Lakaran sejarah baharu tercipta 13 Februari apabila Hospital Kajang kini dijenamakan semula kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak hospital berkenaan.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Hadir dalam majlis bermakna itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin tampil menawan dalam persalinan kurung tradisi biru dan putih lengkap tudung rona senada.
Gaya Tengku Permaisuri Selangor Elegan
Gaya elegan Tengku Permaisuri Selangor nyata menarik perhatian khalayak. Baginda mengenakan aksesori Van Cleef & Arpels serta menjinjing beg tangan Goyard warna biru.
Dalam titah ucapan perasmian, Sultan Selangor menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbang pembinaan hospital baharu serta penambahbaikan fasiliti sedia ada bagi menyelesaikan masalah kekurangan katil di hospital utama di negeri itu.
Baginda bertitah langkah itu perlu kerana kepenggunaan katil di beberapa hospital utama kini amat tinggi, sehinggakan terdapat pesakit tidak dapat ditempatkan di katil apabila dimasukkan ke wad.
Ads
Baginda turut menitahkan KKM membina lebih banyak klinik kerajaan baharu di kawasan strategik bagi membolehkan rakyat mendapat akses yang lebih meluas kepada rawatan kesihatan yang dikenakan caj berpatutan.
Baginda turut merujuk kepada isu kekurangan petugas kesihatan kerajaan sehinggakan ada antara mereka yang perlu betugas syif berganda, justeru Baginda menitahkan KKM segera menyelesaikan isu tersebut supaya jumlah kakitangan kesihatan dapat diagihkan secara saksama.
Sultan Selangor Titah Perkhidmatan Kesihatan Yang Baik
Baginda menzahirkan pandangan bahawa perkhidmatan kesihatan di negara ini khususnya di Selangor perlu segera dipersiapkan untuk menghadapi peningkatan pesakit warga emas susulan unjuran Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2035.
Ads
Baginda bertitah perubatan dan kesihatan khusus iaitu perkhidmatan geriatrik bagi warga emas masih di peringkat yang belum boleh dibanggakan berbanding negara lain seperti Jepun dan Singapura.
Pembinaan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Kajang yang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin di atas tanah seluas 5.43 ekar ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia ke-11.
Pusat rawatan ini yang terletak 800 meter dari bangunan utama Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, dibina bagi mengurangkan kesesakan pesakit di bangunan lama serta mengambil kira prasarana yang berusia di fasiliti tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan Bunga Citra Lestari menukar nama di akaun Instagram miliknya dari BCLSinclair ke ‘itsmeBCL’ seolah-olah menguatkan spekulasi di Internet kebelakangan ini bahawa penyanyi terkenal Indonesia berkenaan bakal kembali bergelar isteri tidak lama lagi.
Sejak beberapa minggu lepas, timbul desas-desus menyatakan isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini bakal bernikah pada 2 Disember. Malah kad jemputan pernikahan juga sudah tersebar.
Namun tiada pengumuman rasmi dibuat Bunga, ahli keluarga mahupun pihak yang terlibat.
Difahamkan Bunga Citra Lestari akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan berstatus duda yang dipercayai sahabat lamanya iaitu Tiko Wardhana.
Sehubungan itu, media sosial Bunga menjadi perhatian peminat dan rata-rata mereka mengikuti rapat perkembangan selebriti ini biarpun tiada kenyataan atau sebarang gambar didedahkan ibu berusia 40 tahun berkenaan.
Kali terakhir Bunga dilihat menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair ialah pada 8 November lalu.
Meskipun Ashraf sudah tiada tetapi hubungan ibu bapa Allahyarham dengan BCL dan Noah tetap terjalin akrab. Begitu juga adik-beradik arwah yang sering mengunjungi Bunga di Indonesia.
Kehidupan pelantun lagu Cinta Sejati ini menjadi perhatian peminat di Malaysia lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang meniti usia 13 tahun.
Wah! Tahniah NONA ucapkan kepada angkasawan kebanggaan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menimang cahaya mata ketujuh apabila isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos dikhabarkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.
Berita gembira itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi. Selain itu, Dr Sheikh turut berkongsi perkembangan terkini menyatakan bayi lelaki dan ibu dalam keadaan sihat.
Dr Sheikh Muszaphar berkata, dia amat bersyukur kerana proses melahirkan bayi lelaki seberat 2.98 kilogram dipermudahkan. Beliau juga meluahkan kesyukuran atas berkat doa orang ramai dalam urusan isterinya melahirkan anak lelaki yang keempat ini. Wah makin meriah dan ‘happening’ la keluarga Dr Sheikh dan isteri!
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa,” tulis beliau dalam hantaran Instagramnya.
Untuk perkongsian, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10; Sophea Natasha, 8; kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia dilahirkan pada November 2020.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut serta rakan-rakan artis yang menghujani ruangan tersebut dengan ucapan tahniah. Semoga anak Dr Sheikh akan membesar dan menjadi insan yang berguna dan bermanfaat buat ibu bapa, bangsa dan negara.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam sudah setahun umur anak lelaki pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein. Berkongsi sambutan hari lahir anakanda tersayang baru-baru ini, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimana pun belum bersedia mendedahkan wajah anaknya kepada umum.
Menerusi perkongsian di media sosial, Elly hanya memuat naik sekeping gambar menunjukkan kek hari lahir anaknya iaitu Haider Mateen tanpa kelibat bayi berkenaan.
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Nuh pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang genap berusia setahun pada 23 Oktober lepas.
Selang dua hari lepas hari lahir anak tersayang, Elly turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 suami tercinta yang dikenali sebagai Cikgu Azlan.
“Happy birthday suami mama yang ke-32. Thank you jadi suami dan papa yang baik. Mama, Manja dan Haider love you so much.”
Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia berusia lima tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!