Jika sebelum ini, entri Nona ada kongsikan barisan wanita terkaya di dunia, tapi kali ini Nona ingin anda kenali antara kanak-kanak terkaya di dunia. Malah kekayaan mereka boleh bila difikirkan balik, kadang-kadang tak masuk akal.
Kecil-kecil lagi dah memiliki kekayaan seperti itu. Sebahagian daripada mereka memiliki kekayaan dengan usaha sendiri walaupun dengan bantuan ibu bapa. Berikut merupakan senarai 4 kanak-kanak paling kaya di dunia!
1. Puteri Charlotte of Cambridge (3 tahun)
Gelaran kanak-kanak terkaya jatuh kepada adik perempuan Putera George iaitu Puteri Charlotte dengan anggaran RM20.7 bilion. Puteri Charlotte merupakan anak perempuan kepada Duke and Duchess of Cambridge iaitu Prince William dan Kate Middleton.
Ads
Penilaian terhadap kekayaan Puteri Charlotte kebanyakannya disebabkan oleh pengaruhnya dalam industri fesyen.
2. Putera George of Cambridge (5 tahun)
Ads
Putera George of Cambridge atau nama penuhnya George Alexander Louis merupakan abang kepada Puteri Charlotte of Cambridge. Anggaran kekayaan Putera George of Cambridge ialah RM12.4 bilion.
3. Blue Ivy Carter (7 tahun)
Ads
Ibu dan bapa kanak-kanak ini adalah kuasa besar dalam industri muzik iaitu Jay Z dan Beyonce. Blue Ivy Carter mempunyai anggaran kekayaan sebanyak RM4.14 bilion.
Nilai bersih Blue Ivy didorong oleh nilai jenamanya yang semakin meningkat.
Siapa tidak mengenali Ryan? Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ini telah meraih keuntungan hanya dengan membuat kajian semula permainan baru dan bermain dengannya dalam saluran Ryan Toysreview. Salurannya kini mempunyai lebih daripada 17 juta pengikut.
Anggaran nilai kekayaan Ryan adalah sebanyak RM45.5 juta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terinspirasi dengan semangat Muabellaz dan suami tercinta dalam berniaga. Selagi ada kudrat dan sambutan daripada pelanggan, selagi itu mereka berusaha untuk jana pendapatan. Tak hairanlah rezeki pasangan suami isteri ini sentiasa mengalir laju.
Asalkan halal, Muabellaz dan Anuar Ahmad tak segan berniaga. Dari produk kosmetik dan kini menceburi bidang makanan, dah macam-macam jenis produk mereka jual. Laris pula tu!
Baru beberapa bulan lepas pasangan ini menjual Karipap Cinta Bellaz dan Cucur Badak. Terbaharu, mereka buat menu pencuci mulut Baby Tapak Kuda Debab Muabellaz.
Masih ingat lagi penangan luar biasa peminat dan pelanggan setia usahawan Kedah ini yang sanggup berbaris panjang di Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru November lepas.
Berkongsi aktiviti jualan di media sosial, jelas Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, “Siap dah 200biji Baby Tapak Kuda Debab Muabellaz. Cerita dia Bellaz nak jual dekat beg kuning TikTok malam ni tapi Bellaz ingat nak jual dekat page Bellaz dulu.
Fresh baru keluaq dari oven. InsyaAllah puas hati gebu lembut ya amat lemak semua ada. Nak habaq juga dekat Penang nanti insyaAllah Bellaz all out sediakan stok lagi. Weh sticker tak tau tak dan siap lagi. Berat tak masuk kotak 180 gram. Harga RM18 1 debab tu.”
Selorohnya lagi mengenai produk makanan baharu tersebut, “Dia tak kecil, tak panjang tapi debab macam Wara (anak bongsu).”
Kagum betul tengok suami Bellaz siapkan dessert untuk jualan sampai pukul 2 pagi. Lebih bermakna, mereka sibuk menyiapkan juadah tersebut ketika ulang tahun perkahwinan ke-11 pada 25 Disember lepas.
“Syukur alhamdulilah. Tiap-tiap tahun karang ayat untuk dia. Tapi tahun ni tak tahu karang ayat apa dah apa-apa pun syukur alhamdulillah.
Tapi saya sebagai seorang isteri sentiasa mendoakan cinta kita sampai ke akhir hayat. Tipulah kalau tak ada dugaan di alam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri. Love you, Mat Nuart.”
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Moga apa saja bisnes yang diusahakan Bellaz berkembang maju dan menjadi inspirasi kepada golongan wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bait-bait lagu Tan Sri P Ramlee menyergah petang yang damai, “Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa”. Ahh, rindu aku pada Zaleha, aku rindukan gelak tawanya, gurau sendanya, lebih-lebih lagi keletah manjanya. Masih aku ingat saat perkenalan kami di rumah terbuka seorang teman. Dia kelihatan begitu anggun berbaju kebaya merah, rambutnya yang diikat rapi menyerlahkan lagi wajah mulusnya. “Cantiknya dia ni.” getus hati kecil ku. Siapa sangka perkenalan kami di situ membawa aku ke mahligai cinta. Saat awal perkahwinan semuanya indah, namun satu perkara yang aku tidak pernah tahu tentang dia, kompetitif! Suka membanding-bandingkan. Lama aku bersabar dengan sikapnya yang tidak suka kalah dari segala segi, penampilan, gaya dan apa sahaja yang dilakukan. Kesabaran aku sampai ke kemuncak dan aku menangis saat jatuhnya talak! Allahuakbar!
Segala-galanya bermula Ramadan tahun lalu, satu bulan yang amat aku nanti-nantikan. Umat Islam menadah syukur kerana dipertemukan dengan bulan penuh keberkatan ini. Aku? Bukan bulan biasa, bulan ini memberi aku satu ujian yang maha besar. Tibanya Ramadan, Zaleha bukan sibuk menggandakan ibadah, puas aku mengajaknya ke masjid namun ditolak mentah-mentah. “Alah abang malaslah saya nak pergi masjid, abang pergilah seorang. Bukannya saya ada kawan pun kat masjid tu. Saya solat kat rumah je.” Ujar Zaleha.
Bak kata lirik, kerana sayang aku turutkan, itulah aku. Namun jika ada majlis di masjid, Zalehalah yang paling berkobar-kobar, namun bukan kerana ibadah, semuanya untuk menunjuk-nunjuk juadah yang disediakan, segala-galanya over the top. Dari baju ke persalinan sembahyang semuanya berlebih. Bila ditegur dia melenting. “Alah abang ni, saya pakai cantik-cantik buat makanan yang mahal-mahal nak hidang ni abang juga yang bangga, orang puji saya.” Rungut Zaleha. Sayang, tahukah engkau aku mahu engkau seperti isteri-isteri yang lain, bersederhana dari segala segi. Tahukah engkau ramai yang merungut dan meluat dengan sikap mu yang suka menunjuk-nunjuk?
Semakin hampir dengan Ramadan, satu perkhabaran buruk singgah di meja. Syarikat mengalami masalah kewangan dan perlu ditutup. Satu perkara yang tidak aku sangka akan terjadi sebelum tibanya hari lebaran. Pulang ke rumah, aku khabarkan perkara ini kepada Zaleha. “Sayang, I just lost my job, everybody in my company. Syarikat I akan ditutup.” Luah aku pada Zaleha, mengharap suntikan semangat darinya. “What? U kene berhenti? Habis tu macam mana? Ehh kita ada duit lagikan? Siapa nak beli barang-barang persiapan raya. U jangan buat hal. Tahun ni I nak buat rumah terbuka besar-besaran. I dah bagi tahu kawan-kawan I semua tau!” Tegas Zaleha.
Tersentak jantung mendengar kata-kata Zaleha, bukannya tiupan semangat yang aku peroleh, malah amaran pula yang aku terima. Aku menerangkan kepada Zaleha, jangan risau kerana masih punya simpanan, namun harus berjaga-jaga kerana sekarang aku menganggur dan bukan mudah untuk mencari pekerjaan pada zaman yang mana ekonomi tidak menentu.
Lebaran hampir tiba, Zaleha hampir setiap hari keluar mencari barangan untuk rumah terbuka. Dengan hiasan rumah baru, tempahan perabot baru. Aku bertanya, “Sayang, kenapa membazir sangat, kan masih elok semua barang-barang yang sedia ada?” Dia hanya menjawab “Abang, saya guna duit saya tau, nak harapkan abang tak merasalah saya nak buat rumah terbuka besar-besaran. Dah la tu, bila saya suruh keluarkan wang simpanan abang tak mahu. Jadi jangan ambil tahu mana saya dapat duit ini semua.” Ya, semestinya itu duit yang aku berikan setiap bulan sebagai duit poket mu.
Lebaran tahun ini di sambut meriah di kampung, tiba sahaja hari kedua, Zaleha tidak senang duduk. Dia mahu pulang cepat ke rumah bagi menyiapkan persiapan rumah terbuka impiannya. ‘’Sayang, I tak puas lagi beraya kat kampung,” ujar ku kepada Zaleha. “Eh abang ni, macam budak kecil, lain kali kita balik lah lagi.. Lagipun dah rimas dah saya kat kampung ni. Saya nak balik, nak siapkan segalanya untuk rumah terbuka kita,” bebel Zaleha.
Tiba hari rumah terbuka, khemah dipasang seperti kenduri. Zaleha menjemput rakan-rakannya yang terdiri daripada kalangan VIP. Memang segala-galanya sempurna, hidangan yang begitu panjang mengalahkan bufet di hotel. Hati sedikit hairan memikirkan bagaimana Zaleha boleh mengadakan majlis sebesar ini. “Banyak sangat ke duit yang aku berikan setiap bulan sampai boleh buat majlis besar seperti kenduri?” Zaleha begitu bangga mendabik dada, bermegah-megah dengan teman-temannya yang kagum dengan majlis yang diadakan.
Aku tahu, Zaleha mahu menunjuk kepada teman-temannya yang rata-rata anak-anak orang kenamaan. Usai majlis aku sekali lagi bertanya lembut kepada Zaleha, “Sayang boleh abang tanya? Banyak sangat ke duit yang sayang simpan sampai boleh buat rumah terbuka macam kenduri ni? Paling tak makan belanja dua puluh ribu ni.” Zaleha hanya menjawab ringkas, “Alah abang, abang tak tengok ke semua orang kagum dengan kita? Maruah kita juga yang jadi tinggi kan? Kalau saya ambil duit abang pun tak salahkan? Bukannya habis pun!” Aku hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata sinis isteri ku itu.
Hujung bulan tiba, seperti biasa bil-bil mendatang dan aku terkejut melihat bil kad kredit yang melambung tinggi. Bulan lepas penggunaan mencecah 22 ribu ringgit!! Mata aku seakan berpinar dan terkejut, tidak pernah aku menggunakannya seperti itu. Lantas aku teringat kata-kata Zaleha. Aku seperti orang gila dan terus menyergah isteriku itu, “Leha, u guna kad kredit I untuk rumah terbuka?” Dia hanya menjawab selamba, “Eh, salah ke saya nak guna, sayakan isteri abang! Lagipun abang dah ada kerja kan.. Bayar je la!”
Saat itu tahap kesabaran telah meninggi dan dengan lancarnya mulut ini berkata “ Zaleha binti Zaidi, aku ceraikan engkau dengan talak satu!” Saat itu wajah Zaleha berubah dan dia terjelepok ke lantai seperti orang meroyan. “Abang gila ke ceraikan saya, mana saya nak pergi. Saya sayangkan abang!!”
Sayang-sayang buah kepayang, tidak akan aku makan Zaleha. Aku berlalu pergi meninggalkan rumah demi mencari kedamaian. Kini lebaran tiba lagi, dan aku pasti teringat peristiwa itu. Dengarnya Zaleha ligat mencari kekasih baru, tetapi sayang semuanya tidak setia padanya. Selamat tinggal Zaleha, semoga Allah memelihara kesejahteraan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, Datin Seri Zizie Izette tengah menghitung hari nak sambut kelahiran bayi perempuan tak lama lagi. Rasanya macam baru je semalam dapat tahu dia tengah hamil anak kedua. Tup tup dah nak bersalin dah. Cepat betul masa berlalu.
Berkongsi berita kehamilan keduanya pada Ogos tahun lalu, Datin Seri Zizie waktu itu baru lima bulan melahirkan anak kembar lelaki iaitu Aadam Zac dan Aaleph Zeke.
“Going to be 34 weeks pregnant in 3 days time. Kalau nak ikutkan time Aadam dan Aaleph, minggu depan I dah bersalin. I gave birth to my boys at 34 weeks 5 days. (Premature babies)
Alhamdulillah, pregnant kali ni terasa lebih senang berbanding dengan dulu. Mungkin sebab kali ni single baby. InshaAllah, sebulan je lagi nak jumpa baby girl. Tapi bila fikir nak kena inject epidural kat tulang belakang dan perut nak kena belah lagi tiba-tiba jadi takut pulak.”
Walau sedang sarat mengandung, tapi Datin Seri Zizie Izette sangat aktif. Ketika menikmati pemandangan di Madrid, Sepanyol baru-baru ini… dia dan tiga anak kecilnya sanggup berjalan kaki lebih daripada 15 kilometer semata-mata untuk meneroka keindahan kota tersebut. Fuh, memang power! Mesti mudah bersalin nanti.
Sering dilihat bercuti bersama anak kecil tanpa kelibat suami Datuk Seri Bung Moktar Radin di sisi, namun itu tidak menjadi masalah bagi Datin Seri Zizie kerana selain mempunyai dua pembantu, pasangan suami isteri ini juga cukup memahami di antara satu sama lain.
Akui kakak kepada Shaheizy Sam ini lagi, suaminya bukan seorang yang suka berjalan dan kurang gemar tempat sejuk. Berbeza pula dengan dirinya dan anak-anak yang suka meneroka tempat-tempat pelancongan.
Datin Seri Zizie Izette mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009. Selain dikurniakan sepasang anak kembar, mereka juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn.
Satu lagi perkara menarik tentang Datin Seri Zizie ialah gaya fesyennya ketika bercuti. Bukan dirinya saja yang nampak cantik… anak-anak pun tak kurang hebatnya. Kalau si ibu pakai warna merah, anak-anak pun akan menggayakan tema warna yang sama dan begitu juga sebaliknya. Sweet sangat!
Apa-apa pun, Nona harap agar kandungan Datin Seri Zizie sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan bersalin kelak. Tak sabar nak tatap muka bayi perempuan selebriti berkulit gebu ni.
Kredit: Instagram Zizie Izette
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!