Perancangan sering tertangguh ketika masih bergelar isteri dahulu, namun YouTuber terkenal Ria Ricis tetap meneruskan rancangannya untuk bercuti ke Maldives bagi menyambut ulang tahun kelahirannya tahun ini.

Bakal Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Maldives RIA RICIS Impi Berenang Dengan Ikan Jerung
Kredit Foto: Instagram riaricis1795

Ria Ricis baharu saja mencecah usia yang ke-30 tahun pada 1 Julai 2025.

Khabarnya pempengaruh kelahiran Batam ini sudah menyediakan acara khas untuk menyambut hari istimewanya itu.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini bukan sahaja akan meraikannya di Indonesia bahkan bakal ‘terbang’ ke Maldives.

Ria Ricis merancang untuk menghabiskan percutiannya di kepulauan terkenal itu.

Bakal Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Maldives RIA RICIS Impi Berenang Dengan Ikan Jerung

Sudah Lama Rancang

Ria Ricis sebenarnya sudah lama menyiapkan rancangan tersebut iaitu sejak dia masih bergelar isteri kepada pelakon Teuku Ryan.

“Ini sebenarnya sudah beberapa tahun saya idamkan, nak sambut hari jadi di sana, akhirnya menjadi kenyataan tahun ini,” kata Ria Ricis seperti dipetik dari Grid.id

Ads

Bakal Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Maldives RIA RICIS Impi Berenang Dengan Ikan Jerung

Ria Ricis mengakui rancangan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya di Maldives sebelum ini beberapa kali tertangguh. Namun, tahun ini impiannya itu bakal menjadi kenyataan.

“Selepas menunggunya dan selepas dibatalkan, kami akhirnya terbang tahun ini.”

BACA JUGA: OKI SETIANA DEWI Garap Peluang Ke Luar Negara Untuk Fahami Kebesaran Allah!

Ria Ricis memilih Maldives adalah kerana cintanya terhadap laut dan keindahan dunia bawah laut. Dia juga sangat suka berenang dan menyelam.

“Saya sangat suka laut terutama di bawah laut. Dan saya seorang yang sangat suka berenang dan menyelam.”

Ads

Bakal Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Maldives RIA RICIS Impi Berenang Dengan Ikan Jerung

Impi Berenang Dengan Ikan Jerung

Selain merancang untuk ke Maldives, Ria Ricis juga berimpian untuk berenang dengan ikan jerung. Memang rare!

“Saya akan bersama jerung secara langsung. Tolong doakan kerana itu adalah impian saya sejak sekian lama,” katanya.

Bakal Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Maldives RIA RICIS Impi Berenang Dengan Ikan Jerung

Sebagai persediaan buat masa ini, Ria Ricis telah melakukan latihan menyelam di laut Gorontalo memandangkan keadaan laut di Indonesia dan Maldives berbeza termasuk jenis ikan.

“Untuk latihan, kami berlatih di Gorontalo kerana saya tahu laut Indonesia dan di luar pasti berbeza. Jenis ikan juga pasti berbeza.”

Ads

Sediakan Kostum Khas Ikan Duyung

Bagi merealisasikan impiannya itu, Ria Ricis bercadang untuk memakai kostum khas iaitu ekor ikan duyung semasa berenang bersama jerung. Bagaimanapun, rancangan itu  mengundang reaksi daripada mereka yang paling rapat dengannya.

“Menurut rakan-rakan, ia kedengaran sangat melampau. Rakan-rakan berkata begini ‘Awak pasti nak pakai ekor duyung? Dalam kolam yang sama dengan jerung?”

Bakal Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Maldives RIA RICIS Impi Berenang Dengan Ikan Jerung

Walaupun kedengarannya melulu, Ria Ricis memastikan keselamatannya menjadi keutamaan. Dia akan berkoordinasi dengan pasukan tempatan di Maldives yang akan memastikan keadaan kekal selamat.

“Saya sudah menghubungi penduduk setempat kerana menurut penduduk di sana ia sepatutnya selamat kerana ramai orang tempatan akan mengawal.

“Tetapi kita lihat nanti bagaimana keadaannya pada masa hadapan, bagaimana lokasinya. Kalau tidak boleh, kita tidak akan menggunakan ikan duyung,” kata Ricis.

Bakal Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Maldives RIA RICIS Impi Berenang Dengan Ikan Jerung

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI