Tumpang bahagia dengar kisah kebahagiaan pasangan romantis Dato’ Azie Sheikh Mohamed dan Riezman Khuzaimi. Mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2016, usia perkahwinan yang bakal mencecah tujuh tahun tersebut sarat dengan memori terindah.

Apatah lagi, Riezman yang juga pelakon kacak filem Congkak berkenaan seorang suami penyayang dan amat menghargai isteri tercinta. Bertuah Dato’ Azie!

IKLAN

Bertemu Dato’ Azie yang merupakan seorang iron lady dan usahawan berjaya baru-baru ini, figura yang ramah dan pemurah dengan senyuman ini terbuka berkongsi perkembangan diri. Mengulas keharmonian rumah tangga, pemilik nama Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed ini sudi berkongsi cerita.

Enggan dikatakan menunjuk-nunjuk dengan kehidupan bahagia yang dinikmatinya kini. Dato’ Azie berharap perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi suami isteri terbaik dan memelihara ikatan perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat.

“Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia!
Kredit Instagram @dato_azie_sheikh_mohamed

Kredit Instagram @riezmankhuzaimi
“Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia!
Kredit Instagram @riezmankhuzaimi

“Alhamdulillah sebenarnya masa saya kahwin dengan Riezman, macam-macam anggapan orang. Tapi saya cakap, saya seorang wanita yang matang dan tahu menilai. Kahwin dengan selebriti bukan bererti saya kahwin selebriti. Saya kahwin dengan Riezman Khuzaimi, saya nilai dia bukan sebagai selebriti. Saya nilai dia sebagai individu, lelaki.

Kita macam mana sukses pun, kita tetap seorang wanita. Jadi kita nak seorang lelaki yang boleh memahami dan menyayangi kita. As you all know, perkahwinan saya dengan Riezman ni dah kali ketiga. Yang pertama dan kedua (perkahwinan) gagal, dah dua kali takkanlah kita tak boleh fikir.

To me, saya dengan Riezman macam kata orang, cinta terakhir sebab kebetulan sama umur dan kami jumpa pun dalam keadaan sangat tenang.

Sebelum tu, lima tahun ya saya jadi ibu tunggal. Dalam ramai yang datang nak dekat, dia jadi pilihan. Saya dah cukup lali dengan dunia korporat dan protokol semua. Jadi saya nak jadi diri saya sendiri, siapa saya sebelum ini dan Azie yang dulu, masa saya tiada apa-apa,” dedahnya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

Hasil perkahwinan terdahulu, Dato’ Azie sudah pun mempunyai empat anak. Begitu juga Riezman yang juga bapa kepada dua anak.

IKLAN
“Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia!
Kredit Instagram @riezmankhuzaimi
“Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia!
Kredit Instagram @dato_azie_sheikh_mohamed
“Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia!
Kredit Instagram @dato_azie_sheikh_mohamed
“Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia!
Kredit Instagram @dato_azie_sheikh_mohamed

“Masa kami kahwin umur saya dah 46, dia pun sama. We just honeymoon all the time happy-happy saja. Itulah yang kita plan sebelum kahwin. Saya cakap, sebelum kita masuk rumah. You tinggalkan title artis di luar pagar, saya tinggalkan title Dato’ I di luar pagar.

Jadi di rumah, I’m your wife, you, my husband. You’re Rizman and I Azie. Jadi itu yang buatkan kami sangat harmoni dan he’s very loving husband yang saya tak pernah dapat. Saya akui wanita korporat macam saya tegas dan sangat berdikari. Mungkin lelaki ni kalau dia tengok isteri berdikari sangat, dia lepas tangan sebab dia tahu kita boleh buat sendiri.

Tapi Rizman bukan macam tu. Dia cuba jadi the best husband yang ambil berat walaupun small thing dan dia sangat care. Alhamdulillah saya dapat apa yang saya nak pada usia sebegini.”

IKLAN

Ditanya memori terindah bersama suami tercinta, sambil ketawa Dato’ Azie membuka rahsia. “Dulu, saya ada kereta sport yang jarang saya pakai. Hanya simpan dan terletak di rumah je. Lepas kahwin, suami ajak pergi jalan-jalan dan kereta tu dah lama tak start.
Dia bawa saya malam-malam pergi naik Genting dengan kereta yang terbuka rooftop.

“Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia! “Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia! “Kami Tinggalkan ‘Title’ Artis & VIP Luar Pagar,” 7 Tahun Kahwin Riezman Khuzaimi, Dato’ Azie Wanita Terbahagia!

Sebelum ni there’s nobody yang gerakkan semua tu sebab fikiran saya asyik fikir tentang kerjaya, bisnes dan family sebab tanggungjawab saya besar. Jadi, benda tu small je tapi very sweet bagi saya.

Bila rooftop tu buka, rasa sejuk dan dia tanya keadaan saya serta pakaikan jaket. Katanya, “It’s ok kita pergi ni relax-relax je. Kita pergi atas, minum coffee lepas tu balik.”
That little thing makes me so special dan tak pernah orang buat saya macam ni.

Masa tu kami baru kahwin. Dia cakap after this, it’s going to be more like this. Lepas tu memanglah more and more. He’s very loving person.”

Semoga rumah tangga Dato’ Azie dan Riezman Khuzaimi sentiasa diberkati Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI