Wanita mana yang tak mahu sentiasa tampil awet muda, kan? Lagi-lagi bila umur dah makin meningkat. Di samping kena yakin dengan kecantikan asli diri sendiri, sebenarnya ada beberapa muslihat yang boleh dipraktikkan untuk menyembunyi garis usia yang kelihatan di wajah.

IKLAN
  • Anda digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya ialah untuk menegangkan kulit wajah. Selain itu, masker turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah sekali gus melembapkan kulit.

 

  • Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk kening secara seimbang. Kening yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang hidup serta akan ‘membingkai’ wajah dengan sempurna.

 

 

  • Seboleh-bolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!

 

  • Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandan dengan ikatan ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus dapat dilindungi.

 

  • Gunakan pelembap yang bagus kualitinya sebagai ‘makanan’ kepada kulit untuk menjaga keanjalan.

 

IKLAN
  • Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.

 

IKLAN
  • Rawat wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta mengamalkan krim tabir suria.

 

  • Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali minyak perlindungan ini.

  • Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika benar-benar ingin kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Jauhi sinaran matahari terus ke kulit dan sentiasa gunakan krim tabir suria dan krim pelembap serta berhenti merokok.

 

  • Makan secara seimbang dan minum air putih secukupnya. Kulit akan kekal lembap dan anjal selain mengurangkan garis-garis halus.

 

  • Jauhi stres dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat, ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.