Kemampuan Dr Zulfati Izazi menyiapkan karya terjemahan sebuah buku Korea ke Bahasa Melayu yang dilancarkan baru-baru ini meraih pujian. Pengalaman pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Korea Selatan dimanfaatkan sepenuhnya anak kepada pelakon Zulkifli Ismail ini dalam proses terjemahan buku ‘I Want to Die But I Want to Eat Tteokbokki’.
Lebih membanggakan, Dr Zulfati Izazi atau mesra disapa Dr Izazi berjaya menyiapkan tugasan tersebut semasa tempoh akhir berpantang pada awal tahun ini.
Meskipun sedang menyesuaikan diri selepas bersalin anak sulung pada pertengahan Januari lalu namun kesungguhan ibu berusia 31 tahun ini dalam menjayakan karya hebat penulis dari Korea berkenaan seharusnya wajar diberi pujian.
Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), dia dijemput berkongsi intipati buku tersebut kepada pembaca yang hadir ke World Trade Centre (WTC).
Kehadiran Dr Izazi dalam pertemuan meet and greet itu turut ditemani suami tercinta dan bapa tersayang.
Ujarnya, “This is my first translation baby (done while juggling my real baby!). The writing process began towards the end of my pantang earlier this year, and everything is complete just in time for PBAKL alhamdulillah.
Ads
Thank you for trusting me with this project, White Coat and congrats on the successful publication of this book and an array of interesting new titles!
Buku ini merupakan catatan Baek Sehee (penulis asal) tentang rawatan yang diterima untuk penyakit murung yang dialaminya.
Sepanjang proses terjemahan, ada bahagian yang buat saya rasa macam saya sendiri yang tengah berjumpa dengan pakar psikiatri #freetherapy dan ada juga bahagian yang buat saya teringin nak makan tteokbokki.
Ads
From one language to another, this book is ready to inspire. Btw I had so much fun at the meet and greet! Terima kasih kepada semua yang membeli dan yang sudi dapatkan tanda tangan walaupun saya hanya penterjemah.”
Dr Zulfati Izazi pernah menjadi pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) Korea Selatan untuk subjek berkaitan Bahasa Melayu. Dia kembali ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berbakti sebagai pensyarah.
Dalam temu buat bersama Nona sebelum ini, Dr Izazi pernah melanjutkan pengajian STPM di Victoria Institution kemudian menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).
Istiadat Perkahwinan di antara YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson pada 19 April lalu disambut penuh syukur oleh setiap rakyat.
Semenjak berita perkahwinan pasangan ini, penampilan Che Puan Sofie sering menjadi tumpuan. Sering tampil manis dalam persalinan baju kurung dan bertambah cantik dengan lilitan selendang di atas kepala menjadi pujian setiap mata yang memandang.
Sikap lemah lembut dan sopan-santun Che Puan Sofie juga benar-benar memikat. Kini setelah enam bulan berkahwin Che Puan Sofie telah mengambil keputusan mendalami ilmu agama dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kongsi Che Puan Sofie di laman Instagramnya, “Very excited to start studying at Universiti Malaysia Kelantan (UMK). InshaAllah, will complete the Bahasa Malaysia and the Islamic courses,” coret Che Puan Sofie yang aktif di laman Instagram dengan jumlah pengikut 66.8 ribu (setakat artikel ini ditulis).
Suami Che Puan Sofie, YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra merupakan Canselor universiti tersebut. “UMK is a public university. The first students were enrolled with the commencement of the June 2007 semester. Chancellor Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan,” tambah Che Puan Sofie lagi.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweeden ini khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Cik Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.
Tengku Mahkota Kelantan pula diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II sebelum meneruskan pengajian di Oakham School, London di peringkat sekolah menengah.
Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Malah, Che Puan Sofie juga gemar memasak seperti yang sering dikongsi di laman media sosialnya. Che Puan Sofie juga aktif berbasikal dan pandai menjahit.
Sumber & foto: Instagram @ljo_
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos telah mendapat perhatian seluruh dunia apabila menjadi billionaire dalam sekelip mata selepas suami yang telah dikahwini selama 25 tahun telah menceraikannya.
Perkahwinan yang dilangsungkan atas dasar cinta itu musnah di tengah jalan lantaran kecurangan suami. Jeff Bezos dikatakan bermain cinta dengan Lauren Sanchez yang pernah mengacarakan program “So You Think You Can Dance?”
Perceraian pasangan ini telah mencipta sejarah apabila telah dinobatkan sebagai The world’s biggest divorce settlement.
Mungkin ada segelintir wanita yang telah merancang pelbagai cara setelah mendapat pampasan yang begitu tinggi. Tetapi tidak pula bagi MacKenzie Bezos yang telah pun berikrar akan mendermakan sebahagian daripada wang pampasan yang diterima olehnya.
Pembahagian harta sama rata ini terjadi kerana pasangan ini dikhabarkan tidak memiliki perjanjian pra perkahwinan. Mengikut undang-undang di Amerika Syarikat semua aset yang diperoleh sepanjang perkahwinan atau harta sepencarian ini perlu dibahagi sama rata jika berlaku perceraian kecuali jika mempunyai perjanjian pra perkahwinan.
Walaupun CEO Amazon ini telah mengeluarkan wang yang begitu banyak sebagai wang pampasan penceraiannya tetapi masih menduduki tangga teratas lelaki terkaya di dunia dengan jumlah nilai kekayaan USD$118 billion.
Siapakah wanita yang bernama MacKenzie ini? MacKenzie S. Tuttle lahir pada 7 April 1970 di San Francisco, California, Amerika Syarikat. Ayah Mackenzie merupakan seorang Perancang Kewangan manakala ibunya seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
MacKenzie merupakan graduan Universiti Princeton yang memiliki Sarjana dalam Bahasa Inggeris. Beliau merupakan pelajar yang pintar dan pernah menjadi kesayangan pensyarah. Jeff Bezos juga merupakan graduan dari universiti yang sama tetapi mereka tidak pernah berjumpa sewaktu zaman belajar mereka.
Mereka berdua bertemu dan bercinta di tempat kerja, sebuah syarikat pelaburan. Setelah tiga bulan mengenali hati budi masing-masing pasangan ini sepakat untuk bertunang dan seterusnya berkahwin pada tahun 1993.
Sebaik sahaja mengikat tali perkahwinan, Bezos meletakkan jawatannya di sebuah syarikat pelaburan di New York dan membuka perniagaan sendiri yang diberi nama Amazon dalam garaj rumah sewaan mereka.
Kehebatan perniagaan atas talian Amazon ini telah meningkatkan harta mereka hanya dalam sekelip mata. Kini Amazon terkenal di seluruh dunia.
Pasangan ini mempunyai empat orang anak, termasuk tiga orang lelaki dan seorang anak angkat perempuan yang berasal dari China. Anak sulung pasangan ini berusia 18 tahun.
Foto: Instagram @mackenziebez
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Acara gilang-gemilang Miss Universe 2018 baru-baru ini masih hangat diperkatan hingga ke hari ini. Kemenangan Miss Filipina merangkul gelaran Miss Universe 2018, Catriona Gray menjadi bualan netizen sekaligus menjadi trending di media sosial. Namun ada seorang lagi finalis Top 5 yang juga menjadi tumpuan seluruh dunia iaitu Miss Vietnam yang bernama H’Hen Nie.
Walaupun hanya menjadi finalis untuk Top 5, figura berwajah unik dengan potongan rambut pendek telah menjadi fenomena. Mungkin ramai yang tidak mengenali H’Hen Nie secara mendalam. Jom Nona kongsikan beberapa info mengenai wanita istimewa ini.
1. H’Hen Nie lahir pada 15 Mei 1992. Beliau menjuarai Miss Universe Vietnam 2017 pada 6 Januari 2018. H’Hen mencuri perhatian dengan mempunyai kulit sawo matang dan gaya rambut pixie.
2. Nie berasal dari keluarga sederhana dan menjalani hidup yang serba kekurangan. Beliau memilih untuk fokus pada Pendidikan dan berhasrat untuk membantu mengubah masa kanak-kanaknya yang sulit secara positif.
3. Ketika belajar di Ho Chi Minh University, H’Hen Nie sempat tinggal di kampus secara percuma. Beliau hanya perlu membayar untuk makan sahaja. Beliau juga berkerja sebagai pembantu rumah untuk menampung pembelajaran tersebut.
4. Selain menjadi pembantu, beliau juga sempat menjadi tenaga pengajar, pengantar risalah, dan model untuk membantu membayar kos pembelajarannya serta untuk biayai kehidupannya di kota.
5. Crown Miss Universe Vietnam yang diraih bukan hanya hasil dari kerja kerasnya, tetapi juga mengubah definisi ratu kecantikan di Vietnam.
6. Beliau menyumbangkan keseluruhan wang kemenangan sebagai Miss Universe Vietnam yang diperolehinya dengan membuka perpustakaan untuk kanak-kanak di kampungnya.
7. Jika terpilih menjadi Miss Universe 2018, H’Hen Nie akan menggunakan pengaruhnya itu untuk terus membantu anak-anak yang kurang beruntung di seluruh dunia. Beliau juga akan mengunjungi sekolah-sekolah, terutama dalam hubungannya dengan organisasi untuk meningkatkan kehidupan anak perempuan di negara yang maju.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.