Ulat dalam tanah pun diberi rezeki oleh Allah. Burung di dalam sarangnya juga diberi makan oleh Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Pembalas Kebaikan.
Oleh itu, janganlah bersedih hanya kerana soal rezeki. InsyaAllah rezeki itu pasti ada dimana-mana hanya kita perlu berusaha, menggunakan kudrat fizikal yang ada dan bijak berfikir untuk memperoleh rezeki sebaik mungkin.
Jika kita hanya duduk dalam keresahan, kesedihan, keselesaan apa yang cukup-cukup ada, mengharapkan bantuan dan berpeluk tubuh, memang kita tidak akan ke mana. Duduklah di tahap itu selamanya!
Percayalah orang yang bekerja dengan menggunakan tangan dan otaknya adalah kelompok manusia yang lebih bahagia, punya fikiran yang bebas dan tidak rasa terbeban dan tenang.
Sis Kiah kini mengorak langkah, mengubah kedudukannya kepada yang sangat mahal harganya. Hebat Sis Kiah, ibu tunggal anak dua mengorak langkah tanpa menjejaskan keperibadian diri, keimanan, ketenangan dan kesihatan diri.
Ads
Bukan mudah untuk mencapai apa yang Sis Kiah ada sekarang, semuanya di bayar dengan keringat, darahnya, kemuliaan, kesungguhan, merebut peluang dan mengangkat kehormatan dirinya.
Ya! Sis Kiah ni la, Makcik Kiah yang berada dalam golongan B40 iaitu golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara. Pendapatan terendah iaitu RM4,360 dan ke bawah. Bermula dengan jual pisang di tepi jalan, Makcik Kiah belajar buat kek pisang.
Alhamdulillah permintaan kek Makcik Kiah meningkat apabila dua orang anaknya mula mengajar Makcik Kiah untuk membuat promosi jualan melalui halaman sosial media FB dan IG.
Ads
Bermula saat itu, bermulalah perjalanan Sis Kiah menuntut ilmu belajar buat pelbagai jenis kek dan perisa. Langkah itu telah menaikkan taraf kehidupan Sis Kiah sekeluarga kepada kumpulan pendapatan M40 (RM4,361 – RM9,619).
Dah pandai buat macam-macam jenis kek. Sis Kiah lancarkan pakej kek dalam satu kotak ada lima perisa mendapat sambutan hebat dari pelanggan. Tak cukup tangan dibuatnya, Sis Kiah mula membuka pintu rezeki untuk tiga orang ibu tunggal untuk bersama membantu perniagaannya di rumah.
Ads
Alhamdulillah, selepas setahun setengah, Sis Kiah kini memilki sebuah restoran sederhana besarnya. Tersenyum dan bersyukur, Sis Kiah dengan perubahan hidupnya telah melangkah ke dalam kumpulan pendapatan T20 (RM9,620 – ke atas).
Bagi Sis Kiah, walaupun kita berada dalam kumpulan B40/M40, kita harus menjadi pemangkin untuk bergerak dan mencari alternatif lebih untuk keluar dari kelompok dan kongkongan tersebut. Identiti/label ini tidak boleh dianggap atau di salah gunakan bagi menagih kasihan dan belas sewenangnya.
Kita sendiri bijak mencari peluang yang ada dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah kita sendiri dan pada yang sama dapat membantu ekonomi negara. Setiap kumpulan itu mempunyai sumbangan tertentu dan setiap pekerjaan yang baik adalah jalan menuju kebahagiaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru beberapa minit upload, gambar terkini ‘mommy to be’ Mira Filzah raih puluhan ribu likes! Mana tidaknya sejak mengumumkan berita kehamilan anak sulung pada 20 Januari lepas, ini pertama kali peminat menyedari dengan jelas baby bump selebriti cantik berkenaan. Comel!
Perkongsian tersebut dimuat naik Mira ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabatnya di Ampang.
Dalam foto itu, Mira kelihatan cukup ceria di samping Wan Emir Astar yang anggun mengenakan jubah rona pastel. Sedondon dengan suami tercinta.
Mengimbas kembali khabar gembira yang disampaikan Mira dan Wan Emir pada Januari lalu, kandungan aktres cantik tersebut ketika itu memasuki trimester ketiga. Pendedahan itu dibuat selepas mereka pulang daripada bercuti di Eropah.
Mira Filzah sah bergelar isteri Wan Emir yang juga anak lelaki kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid pada 3 September 2020.
Semoga Mira dan kandungan berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wah, tahniah buat Datuk Latif Romly dan Datin Nabila yang bakal jadi ibu bapa tidak lama lagi! Patutlah isteri kepada atlet paralimpik berkenaan kelihatan makin cantik dan berseri-seri, rupa-rupanya sedang berbadan dua. Alhamdulillah!
