Seronok membaca pengalaman pempengaruh media sosial terkenal, Auntie Purple, yang berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa baru-baru ini. Perkongsiannya benar-benar menyentuh hati dan secara tidak langsung membuatkan ramai yang belum berkesempatan menziarahi masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam ini rasa teruja untuk datang ke bumi para anbia suatu hari nanti.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, figura berusia 47 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa dan mengajak lebih ramai umat Islam mengimarahkan masjid berkenaan.
Katanya, peluang itu bukan sekadar satu perjalanan biasa tetapi satu pengalaman rohani yang mendalam. Ujar Auntie Purple, pelancong perlu mendapatkan permit khas untuk ke sana dan akan berdepan banyak ujian daripada pihak rejim Zionis yang sengaja menyukarkan pelancong Islam menziarahi tempat suci ini.
Dedahnya lagi, pelbagai sekatan dan kawalan ketat dilakukan bagi menghalang umat Islam daripada menziarahi Masjid Al-Aqsa.
Ads
Menurut Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, “Pendapat peribadi Auntie, siapa yang suka travel tu atau sesiapa saja, masukkanlah Palestine Al-Aqsa dalam list korang. Selain haji dan umrah, ikhtiar dan usahakanlah ke tanah ini.”
Tambahnya lagi, “Tour guide, driver, hotel, restoran, peniaga buah, sayur, driver buggy, cleaner masjid, semua orang Palestine. Secara tak langsung, dengan kita datang ke Masjid Al-Aqsa, kita bantu ekonomi mereka yang sedang bergelut di tanah air sendiri.”
Ads
Auntie Purple turut berkongsi realiti kehidupan rakyat Palestin di Old Town Jerusalem yang menurutnya kini didiami lebih 91 peratus penduduk Palestine. “Dorang dah tak ada tempat nak pergi. Kena kepung dengan Zionis, kena pakai mata wang Zionis, kena ikut arahan Zionis. Nak keluar ke Gaza lagilah tak boleh!” jelasnya.
Dia juga menceritakan pengalaman perbualannya dengan seorang penduduk Palestin bernama Hassan yang berkata, “Zionis ketuk pintu rumah kami tengah malam dua kali tu benda biasa dah. Kalau dorang tak kacau tu luar biasa.
Kalau Zionis nak lumpuhkan bandar Jericho ni senang je. Dia pasang pagar dan letak enam orang askar lengkap senjata. Nah, habislah kami. Nak keluar tak boleh, nak masuk pun tak boleh.”
Ads
Masjid Al-Aqsa
Pesan Auntie Purple lagi, “Lebih ramai orang Muslim datang ke Masjid Al-Aqsa lebih ‘hidup’ masjid ni. Datanglah. Ambil pahala solat 500 kali ganda di Al-Aqsa.”
Nama Auntie Purple mula dikenali di platform media sosial selepas dia menceburi bidang penghasilan kandungan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2021. Beliau menggunakan gelaran ‘Auntie Purple’ kerana sering menghasilkan video dengan pelbagai koleksi barangan berwarna ungu.
Perjalanan Auntie Purple ke Masjid Al-Aqsa bukan sekadar catatan perjalanan, tetapi satu bentuk dakwah dan kesedaran kepada umat Islam agar terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan mengimarahkan masjid yang mulia ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pelawak Sharifah Sakinah bukan saja terkenal dengan bakat lakonannya yang bersahaja, spontan dan kelakar. Tapi, Sakinah juga sinonim sebagai artis yang pandai menjaga bentuk tubuh badan dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Tidak hairan lah jika beliau dianggap ikon kepada netizen di luar sana untuk menjalankan kehidupan yang sihat.
Siapa saja tidak kenal dengan Sakinah yang memang seorang wanita lantang bersuara tentang apa jua topik. Terbaru, Sakinah sekali lagi menjadi tumpuan netizen kerana dia memperli artis yang jual produk kecantikan di instagram story miliknya.
“Mereka lakukan drip memutihkan kulit, lepas tu mereka keluarkan produk putih, Haa..tepuk!”, kata Sakinah,
” Sudah tu, cakap mereka putih kerana menggunakan produk itu. Haa..tepuk!”, tambah Sakinah lagi.
Ada betulnya apa yang Sakinah cakapkan itu. Sekarang ni, kebanyakan artis mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dan keluarkan produk kecantikan sendiri. Industri kosmestik saat ini memang sedang berkembang, Mungkin para artis mengambil peluang ini untuk mencari duit lebih nak tampung kehidupan mereka yang harus sentiasa nampak cantik dan mewah?
Sakinah turut perli rakan artis yang menjual produk malangsingan badan tapi tidak menggunakan sendiri produk tersebut.
“Diet sampai sebulan dan tak makan, tak exercise lepas tu cakap mereka kurus sebab produk itu. Haa tepuk!”, luah Sakinah.
Sakinah menggunakan trademark ‘Haa..tepuk!’ menerusi drama lakonan beliau sendiri iaitu Bini Aku Dari… Walaupun topik yang dibincangkan agak serious, tapi dengan adanya ‘haa..tepuk’ netizen ternyata terhibur melihat video itu.
Sumber: IG Sharifah Sakinah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan pasangan, Cik Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz ketika ini berdebar menghitung hari menuju hari bahagia mereka sebelum disatukan sebagai suami isteri.
Pengumuman rasmi yang dibuat pada 22 September lepas mengenai berita pernikahan anakanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini nyata menggembirakan ramai pihak khususnya rakyat Selangor.
Menelusuri latar belakang Cik Afzaa, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam BA Development Studies and Economics dari School of Oriental and African Studies dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Sustainable Cities, King’s College London.
Cik Afzaa Fadini juga berpengalaman dalam pengurusan dan perlindungan Kawasan pemuliharaan di bawah pemulihan hutan aktif di Semenanjung Malaysia. Seterusnya meningkatkan biodiversiti.
Menjelang hari pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 2 Oktober ini, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkesempatan menitipkan ucapan romantis buat bakal isteri tercinta.
Dalam masa sama menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas doa serta ucapan yang baik-baik daripada rakyat terhadap perkahwinannya.
Berkongsi rasa tersebut, Raja Muda Selangor menerusi media sosial rasminya turut memuat naik beberapa foto istimewa bersama Cik Afzaa Fadini.
Menerusi foto yang dikongsikan berkenaan, jelas terpancar wajah bahagia bakal raja sehari. Raja Muda Selangor segak dalam busana Baju Melayu rona champagne lengkap bersongkok dan bersampin.
Manakala Cik Afzaa pula anggun mengenakan busana kebarung sulam rona sedondon dan bersanggul.
“Sayang, malam ini saya doa semoga masa depan kita sentiasa indah. Moga Allah lindungi kita, tunjukkan jalan yang baik dan penuh cahaya. Saya juga doa kita nanti dikurniakan keluarga yang sihat, kuat, dan hubungan kita makin kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat-menghormati.”
Tambahnya lagi, “Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor atas doa yang telah dipanjatkan.
Sesungguhnya Beta amat bersyukur atas segala ingatan dan doa tulus ikhlas tersebut terutamanya melalui majlis-majlis doa selamat yang telah diadakan di seluruh negeri Selangor bersempena dengan Istiadat Perkahwinan beta dengan Cik Afzaa Fadini.”
Perkahwinan Raja Muda Selangor
Semalam, 25 September 2025 telah berlangsungnya majlis bacaan Yasin dan doa selamat di seluruh masjid di Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor. Difahamkan Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Ia diadakan bagi memohon doa agar Istiadat Perkahwinan yang dirancang berjalan lancar serta mendapat keberkatan Allah SWT.
Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang. Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025 bersamaan 30 Rabi’ul Akhir 1447H.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tergambar riak bahagia di wajah pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini. Bermula dengan fasa perkahwinan kemudian bergelar ibu, kini Farah Nabilah mencuri perhatian apabila mengambil keputusan untuk berhijab.
Foto: Koleksi Tudung Hijab By HanamiFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
Tidak mahu mengulas panjang tentang keputusannya untuk berhijab namun ibu kepada Andre Omar mengiyakan apabila diajukan pertanyaan tersebut.
Foto: Koleksi Tudung Hijab By HanamiFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
“Saya tak ada nak komen apa-apapun. Lagipun saya rasa tak perlu diumumkan pun.
Cuma apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih banyak kerana ramai yang mendoakan hal ini serta segala kebaikan kepada keluarga saya,” kata Farah Nabilah yang sebelum ini sering memuatnaik gambar memakai selendang di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @farahnabilahofficialFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
Teringat ketika pertemuan kami di sebuah majlis pelancaran tudung dahulu dan sempat bertanya rahsia wanita cantik ini menjaga kulitnya yang halus itu.
Foto: Koleksi Tudung Hijab By HanamiFoto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
“Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.
Farah Nabilah dan suaminya telah diijabkabulkan pada 20 Disember 2019 di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara dan melahirkan Andre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.