Hebat penangan perayaan Aidilfitri tahun ini! Mana tidaknya, baju Melayu dijual pada harga mencecah RM1,499 sepasang turut sold out dalam jangka masa singkat!
Itulah penangan koleksi baju Melayu Rizman Ruzaini edisi ‘luxe’ yang dijual pada harga RM1,499 sepasang. Ia merupakan koleksi eksklusif dan hanya dihasilkan sekitar 500 hingga 1,000 pasang sahaja.
Untuk info, baju Melayu yang dimodelkan oleh penyanyi Hael Husaini itu dilaporkan telah ‘sold out’ setelah ia dipasarkan dalam tempoh kurang dua minggu.
Sebelum ini, set baju Melayu yang dijual oleh Rizman Ruzaini telah menerima kritikan segelintir netizen kerana berharga RM1,499 sepasang.Malah, baju Melayu RR edisi ‘luxe’ ini dijual dalam kadar yang eksklusif iaitu sekitar 500 hingga 1,000 pasang sahaja.
Ads
Menurut pereka fesyen duo popular ini, meskipun penjualan baju itu dikecam berikutan harganya yang mahal, namun ia tetap laku kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tambahnya lagi, jenama yang dibangunkan oleh mereka mempunyai beberapa segmen dan pembeli boleh membeli pelbagai produk mengikut harga sasar dan kemampuan masing-masing.
Ads
Untuk rekod, label Rizman Ruzaini mempunyai segmen untuk setiap lapisan masyarakat di mana RR Luxe mensasarkan produk dan jenama yang lebih eksklusif berbanding koleksi Ready To Wear yang meletakkan tanda harga yang mampu dimiliki.
Ads
Tambah Ruzaini pula, setiap tahun, koleksi Baju Melayu Rizman Ruzaini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan sering sold out.
Jenama ini turut melancarkan Pop Up Store Rizman Ruzaini bertempat di I City Shah Alam yang beroperasi selama sebulan sehingga pertengahan sambutan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai promosi istimiewa terhadap produk jenamanya. Kemunculan Liza Hanim dan Ernie Zakri menghiburkan para pengunjung yang membeli-belah di situ tempoh hari mendapat sambutan hangat dari para peminat.
Menegaskan peminat jenama ini terdiri dari semua kategori gaya hidup sama ada T40, M40 mahupun B40, jenama ini mempunyai pilihan untuk mereka merealisasikan impian menyarung jenama Rizman Ruzaini bukan sahaj untuk musim perayaan, malah termasuklah majlis-majlis istimewa yang bakal dihadiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari padang bola sepak nama Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid nampaknya kini semakin menjadi bualan dalam industri hiburan tanah air apabila seringkali dikaitkan bercinta dengan artis. Safawi mula serious bermain bola sepak ketika berusia 17 tahun dan menjadikan sukan itu sebagai sumber rezekinya untuk membantu keluarga.
Apa yang menariknya, anak kesembilan daripda 13 adik-beradik ini pernah menjadi tukang rumah sebelum menceburi sukan bola sepak secara professional. Safawi juga dikenali sebagai seorang yang pemalu dan pendiam tapi suka berkawan. Selalunya, orang pendiam ni menjadi idaman kenbanyakan gadis di luar sana.No wonder lah kalau saham pemain muda ini nampaknya semakin meningkat terutamanya dalam kalangan gadis-gadis.
Sekitar penghujung tahun lepas, Safawi yang berumur 21 tahun pernah dikaitkan bercinta dengan dua orang artis muda yang sedang meningkat naik iaitu palakon Sweet Qismina, 21 dan penyanyi Wani Kayrie, 18 dan mereka dikatakan berebut cinta daripada Safawi Rasid. Apatah lagi, Safawi merupakan antara pemain kelab bola sepak yang terkaya di Malaysia. Mesti lah menjadi rebutan bukan?
Selepas digosipkan dengan dua artis muda tersebut, Safawi juga dikatakan pernah ‘bermain cinta’ dengan pengulas sukan dan pengacara sebuah syarikat televisyen swasta iaitu Anim Ezati Zikri.
Terbaru, Safawi dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon manis Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26. Malah, Ruhainies sendiri ada mengaku kepada pihak media yang dia pernah menerima jambangan bunga daripada Safawi dan ternyata tertarik dengan kesungguhan lelaki itu untuk mengenalinya. Pada masa yang sama, mereka juga tidak menafikan pengenalan itu berlaku menerusi media sosial.
Bukan Safawi saja pemain bola sepak yang dikaitkan mempunyai hubungan bersama artis. Bekas pemain JDT iaitu Zaquan Adha juga berkahwin dengan pelakon Ayu Raudhah pada tahun 2011. Seterusnya, penjaga gol pasukan JDT Izham Tarmizi juga bertemu jodoh dengan pelakon Mia Ahmad dan mereka berkahwin pada tahun 2017. Kenapa ya ramai pemain bola sepak menjadi pilihan artis untuk menjalin hubungan cinta?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Separuh dirinya hilang bagai direntap, semangat dan jiwa kental yang selama ini menjadi ‘tembok kekuatan’ Rusmilawati Saidin goyah setiap kali terkenangkan wajah ceria anakanda tersayang, Muhammad Ilham Fahmi Mohammad Azzam Naim. Tiada lagi kucupan mesra, pelukan hangat dan gurauan manja Ilham Fahmi lebaran ini.
Yang tinggal, hanya secebis kenangan indah dan pusara bernisan sebagai medan kunjungan di pagi raya. Allahu, peritnya menanggung sebuah kerinduan tidak berpenghujung.
Tragedi remaja lemas di sebuah lombong Taman Putra Perdana berdekatan kawasan perumahan D’Islands, Puchong pada 3 Oktober tahun lalu nyata meninggalkan sejuta rasa di lubuk hati ibu kepada tiga anak ini. Meskipun reda dengan ketentuan takdir, namun perasaan kesal masih tersisa di benak Rusmilawati.
Masakan tidak, beberapa jam sebelum insiden hitam itu Ilham Fahmi sempat meluangkan masa bersamanya di rumah.
Kehilangan seorang anak amatlah memeritkan bagi seorang ibu, tidak kira apa sahaja waktu, doa ibu pasti akan mengiringi anaknya. Pada 3 Oktober 2018, Muhammad Ilham Fahmy telah dijumpai lemas di sebuah lombong di Puchong. Kami bersama ibu arwah, Puan Rusmilawati Saidin untuk bercerita tentang perkara kegemaran arwah ketika Syawal.#majalahnona #inspirasinona #nonasuperwoman #SyawalTanpaMu #anggotabomba #matilemas #remajamatilemas
“Dua minggu sebelum dia hendak ‘pergi’ boleh dikatakan setiap dua hari sekali dia pergi memancing di sana bersama kawan-kawan. Bila saya tanya kenapa kerap ke sana, dia cuma kata hendak happykan kawan-kawan. Sebagai mak memang saya risaukan keselamatan dia tapi memandangkan dia sudah besar dan mampu jaga diri, saya hanya berpesan agar berhati-hati.
Tapi masa hari kejadian dia beritahu mahu pergi berlepak dan bukan memancing seperti biasa di kawasan lombong tersebut. Sebelum dia keluar, dia sempat tolong dan picit badan saya. Dalam pukul 3.30 petang macam tu, dia cakap kawan dia dah lama tunggu. Petang itu jugalah dia jatuh dan tinggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.”
Sambil menghela nafas panjang, suri rumah berusia 46 tahun ini menyambung cerita. Katanya, tiga hari sebelum arwah Ilham Fahmi disahkan lemas dan meninggal dunia… anak kedua daripada tiga beradik tersebut bersungguh-sungguh meminta dibelikan sebuah telefon bimbit baru.
Entah mengapa, Rusmilawati mengakui dia langsung tidak marah apabila anak lelakinya itu meminta hadiah berkenaan dan hanya menuruti kemahuan arwah tanpa berfikir panjang.
Tajaan baju: Watie Collection
“Hari Isnin tu balik dari sekolah saja, tak sempat masuk rumah dan buka baju dia minta pinjam duit nak beli telefon baru. Memang beberapa hari sebelum dia meninggal semua kemahuan dia, saya tunaikan. Pelik juga sebenarnya sebab selama ini kalau dia minta apa-apa, saya akan marah tapi hari itu saya ikut je.
Saya minta dia tunggu sampai hari Rabu sebab ayah dia dah gaji. Dia berkeras tak nak, katanya dah janji dengan kawan-kawan. Tak sangka pula hari Rabu itu juga hari dia jatuh dekat lombong.
Kehilangan Allahyarham Ilham Fahmi yang jatuh ke dalam lombong menjadi gempar apabila ia turut mengorban enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). Ketika operasi mencari dan menyelamat Ilham Fahmi, kesemua enam anggota bomba berkenaan mengelut dalam arus deras di lombong tersebut dan dipercayai lemas kira-kira pukul 9.45 malam. Jenazah Ilham Fahmi hanya ditemui pada keesokan harinya pada waktu petang.
Gambar Aidilfitri tahun laluHanya tinggal kenangan
Mengimbas kenangan Aidilfitri yang masih segar di ingatan, ibu penyayang ini lantas menyusun kata. “Tahun lepas masa beraya di rumah adik. Memang seronok sangat kami satu keluarga waktu tu. Dapat bergurau dan bergambar dengan dia. Kebetulan, masa nak ambil gambar cahaya matahari terkena terus ke muka dia.
Bila tengok gambar dekat handphone, dia cepat-cepat beritahu abang dia yang ada ‘nur’ di mukanya. Berkali-kali juga dia cakap macam tu. Tak sangka itu adalah raya terakhir dengan dia. Bahkan sebelum dia pergi, memang selalu dia cakap muka dia ada ‘nur’.
Arwah ini seorang yang manja, sensitif dan suka senyum. Adik-beradik semua rapat dengannya dan bila dia tiada semua sedih terutamanya yang bongsu. Sebab arwah suka kenakan adik bongsu ni sampai menangis dibuatnya. Bila nak tidur, dia akan angkat tangan dan berdoa untuk abang dia. Saya pula memang hari-hari tak putus berdoa.”
Ditanya mengenai persiapan raya yang bakal tiba, Rusmilawati berkata, “Tahun ini tak ada hati nak sambut raya. Nak balik kampung pun tak terasa nak pulang. Rasa tak seronok beraya di kampung tanpa arwah. Iyalah, selama ini raya mesti ada dia tapi tahun ini
tak ada dah. Mak saya pun faham situasi kami sekeluarga. Mungkin mereka yang akan datang beraya di rumah kami nanti.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti roda yang berpusing, manusia tidak akan pernah tahu tentang nasib yang bakal menimpa mereka. Mungkin hari ini kita berada di atas dan mungkin esok, di bawah. Sebagai khalifah yang hidup di muka bumi ini, ketahuilah setiap apa yang berlaku di bumi akan dipersoalkan pada hari akhirat.
Di sebalik ketaatan manusia terhadap suruhan dan larangan Allah SWT, jangan sesekali terlepas menjaga adab dan kesucian persaudaraan. Buatlah sebanyak mana pun amal ibadah, solat lima waktu, berpuasa penuh pada bulan Ramadan, menunaikan zakat dan mengerjakan umrah serta haji tetapi jika bertindak zalim sesama insan, ada akibat yang bakal menanti.
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.”
Lalu Nabi SAW bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis Riwayat Muslim)
Mengambil petikan ceramah dari Ustaz Wadi Annuar, setiap huraian yang diterangkan beliau benar-benar menginsafkan. Bagaimana seorang umat yang taat kepada Allah boleh tergolong sebagai ahli neraka?
“Akhirnya segala kebaikan dan pahala orang yang rajin beribadah tadi diberikan kepada orang yang dia pernah buat jahat sampai habis semua pahala. Tapi masih ada ramai lagi orang-orang yang dia pernah zalimi. Lalu Nabi berkata, diambilnya dosa orang dizalimi tadi dan diletakkan pula di atas penimbang dia (orang yang rajin beribadah). Daripada ahli syurga tiba-tiba pula jadi ahli neraka kerana banyak sangat ambil tahu hal orang.
Tiap hari kira sibuk buka aib orang, sembang tentang aib orang, ejek orang itu, fitnah, ambil harta orang dan pukul orang. Ini adalah dosa-dosa kita dengan orang dan semua itu Allah kira. Kalau ada orang buat jahat dekat kita dan kalau kita benar, bersabar. Setiap inci dan zarah kejahatan yang kita buat, Allah akan timbang. Malah, kebaikan sebesar zarah pun akan ditimbang oleh Allah,” pesan Ustaz Wadi penuh yakin.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah. Jangan sesekali kita lupa tentang hari pengadilan. Beringatlah, amalan sesama manusia juga boleh menentukan kehidupan kita di alam yang berkekalan itu kelak!SUZIANA ABU DAUD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tun Dr Mahathir Mohamad seorang negarawan yang disegani ramai bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia. Ketajaman fikiran dan kebijaksanaan figura ini mentadbir negara meraih perhatian pemimpin dunia. Tidak hairanlah Tun Mahathir diberi kepercayaan mentadbir Malaysia ...