sana banyak peluang yang boleh dimanfaatkan oleh generasi muda. Sebab itulah saya gemar melakukan aktiviti sosial yang dapat mendekatkan saya dengan masyarakat.
IMPIAN MASA DEPAN?
Memandangkan minat saya cenderung kepada aktiviti sosial, saya mengimpikan untuk mencipta satu program sosial sendiri. Sasarannya khusus buat generasi muda seperti aktiviti berbasikal mengelilingi dunia. Semoga impian ini menjadi realiti.
Saya sangat kagum dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Beliau menjadi sumber inspirasi saya untuk mencapai kejayaan. Selain menjadi seorang wanita yang tabah, saya juga suka dengan kesopanan beliau menghadapi cabaran khususnya dalam karier. Beliau seorang yang tegas dalam kelembutan.
ANTARA ISU SEMASA YANG MENJADI PERHATIAN ANDA?
Gejala obesiti di Malaysia khususnya di kalangan wanita. Jika dilihat peratusannya kian meningkat saban tahun dan ini memerlukan kesedaran yang tinggi di kalangan masyarakat khususnya berkaitan gaya hidup. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Aktif melakukan aktiviti kecergasan. Kesihatan itu mahal harganya.
NASIHAT BUAT GENERASI MUDA YANG INGIN SUKSES?
Selain bijak mengambil peluang, generasi muda harus ada kesedaran bagaimana menguruskan kewangan. Perlu ada simpanan sendiri terutama untuk kecemasan. Hargai masa muda dengan perkara yang boleh memberi manfaat buat masyarakat.
Kredit Foto: Instagram @sophiaaaali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mengumumkan persaraan dalam dunia nyanyian, guru Bahasa Inggeris Tasha Manshahar kini meneroka bidang baru dengan menjadi seorang usahawan. Lebih menarik, bisnes yang diusahakan itu bakal memberi manfaat besar kepada masyarakat.
Bakat menyanyi dan menulis lirik Tasha, yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan berusia 29 tahun itu mula dikesan melalui YouTube.
Pun begitu, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar merasakan bidang nyanyian bukan menjadi fokus utamanya selepas bergelar pendidik, isteri dan ibu. Beliau mengambil keputusan untuk berundur sekitar dua tahun lepas.
Pernah popular dengan single Selamat Ulang Tahun Cinta, Cuba Teka dan Ragu-Ragu, Tasha yang merupakan isteri penyampai radio Zayan, Raqib Majid kini baru saja selesai berpantang anak kedua.
Menyentuh perkembangan terkini ibu kepada Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi itu, Tasha berkongsi berita bakal membuka sebuah klinik di Wangsa Maju.
“Syukur alhamdulillah, Ya Allah. Sesungguhnya segala sesuatu itu berlaku hanya apabila diizinkan Allah.
Terima kasih Ya Allah kerana selepas dua tahun penuh cabaran, akhirnya di tahun 2022 ini Allah izinkan saya dan suami tercinta untuk memiliki dan membuka sebuah cawangan klinik berkonsep mega, Megaklinik Zahran bertempat di Wangsa Maju.
Semoga dengan usaha ini, kami dapat menyumbang semula kepada masyarakat. Seiring dengan ucapan Dato’ @nafidzrazak tadi, kita nak berjaya supaya kita boleh sumbang semula kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Doakan ya.
Klinik belum mula beroperasi. Once dah ready, kami akan maklumkan. Ada tak orang Wangsa Maju sini?” Tasha Manshahar
Foto: Koleksi Peribadi Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman
Menjadikan pengasasnya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman dan Dato’ Mohd Nafidz Razak sebagai inspirasi, Tasha berhasrat untuk memberi manfaat kepada ummah melalui bisnes ini.
Kumpulan Megaklinik Zahran merupakan pioneer dalam menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 dari rumah ke rumah.
Melalui pelbagai inisiatif perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, Megaklinik Zahran baru saja dinobatkan anugerah ‘The Brand Laureate – Bumiputera Best Brand Award’.