Perkongsian terbaharu suri hati kesayangan Datuk Latif ini di media sosial nyata mengejutkan ramai pihak.
Bijak menyembunyi perubahan diri daripada diketahui umum, foto terkini Datin Nabila bercuti dengan suami tercinta di sebuah pantai peranginan menarik perhatian warga maya.
Menerusi foto berkenaan, dia anggun mengenakan gaun labuh bercorak bunga-bungaan kuning dan hijau lengkap bertopi serta berkaca mata hitam. Namun paling mencuri tumpuan apabila jelas kelihatan baby bump Datin Nabila!
Rata-rata mereka yang melihat gambar tersebut menzahirkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah.
Tanpa berselindung, pendidik berusia 28 tahun ini menyertakan kapsyen, “Love, Mommy & Daddy.”
Bagaimana pun, Datin Nabila mahupun Datuk Latif Romly tidak mendedahkan usia kandungan.
Meskipun berkahwin pada usia muda namun kedua-duanya matang menjalani alam rumah tangga.
Usia Perkahwinan Datuk Latif & Datin Nabila
13 Disember nanti usia perkahwinan Datuk Abdul Latif Romly dan Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi bakal menginjak tiga tahun. Lebih bermakna, tarikh berkenaan bukan hanya detik hari bersejarah mereka disatukan sebagai suami isteri.
Bahkan, ia juga merupakan hari lahir wanita kesayangan atlet para tersebut.
Tak dinafikan sejak bergelar isteri Datuk Latif Romly, penampilan Datin Nabila menjadi perhatian khalayak. Pastinya rasa bahagia yang dialami wanita ini jelas terpancar di raut wajah sekaligus menyerlahkan aura anggun, cantik dan bergaya.
Difahamkan pasangan ini mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Dalam temu bual Nona bersama Datin Nabila pernah mendedahkan mereka mula berkawan rapat sewaktu Tingkatan 5.
Semoga Datin Nabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rumah tangga di samping Datuk Latif Romly sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanser serviks ialah kanser ketiga paling kerap dihidapi oleh wanita Malaysia, dengan peratusan kes yang dikesan lewat bertambah setiap tahun. Pengesanan awal boleh mencegah kanser daripada berkembang dan menyelamatkan nyawa, sekaligus menurunkan risiko tidak diingini di kalangan orang tersayang.
Sempena bulan Kesedaran Kanser Serviks pada bulan Januari, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) bekerjasama dengan Yayasan ROSE (ROSE) untuk memberi tumpuan pada pembasmian kanser serviks menerusi advokasi pengesanan awal di negara ini.
Melalui Program ‘If Not Now, When? #endcervicalcancer’ (atau ‘Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?’ #hapuskankanserserviks), 300 kit swab pensampelan kendiri PCR Papilomavirus Manusia (HPV) diedarkan kepada wanita di Subang Jaya.
Lima pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak di PJS7, Angsana USJ1, Sri Tanjung USJ16, SS13, dan SS19/7 terbabit dalam program bantuan ini dengan kerjasama SJ ECHO.
SJMC telah membuka kemudahan saringan bergerak di atas trak di kawasan-kawasan yang turut serta untuk memudahkan orang ramai.
Wanita Malaysia berumur lebih daripada 30 tahun yang memenuhi kriteria kelayakan akan diajar cara untuk melakukan ujian kendiri.
Menggunakan satu swab mudah, sampel akan dihantar ke Makmal ROSE untuk ujian PCR HPV dengan keputusan dimaklumkan menerusi SMS dalam masa tiga minggu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), rawatan awal amatlah penting tetapi penyertaan dalam program saringan dan pencegahan masih rendah di Malaysia.
ROSE ditubuhkan bagi menyahut seruan WHO untuk mengurangkan kejadian kanser di negara ini. Program ROSE telah ditubuhkan khusus untuk wanita Malaysia dan menggunakan pendekatan saringan kanser serviks yang serba maju.
Kaedah ini menggabungkan pensampelan kendiri, ujian HPV primer dan platform kesihatan digital menggunakan teknologi mudah alih bagi memastikan wanita yang memerlukan rawatan susulan boleh mendapatkan perhatian yang sewajarnya.
Setakat ini, ROSE Foundation telah berjaya menyaring lebih daripada 21,000 wanita di seluruh Malaysia.
Sasaran Strategi Membasmi Kanser Serviks WHO bagi 2030 termasuk memastikan 90% kanak-kanak perempuan menerima vaksin HPV sebelum umur 15 tahun, 70% daripada wanita disaring dengan ujian prestasi tinggi sebelum umur 35 tahun dan sekali lagi apabila mencecah umur 45 tahun, dan 90% daripada wanita yang disahkan menghidapi penyakit ini diberikan rawatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.