KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N) kepada koresponden sebuah stesyen televisyen swasta yang berpangkalan di London, Haliza Hashim. Lebih istimewa, buat julung kalinya istiadat pengurniaan pingat diadakan di luar negara.

IKLAN
Julung Kali Istiadat Pengurniaan Pingat Di Luar Negara, HALIZA HASHIM  Antara Penerima Bintang Ahli Mangku Negara
Haliza Hashim Doyle

 

Istiadat pengurniaan bintang persekutuan dan darjah kebesaran negeri Pahang tersebut telah berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London pada Khamis 10 Ogos, bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan hari keputeraan peribadi Sultan Pahang.

Julung Kali Istiadat Pengurniaan Pingat Di Luar Negara, HALIZA HASHIM  Antara Penerima Bintang Ahli Mangku Negara

Ianya merupakan satu pengiktirafan atas jasa dan khidmat bakti cemerlang Haliza selama lebih 30 tahun berada di luar negara sebagai pengamal media.

Turut berangkat di majlis pengurniaan bintang tersebut ialah  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan  Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Julung Kali Istiadat Pengurniaan Pingat Di Luar Negara, HALIZA HASHIM  Antara Penerima Bintang Ahli Mangku Negara

Turut dikurniakan bintang kebesaran A.M.N. adalah Zaharah Othman, 69 tahun, wartawan akhbar The New Straits Times dan pengamal media bebas yang juga berpengkalan di London selama lebih 40 tahun.

Julung Kali Istiadat Pengurniaan Pingat Di Luar Negara, HALIZA HASHIM  Antara Penerima Bintang Ahli Mangku Negara

IKLAN

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato’ kepada ahli perniagaan Britain, Ajay Soni.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan berangkat ke istiadat berkenaan.

Julung Kali Istiadat Pengurniaan Pingat Di Luar Negara, HALIZA HASHIM  Antara Penerima Bintang Ahli Mangku Negara

IKLAN

Untuk rekod Haliza, 58 tahun menyertai stesen TV3 sebagai wartawan penyiaran pada 1991, sebelum berpindah ke London pada tahun 1993 dan menjadi koresponden berita dan hal ehwal semasa untuk TV3 sehingga hari ini.

Haliza juga aktif dalam kerja-kerja amal di UK dan telah menerajui badan kebajikan MERCY Humanitarian UK sebagai Pengerusi sejak 2015. Ketika ditanya mengenai perasaannya dikurniakan Bintang Ahli Mangku Negara, Haliza Hashim melahirkan rasa terharu dan gembira di atas pengiktirafan tersebut.

Julung Kali Istiadat Pengurniaan Pingat Di Luar Negara, HALIZA HASHIM  Antara Penerima Bintang Ahli Mangku Negara
Haliza Hashim dan keluarga bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

“Saya sangat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini. Bagi saya tugasan sebagai koresponden di UK dan Eropah ibarat sebagai satu tanggungjawab untuk negara juga. Perlu buat laporan untuk berita yang relevan dan membangun untuk penonton di tanahair.
Penghargaan ini saya kongsi kan dengan keluarga  di United Kingdom dan Malaysia yang banyak memberi sokongan,” ujar Haliza Hashim yang hadir ke majlis istimewa tersebut ditemani suami, Jonathan Paul Doyle serta dua orang anaknya, Edward Iskandar Doyle dan Emma Suraya Doyle.

“Jutaan terima kasih kepada TV3 dan Media Prima kerana terus memberi saya kepercayaan dan tanggungjawab , menyediakan ruang and sentiasa beri sokongan dan tunjuk ajar  untuk saya berkongsi laporan berita dan hal ehwal semasa,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI