Menjaga kecantikan kulit tidak kira masa termasuk ketika bercuti raya. Kelihatan cantik berseri di pagi raya menjadi dambaan wanita lebih-lebih lagi ketika mahu mempotretkan bersama keluarga tercinta. Cantik ketika beraya tidak bermakna perlu membawa semua peralatan make up yang tersusun indah di atas meja solek. Nanti, satu bagasi hanya untuk mengisi peralatan solek semata-mata.
Cukup hanya membawa alat solek yang perlu untuk memberi perlindungan kepada kulit serta menyerlah kecantikan semulajadi. Sebaik-baiknya ketika melancong tidak perlu bersolek tebal kerana ketika itu kulit terdedah kepada perubahan cuaca, sinar ultra ungu dan pencemaran. Saat santai solekan nipis telah memadai dan jangan lupa membawa kosmetik di bawah ini ketika berlibur.
Ads
SUN BLOCK
Krim pelindung matahari ini sangat penting dan wajib dibawa ketika bercuti. Krim ini memberi perlindungan kepada tubuh dari sinar UVA dan UVB dan perlu diletak di dalam beg tangan ketika libur. Memakai krim perlindungan suria ini tidak hanya ketika mahu ke pantai sahaja. Ke mana-mana sahaja perlu di sapu ke tubuh dan wajah termasuk di dalam kota yang nampak sejuk. Sinar matahari tetap ada walau dalam keadaan cuaca dingin, bukan begitu?
PELEMBAP WAJAH
Kulit wajah tidak boleh disembunyi dengan fabrik seperti kulit tubuh. Kulit wajah paling terdedah dan perlu diberi perlindungan sempurna. Pelembap wajah sangat diperlukan jika melancong ke tempat sejuk. Biasanya kulit akan mengalami hidrasi kerana udara yang sangat sejuk. Namun, ini bukan bererti bercuti di negara yang beriklim panas tidak perlu menyapu pelembap. Walau di mana sahaja kaki anda melangkah, pelembap perlu disapu ke wajah dan tubuh sebelum keluar rumah.
PELEMBAP BIBIR
Jika bibir kering dan pecah-pecah pasti mengganggu mood untuk menikmati percutian idaman. Kurang minum air dan cuaca sejuk melampau menjadikan bibir kering dan mengelupas. Cara paling mudah untuk memelihara bibir kering adalah pelembap bibir. Jika memilih pelembap bibir yang mengandungi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB adalah suatu bonus. Selain itu, jangan lupa menganbil sekurang-kurangnya dua liter air putih setiap hari.
Ads
BODY LOTION
Walaupun tubuh dilindungi dengan baju atau seluar namun tetapi juga perlu dipelihara kelembapannya. Tidak perlu membawa losen dalam kuantiti yang banyak atau botol besar, cukup untuk memenuhi keperluan percutian. Jika menemui kesukaran untuk menyapu losen di siang hari paksa diri untuk menyapu losen setiap kali sebelum tidur. Udara kering daripada penghawa dingin ketika tidur menjadi punca kulit kering.
DEODORAN
Bau badan ketika bercuti adalah a big no no! Menyelusuri kawasan yang dibanjiri dengan rakyat tempatan ditambah pula dalam kawasan panas mengundang peluh mengalir laju. Apabila memiliki penampilan yang menarik tetapi meninggalkan bau badan tidak enak akan menyelit persepsi yang tidak baik pada diri. Botol deodorant tidak sebesar mana dan mudah diselitkan di mana-mana. Sila masukkan deodorant dalam checklist!
Ads
BEDAK, LIPSTICK DAN MASKARA
Tiga item cantik ini penting dan wajib dibawa ke mana sahaja. Tidak ada siapa tahu siapa yang akan ditemui ketika sedang bercuti. Mungkin jodoh ditemui sewaktu sama-sama melawati tempat yang sama. Namun jangan tampil keterlaluan cukup hanya dengan penampilan natural. Pilih warna lipstick nude atau lembut. Jika mahu mata kelihatan sedikit besar boleh membawa pengalit mata bersama.
UBAT JERAWAT
Ini adalah penyelamat ketika mengalami waktu sukar apabila tiba-tiba jerawat muncul di tempat yang tidak diingini seperti ditengah-tengah hidung atau atas dahi. Tidak semua tempat ada menjual ubat jerawat yang sesuai dengan kulit. Lebih mudah bawa sendiri dan keluarkan ketika diperlukan. Mudah bukan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lama tak dengar khabar Hanez Suraya. Sejak mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan kira-kira lapan tahun lalu namanya seakan menyepi daripada industri seni. Pun begitu, bakat dan pesona Hanez masih diingati peminat setia yang ternanti-nantikan kemunculannya di kaca televisyen.
Meninjau media sosial Hanez, dia yang meniti usia 37 tahun aktif dengan gaya hidup sihat seperti berbasikal. Meski usia bakal menghampiri 40 tahun namun stamina aktres cantik ini kuat!
Tidak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh ideal persis anak dara walau dah berstatus isteri dan ibu.
Melihat penampilan Hanez menyambut Syawal baru-baru ini, macam tak berubah bintang drama Love You Mr Arrogant tersebut. Bahkan kulit putih bersih dan mulusnya sering menarik perhatian followers.
Menerusi temu bual bersama Melodi pada Januari lalu, Hanez mengakui memperlahan karier lakonan demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang dan memenuhi kemahuan suami tercinta.
“Of course, rindu (berlakon) sebab itu minat saya dari dulu. Tapi terpaksa berkorban, bukan husband tak bagi cuma dia takut saya tak dapat beri komitmen dekat family.
Buat masa ini tak terfikir untuk kembali. Tak kata bersara atau menghilangkan diri cuma tak nak fikir lagi,” jelasnya yang tidak menolak jika ada rezeki untuk kembali berlakon.
“Ada yang bertanya tapi tak berani bagi jawapan sebab takut tak boleh commit. Rindu sangat, kadang buka cerita-cerita lama (lakonan), ya Allah rindunya.”
Hanez Suraya menceburi bidang seni pada tahun 2004 menerusi filem Bicara Hati.
Bercerita mengenai aktiviti kegemarannya iaitu berbasikal, personaliti ini memberitahu, “Memang itu aktiviti yang bukanlah setiap hari. Tapi dalam seminggu, dua ke tiga kali memang wajiblah. Mesti kayuh.”
Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha Abdul Rais pada 25 Mac 2015.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah dua tahun beraya secara norma baharu, tahun ini kita berpeluang merayakan Syawal penuh meriah. Kemeriahan 1 Syawal dengan sambutan glam raya mencipta suasana. Solekan indah usah dilupa!
Sambutan glam raya dengan pesona elegan menerusi solekan polos jika diadun dengan sempurna penampilan lebih berkilau untuk kesan glamourous dan menggoda.
Sebelum memulakan solekan bersih wajah terlebih dahulu dan pakai mask untuk efek wajah yang lembap. Kemudian sapu penyegar dan pelembap serta sembur spray mist kepada kulit wajah. Sapu bedak asas yang menyamai rona wajah dan jika mempunyai kulit yang tidak sekata atau bintik-bintik di bahagian muka sembunyikan dengan penyamar noda. Selepas itu, oles bedak debu untuk memberi kesan yang lebih semulajadi.
Solekan mata merupakan aspek yang penting dalam solekan. Warna lembut atau pastel sebagai warna asas paling sesuai untuk kebanyakan orang. Sapu rona yang sedikit gelap di sudut luar mata untuk menampakkan mata lebih dalam dan menyerlahkan lagi bentuk mata. Kemudian sapu pengalit mata agar mata lebih galak. Sapu di sepanjang garis mata atas dengan garisan nipis, tebal di sepanjang mata dan garisan bulu mata. Kemudian sapu maskara dengan pergerakan zig zag.
Solekan kening juga penting dalam memperindah wajah seseorang. Teknik yang betul untuk melukis kening tanpa mencukur adalah rapi kening menggunakan berus terlebih dahulu. Kemudian lukis kening menggunakan pensil kening mengikut bentuk yang sesuai dengan wajah. Tebal atau nipis boleh mengikut keinginan masing-masing. Akhir sekali berus kening dengan menggunakan maskara kening.
Sapuan pemerah pipi tidak perlu terlalu banyak. Sapu pemerah pipi hanya cukup untuk menonjolkan tulang pipi. Sapu pemerah pipi mengunakan berus khusus di atas tulang pipi atas dan dibawa ke arah garis rambut. Bronzer dipakai buat menampilkan keseluruhan riasan wajah lebih mempesona.
Anastasia’s Beverly Hills Satin Lipstick
1. Anastasia’s Beverly Hills Satin Lipstick
Gucci Natural Finish Liquid Foundation
2. Gucci Natural Finish Liquid Foundation
Innisfree Airy Eye Shadow Palette
3. Innisfree Airy Eye Shadow Palette
Nudestix Nudies Matte
4. Nudestix Nudies Matte
Too Faced Christmas In The City! Limited Edition Makeup Collection in Rome
5. Too Faced Christmas In The City! Limited Edition Makeup Collection in Rome
Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.
Mulan Jameela.
Berusia 20 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi. Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit. Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.
Penampilan Mulan Jameela di usia 40an, kekal menawan!
Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja. Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!