Minyak wangi memang amat sinonim dengan penampilan seseorang kerana ia boleh membantu anda dalam menyempurnakan gaya dan mood yang cuba ditonjolkan setiap kali bergaya.  Senang cerita, kalau tak sembur perfume tak lengkap penampilan sesorang. Sebelum keluar rumah, tak sah kalau tak sembur sepam dua minyak wangi kegemaran anda, bukan?

Tapi bagi anda yang baru berjinak-jinak mahu menggunakan perfume pasti anda akan berasa sedikit keliru dan buntu kerana terdapat pelbagai jenis bauan minyak wangi di pasaran. Setiap kali ingin mendapatkan minyak wangi kita pasti terfikir minyak wangi mana yang sesuai dan bau yang macam mana menjadi pilihan. Bau lembut, atau anda lebih cenderung kepada minyak wangi yang tidak terlalu femenin. Bagi wanita yang amat mementingkan penampilan, pastinya pilihan seperti ini amat mengelirukan dan menjadi dilema.

IKLAN

Bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan, ini ada beberapa jenis senarai minyak wangi yang menjadi pilihan dan mempunyai bau yang khusus untuk wanita pada tahun 2018!

 

VICTORIA’S SECRET BOMBSHELL (EAU DE PARFUM)

Baju Dah Cantik, Muka Dah Lawa, Bau Badan Pun Kena Lah WANGI! Boleh Cuba Pakai Perfume Popular Ni

Wangian Bombshell daripada Victoria’s Secret ini merupakan wangian yang paling laku ‘keras’ dalam produk wangian keluaran Victoria’s Secret. Bombshell mempunyai gabungan bau daripada bunga dan buah yang dikenali sebagai LBD Of Fragrance. Perfume ini mepunyai campuran buah dan bunga daripada buah markisa ungu, Shangri-La Peony dan Vanilla Orchid dan kombinasi ini menghasilkan bauan lembut yang menarik dan memukau!  Bombshell juga sememangnya sesuai untuk hari-hari yang kasual dan relax.

 

VERSACE BRIGHT CRYSTAL

Baju Dah Cantik, Muka Dah Lawa, Bau Badan Pun Kena Lah WANGI! Boleh Cuba Pakai Perfume Popular Ni

Wangian ini dicirikan sebagai bauan segar dan bersemangat yang melambangkan wanita Versace yang sentiasa glamour.  Bauan menenangkan dan menyegarkan yang dihasilkan oleh perfume ini adalah hasil campuran bunga peony, magnolia dan teratai.

 

CHANEL COCO

Baju Dah Cantik, Muka Dah Lawa, Bau Badan Pun Kena Lah WANGI! Boleh Cuba Pakai Perfume Popular Ni

IKLAN

Dikeluarkan oleh jenama terkenal,Chanel Coco merupakan antara perfume wanita paling wangi bagi tahun 2017 serta diundi sebagai minyak wangi paling elegen buat kaum wanita pada tahun tersebut. Walaupun harganya yang mahal daripada jenama wangian yang lain, tidak salah rasanya setiap wanita memiliki koleksi wangian daripada Chanel ini untuk meningkatkan keyakinan diri. Apa salahnya berbelanja lebih sedikit sebagai reward untuk diri sendiri.

 

 

DIOR J’ADORE 

Baju Dah Cantik, Muka Dah Lawa, Bau Badan Pun Kena Lah WANGI! Boleh Cuba Pakai Perfume Popular Ni

IKLAN

Untuk wanita yang ingin tampil feminin dan mewah, wangian ini sesuai untuk anda. Wangian ini dihasilkan dengan menggunakan campuran bunga Ylang Ylang, ros Damascus, dan bunga melur Sambac.

 

MARC JACOBS DECADENCE

Baju Dah Cantik, Muka Dah Lawa, Bau Badan Pun Kena Lah WANGI! Boleh Cuba Pakai Perfume Popular Ni

Packaging yang ditonjolkan dan rekaan botol saja pun dah nampak mewah dan unik apatah lagi bila disemburkan wangian ini ke badan si pemakai. Aroma yang sangat unik dicipta wangian ini adalah hasil campuran orange blossom, bergamot orange, honeysuckle, dan vanilla. Bau vanilla yang terdapat dalam wangian ini sebenarnya yang memberi haruman lembut. Sesuai dipakai wanita tidak kira masa sama ada siang atau malam.

 

Jadi, buat anda yang masih lagi mencari-cari perfume yang sesuai, boleh cuba untuk mendapatkan salah satu perfume yang disenaraikan oleh NONA ni. Malah, jika anda mahu mix and match dua wangian pilihan anda pada masa yang sama pun tak ada masalah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI