Bila kita sebut seorang peragawati sudah tentu membayangkan seorang wanita tinggi lampai dengan wajah yang jelita. Namun, 3 model Down Syndrome ini telah berjaya mengubah persepsi sebegitu.
3 model Down Syndrome ini juga berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja berhak memilih jalan hidup mereka sendiri. Baik Sofía Jirau, Grace Strobel mahupun Madeline Stuart benar-benar telah menyuntik inspirasi kepada semua wanita bahawa di mana ada kemahuan pasti ada jalan.
Walaupun dilahirkan serba kekurangan namun semangat ketiga-tiga model ini tetap besar sehingga mereka disunting oleh jenama besar dunia untuk mempersembahkan produk jenama mewah tersebut di mata dunia.
Sofía Jirau
Wanita yang berusia 25 tahun ini baharu sahaja mencipta sejarah apabila terpilih menjadi model down syndrome pertama memperagakan jenama pakaian dalam tersohor dunia, Victoria’s Secret.
Dalam kempen yang diberi nama Love Cloud, wanita yang berasal dari Puerto Rico ini sebaris dengan 18 nama besar dalam dunia peragaan termasuk Hailey Baldwin, Adut Akech dan Taylor Hill.
“Saya pernah mengimpikannya, saya bekerja untuknya dan hari ini ia adalah impian yang menjadi kenyataan,” tulis Sofia dalam bahasa Sepanyol di laman Instagrammya.
Memiliki seramai 252 ribu pengikut di laman Instagram dan pertambahan jumlah pengikut semakin cepat dengan berita tular ini. Ramai yang memberi kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Sofia Jirau.
View this post on Instagram
Grace Strobel
Wanita yang berasal dari St. Louis, Missouri ini juga mencipta sejarah dalam dunia peragaan. Grace Strobel yang kini berusia 25 tahun pernah bangkit daripada kisah sedih dalah hidupnya ketika di sekolah sehingga menjadi speaker memberi inpsirasi bagaimana bangkit mengatasi masalah tersebut.
Khabarnya Grace Strobel telah memberi motivasi kepada lebih 3000 orang pelajar. Kini model sepenuh masa ini telah muncul di 15 majalah terkenal dan 3 daripadanya sebagai penghias muka depan.
Wanita ini juga telah dilantik sebagai duta Be Strong Global iaitu sebuah organisasi yang memperkasakan anak remaja. Selain itu Grace Strobel juga merupakan duta kepada produk kecantikan, Obagi’s newest SKINclusion.
View this post on Instagram
Madeline Stuart
Wanita ini pernah mencipta fenomena apabila menjadi model down syndrome pertama memperagakan fesyen di pentas Paris Fashion Week, London Fashion Week, Runway Dubai, Mercedes Benz Fashion Week dan banyak lagi.
Madeline Stuart memulakan kerjaya sebagai model di usia 18 tahun. Ketika itu wanita yang dilahirkan di Brisbane, Australia ini menghadiri satu pertunjukan fesyen di tempat kelahirannya dengan ibunya, Rosanne Stuart.
Madeline yang berusia 25 tahun turut melancarkan label fesyennya sendiri, 21 Reasons Why by Madeline Stuart di New York Fashion Week.
Selain itu, wanita ini kerap menyokong komuniti kelainan upaya di Australia dan pernah menerima Quincy Jones Exceptional Advocacy Award daripada Pertubuhan Down Syndrome pada tahun 2018 di peringkat antarabangsa.
View this post on Instagram
Baca juga; Kisah Catriona Ross bersama anak autisme.