IKLAN

Selebriti terkenal tanah air, Aiman Hakim Riidza kini mengembangkan karier beliau dengan menceburi bidang perniagaan pula. Aiman kini membuka kafe Bakersfellas yang terletak di Dana 1, Ara Damansara. Kafe tersebut bekerjasama dengan rangkaian perniagaan pasta, Pasta Panas bagi menyediakan pelbagai hidangan pasta yang lazat untuk pelanggan kafe tersebut.

Antara menu yang mencuri tumpuan termasuklah Aglio Olio, Carbonara, Mac & Cheese, Salted Egg pasta dan sebagainya. Selain pasta Bakersfellas Kafe turut bekerjasama dengan Hillside Café bagi menyediakan beberapa jenis pastry dan kek. Lebih istimewa, Aiman turut mencipta menu baharu untuk kafe tersebut yang dikenali sebagai Krispy Cream Donut Cheeseburger. Diinspirasi dari kafe jalanan di Amerika Syarikat, Aiman yakin rasanya yang berbeza dengan gabungan manis, masam dan masin sesuai mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Sebelum Naik Pelamin Februari 2020, Ini Persiapan Aiman Hakim Ridza Untuk Zahirah Macwilson

Tidak ketinggalan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, Zahirah Macwilson turut terlibat secara langsung dengan kafe tersebut dengan melancarkan rangkaian pemanis mulut miliknya yang diberi nama Craver. Ais krim hasil gabungan idea Zahirah ini mempunyai perisa istimewa antaranya termasuklah Chocolate Mousse Royale, Bubblegum, Durian, Kelapa, Salted Caramel, Pistachio dan Strawberry Cheesecake.

Aiman yang bertindak sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Corevestor bersama empat lagi rakan perniagaannya mempelopori bidang perniagaan berasaskan makanan dan minuman sejak beberapa tahun yang lalu dan memiliki empat anak syarikat yang masing-masing membawa konsep menu yang berbeza.

Menjadikan Hard Rock Café sebagai sumber inspirasi, Aiman mengimpikan kafe Bakersfellas menjadi satu hub bagi anak muda berbincang dan mengembangkan idea kreatif masing-masing. Lebih istimewa, kerjasama antara Bakersfellas dan Awi Rafael yang memiliki sebuah studio yang dinamakan Newsantara di dalam Bakersfellas.

IKLAN

Sebelum Naik Pelamin Februari 2020, Ini Persiapan Aiman Hakim Ridza Untuk Zahirah Macwilson

Teruja dengan matlamat kewujudan studio di dalam kafe ini, Awi Rafael menjadikan muzik sebagai satu elemen merangsang mood gembira dalam diri seseorang, Malah Newsantara juga merupakan tempat kanak-kanak Autism berkarya dengan muzik dan ia merupakan terapi yang berkesan bagi menenangkan kanak-kanak Autisme.

IKLAN

Sebelum Naik Pelamin Februari 2020, Ini Persiapan Aiman Hakim Ridza Untuk Zahirah Macwilson

Bagi pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan pada Februari 2020 ini, inisiatif mereka untuk mengukuhkan kewangan terlebih dahulu wajar dipuji dan perancangan untuk mengadakan satu majlis resepsi sahaja memudahkan kedua belah pihak untuk meraikan hari bahagia mereka.  Pasti para peminat tidak sabar melihat pasangan sama cantik sama padan ini melangkah ke jinjang pelamin bukan!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI