Kombinasi rasa manis dan masam buah delima mengandungi pelbagai nutrisi untuk kesihatan. Selain membuatkan tubuh lebih sihat, pengambilannya dalam diet harian boleh membuatkan anda kelihatan lebih cantik berseri-seri.
Salah seorang selebriti antarabangsa dan jutawan muda yang mengamalkan buah delima ialah Kylie Jenner.
Jus segar tidak semestinya daripada sayuran hijau saja. Sebaliknya jus delima juga amat baik untuk diamalkan kerana ia mengandungi lebih daripada 100 phytochemicals.
Mahu tampil cantik bertenaga menjelang Syawal nanti, mulakan pengambilan buah berkhasiat tersebut hari ini!
Dengan adanya phytochemicals, ia sering digunakan untuk kecantikan dan kesihatan. Kini, pelbagai kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan jus delima dalam pencegahan kanser, sokongan imun dan kesuburan.
Antioksidan
Sejarah buah delima yang menjadi bahan utama dalam produk kesihatan sangat diperakui. Biji berwarna merah di dapati daripada polyphenols, bahan yang kaya dengan antioksidan berbanding buah-buahan lain.
Ia juga memiliki tiga kali ganda antioksidan lebih tinggi daripada teh hijau yang boleh menghalang radikal bebas, melindungi sel dari kerosakkan dan mengurangkan keradangan kulit.
Sebiji buah delima mempunyai lebih daripada 40 peratus vitamin C yang diperlukan tubuh setiap hari. Vitamin C boleh dipecahkan apabila dipastur, jadi pilihlah jus buah delima segar untuk mendapatkan nutrien penuh.
Perlindungan penyakit Alzheimer
Antioksidan yang terkandung di dalamnya dikatakan membantu menghalang penyakit Alzheimer dan melindungi memori.
Ads
Penghadaman
Jus buah delima boleh mengurangkan keradangan dalam perut dan memperbaiki sistem penghadaman. Sangat sesuai untuk diamalkan pesakit ulcerativecolitis dan penyakit keradangan usus lain.
Penyakit jantung
Sesuai diamalkan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan jantung kerana ia melindungi jantung dan arteri. Terdapat kajian menunjukkan jus delima melancarkan peredaran darah dan mengelakkan daripada berlakunya arteri menjadi tebal dan kaku.
Tekanan darah tinggi
Dengan mengambil jus delima setiap hari, ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah systolic. Tetapi, pastikan ia yang tidak dicampur gula, hanya kekal dari jus buah sebenar.
Ads
7. Antiviral
Di antara vitamin C dan nutrien lain seperti vitamin E, jus delima membantu mengelakkan kesakitan dari jangkitan. Ia juga terkenal sebagai anti bakteria dan anti-virus di makmal ujian.
8. Kaya vitamin
Selain vitamin C dan E, buah ini juga adalah sumber terbaik folat, potassium dan vitamin K. Jika anda memilih untuk membeli jus delima di pasaran, pastikan membaca label terlebih dahulu untuk memastikan ia 100% jus sebenar tanpa gula tambahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah yang kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar tidak menafikan sebelum ini dia mengalami masalah gastrik sehingga ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini menambah, berat badannya juga pernah mencecah hingga 68 kilogram.
Berat Alyah Pernah Cecah 68 Kilogram Hingga Hadapi Masalah Kesihatan!
“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.
“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.
“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.
“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga,” ujarnya.
Gemuk Salah, Kurus Pun Masih Di Cerca
Datin Alyah mengakui dirinya berasa bahagia dengan keputusan melakukan pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan meskipun ada suara-suara sumbang mengecam dirinya sekarang kelihatan sangat kurus.
Malah, tegasnya tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang mengambil keputusan melakukan prosedur tersebut kerana hanya diri sendiri yang tahu betapa seksanya menanggung kesakitan.
“Bila orang nampak kita dah kurus, mereka hanya fikir, yelah nak menunjuk-nunjuk. Siapa yang nak fikir, kita pernah sakit sebelum ini? Tiada siapa peduli ya.
“Bila dah kurus pula, ada pula suara-suara berbunyi, kenapa kurus sangat, cengkung muka tu, saya nak awak yang dulu, sekarang kurus sangat,” tulis Alyah dalam sebuah perkongsian video menerusi Instagram.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara literal, hijab bermaksud sesuatu yang digunakan untuk menyekat sesuatu yang lain. Ajaran Islam mewajibkan wanita untuk berhijab atau menutup bahagian tubuh tertentu kecuali yang dibenarkan.
Sedar atau tidak, menutup bahagian badan tertentu memberikan pelbagai manfaat kesihatan berdasarkan beberapa kajian ilmiah yang sedia ada.
(a) SINARAN MATAHARI
Seperti yang diketahui, sinaran ultraviolet matahari adalah berbahaya jika mengenai kulit dalam masa tertentu. Pelbagai masalah kesihatan akibat sinar UV seperti garis halus pada wajah, kerosakan mata hinggalah penyakit kanser kulit.
Pakar kesihatan turut mengingatkan orang ramai untuk menggunakan krim tabir suria demi melindungi kulit mereka. Namun cadangan terbaik sebenarnya adalah memakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh.
Sebagai maklumat tambahan, pakaian yang terang dan gelap cenderung mampu merefleksikan sinar UV berbanding pakaian berwarna pastel.
(b) UDARA PANAS
Hampir sama seperti matahari, udara panas juga membawa kesan buruk terhadap kesihatan khususnya bahagian otak. Jadi apabila udara sedang sangat panas dan seseorang harus keluar rumah, pakar kesihatan menyarankan untuk memakai pakaian yang boleh melindungi diri.
Terutamanya pada bahagian mata, kepala dan leher untuk mengurangkan risiko kesihatan yang menyerang bahagian otak.
(c) UDARA SEJUK
Tubuh yang terkena suhu sejuk terlalu lama akan membuat seseorang menderita demam, flu, rasa ngilu dan menggigil. Ujian kesihatan membuktikan bahawa 40 ke 60 peratus tahap kepanasan tubuh menurun akibat udara yang terlalu sejuk.
Hinggakan orang ramai disyorkan menutup kepala dan tubuh dengan pakaian tebal demi mengekalkan suhu kepanasan tubuh masing-masing.
(d) BERSIH
Sementara itu, untuk kerja-kerja tertentu, ada peraturan menutup kepala demi menjaga kebersihan di persekitaran pekerjaan. Misalnya jururawat, pekerja di restoran, klinik dan sebagainya.
Penutup kepala diharapkan dapat mencegah pencemaran dan penyebaran virus serta jangkitan. Banyak manfaat kesihatan dengan berhijab.
Jika anda salah seorang daripadanya, disarankan menjaga kesihatan rambut walaupun seharian berhijab. Rambut akan tetap terpelihara dan penampilan anda pasti kelihatan sopan walaupun di mana saja anda berada.
TRIVIA EKSTRA
Berhati-hati ketika menggosok rambut yang basah dengan tuala selepas mencuci rambut. Gerakan ini boleh merosakkan kutikel (di lapisan luar kulit kepala) yang mengakibatkan keguguran dan kekusutan. Sebaiknya balut rambut dengan tuala, tekan dengan lembut untuk menyerap air. Gunakan sikat bergigi jarang untuk menguraikan kekusutan.
Elakkan menyemburkan wangian secara langsung pada rambut. Minyak wangi mengandungi alkohol yang membuatkan rambut mulai kering. Bukan tidak boleh langsung tapi sembur saja wangian pada telapak tangan dan gosokkan beberapa kali agar alkohol meruap lalu gosokkannya pada rambut. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bawal atau square scarf memang menjadi pilihan kebanyakan wanita muslimah masa kini. Tidak terkecuali, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Selain mudah dan cepat digayakan, pemakaian tudung bawal menyerlahkan lagi keanggunan wanita. Pendek kata, gaya hijab ini memang tengah in lah sekarang! Sampaikan golongan VVIP pun suka.
Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi mahupun santai, Tunku Azizah dilihat selesa memakai tudung bawal sebagai gaya harian. Daripada material cotton, chiffon, satin, bercorak mahupun polos.. semuanya ada dalam koleksi Tunku Azizah.
Mengenali peribadi Tunku Azizah.. baginda bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya apabila melibatkan golongan susah dan kesuburan wanita. Disebabkan itu, Tunku Azizah berkenan menjadi Pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Tunku Azizah merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Kekanda lelakinya ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pasangan Diraja ini juga dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
15 Januari lepas, Istiadat Pertabalan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang keenam diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Dan esok… 30 Julai bukan hanya merupakan tarikh berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 tetapi juga ia sebenarnya tanggal keputeraan baginda yang ke-60.
Kredit foto: Instagram Love Tengku Puan Pahang / Istana Negara / Malaysia Royal Family
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!