Pernahkah anda terbayang saat anda meluangkan masa bersama keluarga tersayang,tiba-tiba sahaja jantung bagai disentap dan dipaksa-paksa berhenti dari terus berdegup. Nazaknya menghela nafas seperit direntap seluruh urat. Sesaat lagi, wajah-wajah yang disayangi mula mengerumuni. Tanpa sempat mengucupi selamat tinggal, mata ini semakin kabur dan silau, sebelum ia gelap-gelita buat selamanya…

Pada kebiasaannya, penyakit kardiovaskular berlaku akibat kerosakan sistem pembuluh darah, jantung atau kedua-duanya sekali. Ia merupakan sebuah penyakit berbilang faktor, lazimnya berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes yang tidak terkawal, merokok dan tahap kolestrol yang tinggi. Kerosakan yang dimaksudkan akan menjadi lebih parah apabila berlaku penyempitan pada pembuluh darah nadi seterusnya menyukarkan laluan darah untuk mengangkut oksigen.

IKLAN

Di alangan pelbagai faktor risiko ini, umumnya rakyat Malaysia terdedah kepada hipertensi atau tekanan darah tinggi. Menurut maklumat yang diperolehi melalui  kempen Are You At Risk?  di ibu negara, sekurang-kurangnya 42% dewasa Malaysia berusia lebih 30 tahun menghidapi hipertensi.

Angka tersebut semakin membimbangkan kerana daripada 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini, hanya 8% daripada mereka dapat mengawal tekanan darah mereka supaya berada dalam julat yang boleh diterima.Berdasarkan bukti yang menunjukkan bahawa penyakit kardiovaskular mampu dikawal, kempen sebegini cukup penting untuk menyuntik pengetahuan kepada pesakit dan golongan berisiko agar menguruskan penyakit dengan sewajarnya.

Bahana Penyakit Kardiovaskular. Bagaikan Nyawa Di Hujung Tanduk!

Pembunuh Dalam Sunyi

Tanpa kesedaran awal, pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular dalam diam berdepan risiko serangan jantung, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang dan strok. Terdapat tiga jenis penyakit kardiovasular iaitu

  1. Penyakit jantung koroner

Penyakit pembuluh darah berkaitan dengan pembekalan darah ke jantung hingga mengakibatkan serangan jantung, sakit dada dan degupan jantung yang tidak stabil.

  1. Penyakit serebrovaskular

Penyakit pembuluh darah berkaitan dengan pembekalan darah ke otak hingga mengakibatkan strok dan kerosakan sementara pada penglihatan, kemampuan untuk bercakap, rasa atau gerakan.

  1. Penyakit vaskular perifer

Penyakit pembuluh darah berkaitan dengan pembekalan darah ke tangan dan kaki hingga mengakibatkan rasa sakit yang sementara seperti kekejangan otot.

IKLAN

Gejala Penyakit

Perlu diingatkan bahawa penghidap penyakit kardiovaskular ini tidak akan mengalami simptom-simptom awal yang kecil kecuali serangan jantung atau strok. Namun begitu tanda-tanda awal seperti sakit dada, tangan, bahu kiri, siku, rahang atau punggung memberi amaran awal kepada kita untuk mengambil langkah berjaga dalam hal kesihatan jantung.

Punca-punca penyakit:

  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  • Berat badan yang berlebihan
  • Kurang bersenam

Punca-punca lain seperti faktor umur, keturunan dan jantina dikategorikan sebagai di luar kawalan kita yang turut menyumbang kepada penyakit kardiovaskular.

IKLAN

Amalan Pencegahan

  • Berhenti merokok

Nikotin, karbon monoksida (CO) dan bahan-bahan lain yang terkandung dalam rokok berpotensi menimbulkan kerosakan dinding pada pembuluh darah. Hal ini akan memudahkan kolesterol untuk melekat pada dinding pembuluh darah yang mengalami kerosakan tersebut sehinga membentuk plak. Risiko terkena serangan jantung akan meningkat 50% jika menghisap 4 batang setiap hari.

  • Bersenam dengan betul

Jantung akan berdenyut lebih cepat untuk meningkatkan jumlah darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tubuh ketika menjalani aktiviti fizikal sehingga meningkatkan kadar HDL/kolesterol baik dan menurunkan LDL/kolesterol jahat.

  • Diet yang seimbang

Menghadkan pengambilan daging dan ikan sebanyak 150 gram sehari. Tingkatkan  juga pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti, sayuran dan buah-buahan.

  • Hindari stres yang berlebihan

Stres menyebabkan peningkatan kadar hormon epinefrin yang mengakibatkan tekanan darah dan denyutan jantung meningkat sehingga mengakibatkan kerosakan dinding pembuluh darah.ROSMAHIDAYUABUSAMAH

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI