Stamina merupakan perkara penting untuk seseorang penyanyi terutamanya ketika menjayakan konsert pada skala besar kerana mereka perlu beraksi dalam tempoh panjang dan mendendangkan puluhan lagu. Antara cara yang menjadi pilihan penyanyi mengekalkan stamina adalah dengan bersenam dan menjadikan pusat kecergasan sebagai lokasi untuk memantapkan stamina. Namun bagi pelantun lagu Jatuh, Lah Ahmad, dia selesa memilih berpuasa bagi memantapkan staminanya.
Lah atau nama sebenar, Abdullah Ahmad, 43, berkata, amalan tersebut dilakukan untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga sepanjang menjayakan Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, pada 7 Oktober ini.
“Untuk mempersembahkan lebih 20 lagu dalam konsert, sudah tentu saya kena jaga stamina. Cara saya melakukannya adalah dengan berpuasa. Apabila berpuasa, secara tidak langsung ia membuang lebihan toksin dalam badan dan kita jadi lebih bertenaga,” katanya ketika ditemui media di majlis sidang media baru-baru ini.
Ads
Lah berkata, ketika hendak menjayakan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Januari lalu, dia turut berpuasa dan ternyata caranya itu menampakkan hasil yang positif.
Ads
Lah yang juga bekas anggota kumpulan V.E berkata, dia mula berpuasa apabila menghampiri tarikh membuat persembahan.
Ads
Lah berkata, aksinya di IB dianggap istimewa kerana memberi peluang kepadanya mendendangkan lagu yang belum pernah dipersembahkan.
“Ada juga lagu lama saya yang peminat tidak pernah dengar termasuk lagu dari album baharu akan didendangkan pada malam itu. Selain itu, ada segmen bersama penyanyi jemputan. Kumpulan Ruffedge bakal menjadi penyanyi undangan di malam konsert tersebut.
Lah menyifatkan konsert di IB bakal menjadi pencetus kepada penganjuran sebuah lagi acara yang menghimpunkan artis R&B popular tanah air . Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di IB dianjurkan Rubbertapper Production House dan diiringi Orkestra Simfoni Universiti Malaya (UM).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Risaunya tengok gelagat anak-anak sekarang. Yang kecil leka ‘melekat’ dengan gajet dan permainan hand phone. Yang dewasa pula terdedah dengan bermacam-macam gejala tidak sihat. Pening kepala ibu bapa dibuatnya! Kalau tak perbetul attitude anak-anak mulai sekarang, boleh parah masa depan mereka kelak.
Tidak dinafikan, terdapat segelintir ibu bapa yang seolah-olah buntu mencari penyelesaian kepada masalah anak-anak. Wang ringgit, pendidikan dan segala-gala yang terbaik telah diberikan kepada mereka namun ‘pulangan’ yang diterima cukup mengecewakan. Di manakah silapnya?
Sedar atau tidak, banyak perkara penting yang penjaga terlepas pandang sepanjang mendidik anak-anak. Bila diteliti, apa yang diperkatakan Prof Dr Muhaya ini memang realiti dalam membesarkan anak-anak. Bukan mudah melahirkan generasi yang serba boleh dan disenangi sebab ia melibatkan ‘pelaburan’ yang besar.
Kata Prof Dr Muhaya, “Buat anak-anak rasa diri mereka penting, difahami, disayangi dan jangan lupa beri penghargaan. Please invest time, money, doa and everything for children. Banyak orang membela raksasa sekarang. Beri makan, beri pendidikan tapi tak beri didikan agama. Beri makan, badan sihat; ada education jadi pandai tapi tak beriman. Mereka jadi orang yang fasik.
Mereka inilah yang ‘makan’ mak ayah dia sebab dekat kubur (sudah meninggal) tak doakan. Masa hidup susahkan hati dengan pergaulan bebas, bekerja tak jujur dan macam-macam. Anda musnahkan diri dan anak-anak sendiri sebab tak prihatin dengan agama. Kalau agama tak kuat, masjid tak pergi, adab tak ajar, Quran tak baca, tak solat berjemaah, tutup aurat tak dan kalau ibu dalam keadaan degil pula macam mana anak nak baik?
Sebab itulah, saya menyeru kepada wanita jika tak tutup aurat, tak jaga solat, tak jaga pergaulan confirm masalah. Saya harap, ibu bapa jadikanlah kasih sayang terhadap anak-anak tanpa syarat, penuh belas kasihan, penghormatan dan prihatin. Don’t try to be clever, it’s better to be kind. Sell your cleverness purchase kindness.”
Menyentuh cara asuhan yang betul, pakar motivasi ini tanpa berselindung menggalakkan setiap ibu bapa agar membentuk keperibadian anak-anak sejak kecil lagi. Berikut panduan mendidik anak seperti yang dikongsikan Prof Dr Muhaya.
Tulisan itu membina mindanya. Ask to express themselves. Suggest beli buku kecil, jadikan habit menulis melakar sesuatu to express diri mereka. Expression very important.
Bila anak remaja, mereka perlu didengari. Hendak mereka dengar cakap kita, kena dengar, faham, appreciate, banyak memuji jangan kutuk mereka. Please cakap baik dan jangan mengutuk. Kadang kita tak pandai menghargai anak kita. Hendak bagi anak lembut hati, kita kena lembut hati dulu. Banyak baca Al-Fatihah sedekah pada dia dan doa dekat Tuhan. Masa nak tidur, sebut benda-benda baik dekat dia.
Bila anak berumur 0-7 tahun gives unconditional love, 7-14 ajar adab dan disiplin, 14-21 tahun jadi kawan mereka. Kalau tak ikut protokol ini memang susah. Percayalah, anak-anak yang banyak menerima kasih sayang dari ibu bapa tak perlu kasih sayang daripada orang lain. Please appreciate dan love your children. Kanak-kanak yang kurang diberi perhatian akan cari kasih sayang di luar.
It’s a sign kalau mereka love their friend more than you, something is wrong. Ibu bapa kerja bisnes macam-macam untuk beli kereta dan rumah mewah tapi semua ini tak akan berkekalan. Anak-anak ada childhood, kalau terlepas masa 0-7 tahun dan tak beri mereka unconditional love, macam mana hendak beri adab disiplin. Banyak yang perlu qada’, kerja keras dan pelaburan kepada anak-anak dari segi masa, kasih sayang dan rasa hormat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama kaca mata, Bolon, menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahkan lagi keanggunan rekaan untuk koleksinya yang terbaharu. Kali ini, koleksi ini meraikan keperibadian setiap individu yang memiliki personaliti serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontemporari yang cukup unik. Ia juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.
Koleksi musim ini diinspirasikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri).
Mula diperkenalkan pada tahun 2003, Bolon telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dan jenama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di segenap rantau Asia Pasifik.
Bolon yang sentiasa mengikuti gaya fesyen terkini menawarkan ciri-ciri rekaan Itali yang elegan dan berkualiti tinggi serta penggunaan bahan-bahan kaca mata terbaik seperti Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan pemilihan warna dan tekstur yang menarik. Juga, Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian inovatif merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon dengan teknik kemahiran terkini dapat menjamin keaslian produknya di samping memberi keselesaan penglihatan si pemakai.
Sejak pelancarannya, Bolon telah memenangi beberapa anugerah dan telah diiktiraf sebagai salah satu jenama kaca mata yang paling berpengaruh. Kaca mata Bolon merangkumi kaca mata hitam untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak selain menampilkan koleksi menarik optik untuk wanita dan lelaki. Salah satu keunikan jenama ini ialah koleksi Bolon kanak-kanak dengan gaya yang sepadan dengan kaca mata dewasa. Koleksi ini dikenali sebagai Mini-me.
Koleksi kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi agar si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik buat kita semua khususnya pemilik kenderaan persendirian. Berikutan isu pelekat cukai jalan yang mudah rosak dan susah untuk ditanggalkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan bermotor mereka, berkuat kuasa hari ini.
Pada sidang media, Siew Fook berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.
Beliau berkata, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.
“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!