Scarlet Johansson dan suami, Colin Jost berkahwin pada tahun 2020. Kehidupan dalam perkahwinan pasangan selebriti Hollywood terkenal ini dipenuhi dengan gelak tawa dan kegembiraan.
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Dalam temu bual dengan CBS Mornings pada 12 Jun 2023 lalu, Scarlett yang kini berusia 38 tahun mendedahkan apa yang mereka lakukan untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.
“Kami banyak ketawa dan berkomunikasi antara satu sama lain,” kongsi Scarlett mengenai suaminya yang merupakan bintang Saturday Night Live. Pasangan ini bergelar suami isteri sejak tiga tahun.
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Tambah Scarlett, suaminya cenderung menjadi lebih “introvert” dan dia memastikan untuk berhubung dengannya.
“Saya berkahwin dengan seorang pelakon, pelawak dan penulis komedi. Dia kadang-kadang agak introvert. Saya pula seorang ekstrovert.
Ads
“Jadi, saya fikir kunci untuk kita sentiasa berkomunikasi dan bertanya setiap hari, ‘Bagaimana hari anda?’”
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Semasa temu bual, bintang Black Widow itu anggun dalam gaun putih yang elegan. Scarlett melengkapkan penampilanya itu dengan sepasang kasut tumit tinggi.
Ads
Ibu dua anak ini turut berkongsi rutin penjagaan kulitnya. Scarlett pernah mengalami kulit berjerawat sepanjang usia 20-an.
“Saya mula menggunakan produk yang sangat lembut sekaligus mengembalikan kelembapan kulit wajah. Ketika itulah kulit saya mulai pulih dengan sendirinya,” kongsi Scarlett.
Ads
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Pada Mei lalu, Scarlett dan suami beraksi di karpet merah di Festival Filem Cannes. Memandangkan suaminya sering berada di bandar New York atas urusan kerja, momen seumpama itu jarang berlaku.
Pun begitu, mereka kekal bahagia dengan cara tersendiri.
Kredit Foto: Instagram Colin Jost Fan Page.
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebat betul penangan pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamaruzzaman dalam kehidupan staffnya! Mana tidaknya, meskipun sudah memberikan bonus dan duit raya sempena Aidilfitri yang baharu melabuhkan tirainya minggu lalu, nampaknya beliau terus ‘memanjakan’ pekerja kilang sambalnya.
Kali ini, kesemua 60 pekerjanya dibawa bercuti selama lima hari di Langkawi, Kedah.
Beliau memuat naik perkongsian di halaman Instagram @Khairulaming, usahawan berusia 30 tahun itu telah menutup operasi kilangnya selama lima hari bagi merealisasikan hasrat percutian tersebut.
Percutian ke Langkawi itu bukanlah percutian biasa-biasa sahaja kerana dia turut menyediakan penginapan di hotel bertaraf lima bintang, jetski dan pelbagai aktiviti air menarik yang lain termasuk menyewa kapal persendirian untuk melihat matahari terbenam.
Malah kesemua pekerjanya itu sekali lagi mendapat ‘bonus’ yang diberikan untuk mereka membeli-belah di sekitar pulau yang dikenali sebagai pulau bebas cukai itu.
Baginya, setiap yang dilakukan itu adalah untuk memberi kegembiraan dan sebagai penghargaan kepada para pekerjanya yang banyak menyumbang terhadap kejayaan perusahaan yang dijalankan.
“Alhamdulillah semua staff happy,” tambahnya.
Sebelum ini, Khairulaming telah membuat kejutan raya kepada pekerjanya dengan membawa mereka membeli-belah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri serta berbuka puasa di hotel di samping memberikan mereka bonus Hari Raya.
Dalam posting sebelum ini, Khairulaming pernah memberi bayangan untuk membawa kesemua pekerjanya bercuti. Semoga semakin murah rezeki majikan yang sentiasa meletakkan hubungan yang baik dengan staf ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood Johnny Depp, 58, baru-baru ini memenangi kes saman fitnah serta dianugerahkan AS$15 juta dalam kes berkenaan terhadap bekas isterinya.
Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon francais filem “Pirates of the Caribbean” itu dan Amber Heard, 36, saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.
Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta dolar lagi sebagai ganti rugi punitif.
Namun yang menarik perhatian Johnny Depp telah membuat keputusan untuk menderma hasil wang kemenangan kesnya itu kepada beberapa badan kebajikan serta amal.
Lima badan amal berbeza itu ialah Make a Film Foundation, The Painted Turtle, Red Feather, Teitaroa Society dan Amazonia Fund Alliance.
Pertubuhan-pertubuhan ini yang memberi manfaat kepada kanak-kanak yang sakit, membantu komuniti orang asli dan membantu memulihara kelestarian pulau masing-masing akan menerima AS$200,000 (RM924,000) daripada bintang Pirates of the Caribbean, lapor CNN.
Asalnya, para juri di Virginia menganugerahkan Depp sebagai ganti rugi pampasan AS$10 juta dan ganti rugi punitif AS$5 juta dolar pada Jun 2022.
Selepas memenangi jes tuntutan mahkamah, Johnny membuat kemunculan semula dalam industry filem apabila muncul di Festival Filem Cannes mempromosikan filem Jeanne Du Barry manakala Amber Heard pula berpindah ke Sepanyol bersama anak perempuannya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingatkah lagi dengan wajah penyampai berita terkenal ntv7, Norazlina Awang Had? Satu ketika dulu kemunculannya sering ditunggu-tunggu oleh para peminat stesen televisyen tersebut. Hampir sedekad beliau bersama ntv7 sebagai penyampai berita dan ‘on-air presentation manager’ sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia penyiaran kerana komitmen keluarga dan perniagaan.
Kini, Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had bahagia bersama keluarga tersayang. Suaminya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjadi pendorong utama untuk beliau meneruskan minat dalam dunia perniagaan. Datin Seri Norazlina merupakan ibu kepada 3 orang anak berusia 21, 17 dan 11 tahun. Walaupun usianya mencecah 46 tahun, Datin Seri Norazlina masih kelihatan menawan!
“Setelah meninggalkan industri penyiaran, saya banyak menghabiskan masa dengan membesarkan anak-anak. Ketika mereka di bangku sekolah, inilah masa yang begitu kritikal untuk memastikan mereka melengkapkan diri dalam aspek asas pendidikan, sahsiah dan rohaniah. Pada masa yang sama salah satu sebab saya meninggalkan dunia penyiaran adalah untuk memberi komitmen sepenuhnya sebagai isteri kepada seorang ahli politik yang kadang kala memerlukan sentuhan peribadi oleh si isteri buat rakyat.
Selain itu, inilah juga pengorbanan yang saya lakukan sebagai seorang ibu dan isteri untuk memberi sepenuh tumpuan buat anak-anak bila suami yang ketika itu bergelar ahli politik dan Menteri amatlah sibuk dan sukar memberikan masa yang penuh untuk keluarga serta anak-anak.
Setelah anak-anak meningkat remaja dan dewasa, saya mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam perniagaan e-dagang. Pengkhususan yang diberikan adalah untuk mengketengahkan barangan buatan tangan dari Malaysia, terutamanya seni hasil tangan seperti anyaman, batik, tenunan dan sebagainya untuk kegunaan hiasan rumah hinggalah ke fesyen. Maka lahirkan portal ROOMAKU, untuk membantu pengusaha-pengusaha kraftangan untuk memasarkan hasil kerja tangan mereka.
Pendek cerita lepas meninggalkan bidang penyiaran, fokus saya adalah terhadap keluarga dan komitmen politik. Anak dah besar lahirlah LAWABANA SDN BHD yang menguruskan ROOMAKU dan seterusnya THE TEPEN CAFE. Hanya kini mula menerokai perniagaan baking and cooking from home. Saya bereksperimen di dapur (cooking and baking).
LIGAT BERNIAGA Saya adalah pemilik dan COO The Tepen Cafe yang dimiliki penuh oleh syarikat LAWABANA SDN BHD yang mula beroperasi di Cyberjaya sejak Oktober 2019. Ini merupakan langkah pertama kami untuk melibatkan diri dalam F&B. Alhamdulillah kemunculan The Tepen Cafe di Tamarind Square, Cyberjaya mendapat sambutan menggalakkan. Boleh dikatakan full house setiap hari terutamanya ketika lunch time.
Siapa menjangkakan pendemik akan melanda dunia pada tahun 2020. Seperti rakan-rakan niaga yang lain, kami tidak terlepas dari melalui dugaan yang mencabar. Jumlah kakitangan berkurangan, dari full menu ke limited menu. Inilah antara cabaran dan norma baharu yang perlu kami tempuhi. Kita juga perlu memikirkan apa perniagaan dan strategi pemasaran yang benar-benar boleh “sampai” kepada Pekan Gan. Sehingga kadang-kadang saya sendiri terpaksa turun padang untuk membuat penghantaran kepada customer. Tidak percaya? Inilah realiti.
Kebetulan peluang untuk menerokai cabang baru dalam F&B tiba-tiba muncul sejak full lockdown kedua kita. Tanpa disedari penglibatan saya dalam ‘mem-brownies’ mendapat sambutan yang menggalakkan. Memandangkan banyak persiapan dan masa yang perlu diperuntukkan untuk membuat Salted Fudgy Brownies ini, maka terkejar-kejar juga rutin harian saya. Oleh kerana ini adalah cabang yang amat baru buat saya, banyak masa juga dihabiskan untuk belajar selok belok perniagaan sebegini dari rumah.
Satu benda saya belajar. Kita tidak akan ada masa kalau kita tak buat masa. Kalau lihat pada rutin harian saya sekarang memang tiada henti. Tak mudah untuk menjadi seorang wanita, isteri, ibu, anak dan usahawan. Dari menguruskan sarapan dan hal-hal berkaitan sekolah, tambahan pula dengan online class, terus ke pejabat dan cafe (bila keadaan memerlukan), juga komitmen di dapur untuk membuat tempahan customer.
Jadi pengurusan masa amatlah mustahak. Selain itu minat pada sesuatu yang kita buat juga dapat memastikan momentum dan “drive” kita sentiasa ada. Insha-Allah saya juga ada perancangan untuk mengembangkan bisnes modul serta melahirkan The Tepen 2, The Tepen 3 dan seterusnya.
RAHSIA KEKAL BAHAGIA Insya Allah 23 Julai ini genap 23 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Rahsia? Seperti pasangan lain, banyak asam garam yang kami tempuhi. Hormat, sabar, and resilience. Tidak dapat dinafikan apabila bergelar isteri kepada kenamaan layanan yang diberikan adalah berbeza. Secara peribadi saya tidak memilih untuk meminta layanan sebegini tetapi ia dilihat sebagai “privilege” maka kita bersyukur dengan keistimewaan yang diberikan ini.
Antara pengalaman paling manis adalah ketika setiap kali saya turun padang melawat kawasan iaitu di Kota Belud, Sabah. Tidak pernah saya kembali dari lawatan dengan penuh rasa insaf dan betapa kerdilnya saya setelah berjumpa dan meluangkan masa bersama rakyat tempatan.
Peluang untuk mendekati mereka dan secara tidak langsung memahami permasalahan yang mereka alami, terutamanya golongan wanita, ibu dan anak-anak. Mungkin inilah juga peluang bagi saya untuk tampilkan keperibadian yang sebenarnya supaya mereka dapat melihat siapa sebenarnya diri saya. Dan pengalaman manis ini amat saya rindui sehinggalah sekarang.
RUTIN KECANTIKAN Sudah menjadi kebiasaan dari zaman penyiaran dulu dengan memastikan muka sentiasa bersih sebeum tidur. Bila saban hari perlu pakai make up tebal, automatik menjadi rutin untuk saya memastikannya benar-benar bersih sebelum tidur. Wajib untuk saya amalkan minimum 3 step. Rasa bersalah pula bila tak cuci muka sebelum tidur.
Saya juga penggemar barangan natural dan organik. Mungkin hasilnya tidak nampak secara pantas tetapi penggunaan jangka lama adalah lebih selamat. Selain itu, saya cuba amalkan pengambilan ulam-ulaman dalam menu pemakanan dan minuman seperti pegaga, moringa, kunyit dan lain-lain. Selain itu, tiada perisa tiruan atau MSG dalam masakan tidak kiralah di rumah atau kafe saya.
PERUBAHAN DUNIA PENYIARAN Sememangnya ada perbezaan dari segi medium penyampaian maklumat dunia penyiaran sekarang berbanding dulu. Tetapi apa yang pasti, kehendak untuk mengikuti perkembangan semasa di dalam mahupun di luar negara semakin dituntut oleh semua. Oleh itu memang bertepatan bila kita sudah memasuki era digital serta online. Semuanya di hujung jari dan boleh akses pada bila-bila masa saja dan di mana juga kita berada. Online juga memberikan kita banyak pilihan, secara tidak langsung ia membolehkan kita melihat sesuatu isu dengan lebih halus dan concrete, at our convenience.”
Datin Seri Norazlina merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur manakala keluarganya berasal dari Kedah dan Pulau Pinang. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing untuk Diploma Reka Bentuk Grafik. Kemudian beiau melanjutkan pula pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Auckland University of Technology di New Zealand jurusan Reka Bentuk Grafik. Sebelum terlibat dalam dunia penyiaran, Datin Seri Norazlina memulakan kariernya sebagai pereka grafik bebas dan pengarah seni di pelbagai agensi reka bentuk serta pengiklanan.
Kredit Foto: Instagram @norazlinawanghad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.