Sebut saja program model peragaan America’s Next Top Model pasti ramai yang membayangkan hos program tersebut, Tyra Banks! Program realiti bersiri popular tersebut pernah mencetus fenomena sekitar tahun 2003. Dek kerana populariti luar biasa yang diraih di seluruh dunia, Tyra Banks yang juga penerbit eksekutif diberi kepercayaan mengendalikan program itu selama 12 tahun.

IKLAN

Era kegemilangan America’s Next Top Model yang dihoskan Tyra bermula pada tahun 2003 hingga 2015. Bakat pengacaraan Tyra terus diiktiraf apabila dia turut mengacarakan Tyra Banks Show dari tahun 2005 – 2010.

Tyra atau nama penuhnya Tyra Lynne Banks merupakan personaliti televisyen popular Amerika Syarikat berketurunan Afrika-Amerika. Dia bukan hanya sukses sebagai pengacara malah merupakan model, penerbit, penulis dan pelakon. Sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Tyra dianggarkan mencecah USD90 juta.

Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks

Dilahirkan pada 4 Disember 1973 di California, Tyra yang bakal berusia 49 tahun  mempunyai seorang anak iaitu York Banks Asla. Tidak sekadar berjaya sebagai public figure, Tyra juga bekas pelajar Harvard Business School pada tahun 2011 hingga 2012.

Memetik laporan portal Washington Post, hos America’s Next Top Model ini memiliki sijil dari Harvard University’s Executive Education Owner/President Management Program pada 17 Februari 2012.

Tyra pernah dikritik kerana dikatakan graduan Harvard walau tidak mempunyai sebarang ijazah. Bagaimana pun, menurut kenyataan institusi pengajian terkemuka dunia itu, Tyra tetap diberi status alumni meskipun tidak mempunyai Master atau Ijazah Kedoktoran daripada Harvard.

IKLAN

“CEOs, COOs, presidents and managing directors of companies with annual sales of at least USD5 million.”

Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks
Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks
Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks / Di samping ibu

Ibu bapa Tyra berpisah pada tahun 1979 ketika dia berumur enam tahun. Tyra mengikuti kelas di Harvard Business School pada tahun 2012 dan berjaya menamatkan 9 week non-degree Owner/President Management (OPM). Sekaligus menerima sijil menerusi perniagaan kosmetik miliknya Tyra Beauty.

IKLAN

Dia memulakan karier peragaan pada usia 15 tahun dan menandatangani kontrak bersama syarikat peragaan L.A Models ketika masih bergelar pelajar sekolah. Selain itu, Tyra juga model jenama Victoria’s Secret Angel selama lapan tahun dan model keturunan Afrika-Amerika pertama yang diberi perhatian meluas dalam dunia peragaan di sana.

Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks / Ketika belasan tahun
Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks
Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks
Aura ‘America’s Next Top Model’, TYRA BANKS Alumni Harvard, Usahawan Ais Krim & Miliki USD 90 Juta!
Credit Instagram @tyrabanks

Di sebalik kejayaan model dan hos, Tyra turut bergelar penulis bagi tiga buah buku. Bakat menulisnya terserlah menerusi penerbitan buku Tyra’s Beauty, Inside and Out pada tahun 1998 dan Perfect is Boring hasil karya bersama ibunya pada tahun 2018.

Tyra juga pensyarah jemputan di Standford University dan pernah muncul dalam beberapa klip video muzik, mengasaskan Tyra Beauty pada 2014 dan pemilik Smize Cream yang dipasarkan ke seluruh pelusuk Amerika.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI