DATIN DR HALINA MOHD YUNUS

Diam tak diam usia kehamilan bayi kembar Datin Dr Halina Mohd Yunus memasuki trimester ketiga. Meskipun ia bukanlah kehamilan anak kembar yang pertama namun perasaan gentar untuk menimang cahaya mata baharu tetap dirasai. Apatah lagi, kelahiran kali ini cukup bermakna kerana Datin Dr Halina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar bakal menerima kehadiran sepasang kembar perempuan dan lelaki. Alhamdulillah, bertuah Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar!

IKLAN

Berdepan dengan pelbagai ujian sepanjang tempoh kehamilan ini, pasangan doktor romantis ini bagaimanapun dilihat cukup optimis melalui apa jua situasi. Dengan kelahiran bayi kembar perempuan dan lelaki yang bakal dilahirkan kelak, ini menjadikan Datin Dr Halina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar bergelar ibu ayah kepada enam orang anak! Walau masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya dan empat anak mereka yang masih kecil ketika ini namun kemampuan Datin Dr Halina dan suami membahagikan masa wajar dicontohi.

Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester!

Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester!

Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester!

Malah, mereka sangat berfikiran positif dalam mendidik anak-anak. Tidak hairanlah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mampu menerbitkan buku sulung bertemakan keibubapaan ‘My Way of Parenting’ pada 15 Julai lepas. Tahniah!

Sambil berkongsi aktiviti terkini, Datin Dr Halina meluahkan rasa syukur kerana kesihatan diri dan anak yang dikandung berada dalam keadaan baik. “28 weeks people!!! Hello third trimester!! Alhamdulillah I made it… it’s not too obvious from the front but from the side, mashaAllah.

My back and hip joints already hurting, relaxin (the hormone) must be flooded in me! Can’t sleep at night cause the twins kinda like night owls. Super happening kicking around.. alhamdulillah.. both of them are in cephalic presentation (head down). I’m praying for spontaneous vaginal delivery again this time.. Mudah-mudahan inshaAllah.”

IKLAN

Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester!

Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester! Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester! Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester!

IKLAN

Dalam pada itu, Datin Dr Halina turut menjelaskan bayi kembar yang pertama sudah mencapai berat 485 gram sementara yang kedua pula 458 gram pada ketika kandungan berusia 22 minggu. Seperti kebanyakan ibu hamil lain yang mengidam bermacam-macam perkara luar biasa daripada kebiasaan, Datin Dr Halina juga tidak terkecuali.

Salah satu situasi yang dihadapi ialah apabila beliau ‘mengidam’ untuk memiliki sequin mask seperti yang pernah dipakai oleh selebriti antarabangsa, Jennifer Lopez. Mujur hasrat tersebut direalisasikan seorang pengusaha kraf, Anakanda.beta.

Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester! Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester! Bakal Timang Anak Kembar Perempuan & Lelaki, Usia Kandungan DATIN DR HALINA Masuk Third Trimester!

Terbaharu, beliau memuatnaik posting berkaitan World’s Most Admired 2020 Malaysia Edition yang menampilkan suami tercinta iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengungguli senarai bagi kategori lelaki. Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabela, 9 tahun; Sophea Natasha, 7 tahun; dan kembar Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI