Bertamu ke kediaman mewah milik the one and only Datuk Chef Wan yang terletak di Garden Residence Cyberjaya ini mencetuskan inspirasi.
Banglo tiga tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan lif menambahkan lagi keterujaan kami untuk meneroka ke segenap ruang hunian yang baharu didiami ini.
Nona bertuah kerana berpeluang untuk bertandang ke kediaman hebat milik Datuk Chef Wan. Keindahan rekaan interiornya begitu memukau pandangan.
Rona lembut melatari segenap ruang banglo tiga tingkat ini. Penulis cukup teruja dengan idea dekorasi yang diilhamkan sendiri olehnya. Masih terasa keempukan fabrik Baker Sofa yang dihasilkan khas dari New York bagi melengkapi ruang tamu bernuansa elegan.
Kreatif
Biarpun di luar sana aura Datuk Chef Wan tidak boleh dinafikan lagi namun ketika mendekatinya secara dekat, beliau juga begitu menitikberatkan nilai privasi.
Buktinya, setiap ruang kediaman punya kisahnya yang tersendiri seiring dengan momen-momen kembara yang turut diadaptasi dalam setiap sentuhan dekorasi.
Ads
Kebanyakan barangan perhiasan yang dipamerkan melambangkan sebahagian daripada negara-negara yang pernah beliau kunjungi. Antaranya ialah pasu, pinggan mangkuk serta perabot.
Benarlah, Datuk Che Wan seorang yang cukup istimewa serta unik kerana selain pakar dalam masakan beliau juga seorang yang kreatif dalam berbagai bidang termasuklah dekorasi. Ternyata, kreativiti beliau tidak terbatas. Itulah yang dinamakan anugerah dari Ilahi yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain.
“When your life is hectic and often surrounded by endless people, I always take comfort to escape and be on my own to kind of unwind yourself, and find peace and tranquility,” ungkap Datuk Chef Wan.
Ads
Maka, sebab itulah Datuk Chef Wan mencurahkan sepenuh idea untuk interior kediamannya kali ini biarpun terpaksa mengambil tempoh masa yang agak panjang untuk disiapkan sepenuhnya.
Ruang Privasi
Sudut privasi serta menjadi kegemaran Datuk Chef Wan untuk beristirehat ialah ruang televisyen. Di sini beliau dapat bersendirian tanpa gangguan. Sementara untuk tetamu mahupun saudara mara yang berkunjung, mereka disediakan ruang khas di tingkat bawah.
Ads
Namun begitu, Datuk Chef Wan tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu tercinta. Sebuah kamar indah disediakan dilengkapi dengan dekorasi bernuansa klasik buat ratu hatinya itu.
Datuk Chef Wan menjadikan ibunya iaitu Noraini Abdullah sebagai tulang belakang dan sumber inspirasi untuk berjaya dalam kehidupan.
Beliau juga sentiasa mengenang pengorbanan serta keperitan ibunya dalam membesarkan tujuh orang anak. Sejak kecil lagi Datuk Chef Wan belajar erti kepayahan hidup yang menjadi pencetus semangat buat beliau untuk merubah kehidupan.
Kesimpulannya, Datuk Chef Wan dilihat begitu menitikberatkan soal pencahayaan semula jadi untuk kediamannya. Beliau juga akan memastikan membuat pilihan yang terbaik, berkualiti dan berbaloi ketika membeli barangan perabot mahupun perhiasan kediaman. Ia umpama satu pelaburan jangka masa panjang. Amy Mohd
Kredit Gambar: Instagram Datuk Chef Wan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Drama Melur Untuk Firdaus merupakan antara drama yang melonjakkan nama pelakon Anna Jobling dalam dunia seni tanahair. Tidak hairanlah mengapa nama Anna Jobling kini meniti di bibir para peminat dan mula mendapat tempat di hati para peminat di negara jiran, Indonesia.
Dalam usia 23 tahun, pelbagai kejayaan mula dikecapi oleh Anna Jobling sekaligus melonjakkan namanya dalam industri hiburan tanahair. Enggan terbuai dalam dunia glamor dan lebih memikirkan masa hadapan, Anna Jobling berkongsi bahawa dirinya ada melantik Akauntan peribadi untuk menguruskan kewangannya sebagai persediaan di masa akan datang.
Anna Jobling mengakui dirinya tidak suka bersikap boros dan sedang menabung untuk menunaikan impian untuk memiliki kediaman sendiri tidak lama lagi.
“Saya seorang yang mementingkan tentang masa hadapan dan simpanan. Saya tidak suka boros membeli barang. Cukuplah memiliki beberapa barangan berjenama. Tetapi selebihnya saya lebih suka menyimpan.
Saya rasa satu kemestian untuk memiliki seorang penasihat kewangan yang dapat membantu menguruskan pendapatan dengan lebih baik,” ujar Anna ketika ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
Pada majlis sambutan hari jadi yang turut dihadiri rakan strategik perniagaan, rakan media dan peminat setianya itu, Anna sekarang ini memberi tumpuan penuh terhadap penggambaran drama yang dilakukan di Bali, Indonesia dalam masa terdekat.
“Jadual saya sememangnya amat padat sejak akhir-akhir ini namun pihak pengurusan tetap cuba untuk menganjurkan majlis istimewa ini untuk meraikan insan-insan istimewa dalam hidup Anna. Jika tahun lalu, saya diraikan di Jakarta, kali ini saya dapat meraikannya di sini,” ujar Anna yang memilih tema The Go Gatsby sebagai tema majlis hari jadinya kali ini.
Sebelum itu, peminat pelakon kacukan ini telah mengambil inisiatif menjalankan kerja-kerja amal dikenali sebagai Anna Jobling Give Back Birthday Charity di pusat perlindungan kucing terbiar selain menganjurkan majlis kesyukuran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesederhanaan dan kelembutan peribadi YM Tengku Putri Robiatul Adawiah Tengku Haji Abdul Aziz atau digelar Tengku Putri ini begitu menambat hati. Dalam usia 41 tahun, kerabat Pahang itu tampak lebih muda berbanding usianya biarpun sudah memiliki empat cahaya mata.
Tengku Putri berketurunan kerabat Pahang di sebelah ayahandanya iaitu Almarhum Tengku Haji Abdul Aziz Ibni Almarhum Sultan Abdullah Almuktasim Billah. Bonda Tengku Putri iaitu YM Cik Puan Kecik Pahang, Hajjah Habibah Abdullah juga berasal dari negeri yang sama dan kini berada di Pekan, Pahang. Tengku Putri merupakan anak bongsu daripada 12 bersaudara.
Tengku Putri kini aktif menjalankan perniagaan abaya eksklusifnya secara online yang dikenali sebagai Puteri Abaya.
“Sebaik suami ditugaskan ke Dubai, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menguruskan keperluan anak-anak termasuk melihat perkembangan mereka di depan mata. Sejak berhenti kerja saya terdetik untuk berniaga secara online. Sekurang-kurangnya dapatlah saya mengisi masa terluang selain menambah pendapatan keluarga.
Suami turut memberi sokongan dan kebebasan untuk saya. Sambutan dan permintaan amat menggalakkan bukan hanya di Malaysia bahkan Indonesia dan Rusia,” ungkap graduan dari Universiti Putra Malaysia jurusan Pembangunan Manusia ini.
Tahun ini Tengku Putri menyambut lebaran di kampung halaman suami iaitu Kelantan. Menurut Tengku Putri, sambutan di sana sentiasa meriah kerana seluruh ahli keluarga dan sanak saudara akan berkumpul. Mereka juga akan mengadakan hari keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
“Tahun lalu saya sekeluarga menyambut lebaran di kampung halaman saya iaitu Pahang. Momen itu membuatkan saya sedih kerana cuma sempat beraya dengan suami pada hari raya pertama sahaja. Keesokannya dia terpaksa pulang ke Dubai menyambung tugasnya di sana.
Sedih sangat namun apa boleh buat sebab komitmen kerja. Anak-anak sering juga bertanya macam-macam tapi saya jelaskan dengan baik dan mereka boleh terima. Anak-anak memang rapat dengan suami lebih-lebih lagi anak bongsu kami.
Setiap kali menjelang raya juga saya pasti akan terkenangkan arwah ayah. Ini paling menyentuh perasaan saya walaupun arwah pergi ketika saya berumur 11 tahun. Hanya doa dipanjatkan tatkala rindu datang mengundang. Semoga rohnya sentiasa tenang di sana,” ungkap Tengku Putri.
Baca kisah selanjutnya tentang perkongsian momen-momen indah Tengku Putri semasa lebaran di halaman Tetamu Diraja dalam Nona Julai 2017.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Arab Saudi pada Ahad mengumumkan penghantaran angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada suku kedua tahun ini, lapor Agensi Anadolu. Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan, Rayyanah Barnawi dan Ali AlQarni akan menyertai kru misi angkasa lepas AX-2 yang bertujuan untuk memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas.
“Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi -mengenai semua keperluan misi. Negara-negara Teluk baru-baru ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.
Pada Disember 2022, penjelajah angkasa, Emirati Rashid Rover berlepas ke bulan dengan kapal angkasa Jepun untuk perjalanan selama lima bulan.
Pada September tahun lepas, Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi melancarkan program angkasawannya bagi melayakkan kader negara itu terbang ke angkasa dalam jangka pendek dan jangka panjang dan mengambil bahagian dalam eksperimen saintifik, penyelidikan antarabangsa dan misi berkaitan angkasa lepas. – Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.