Bulan Ramadan ini kita tidak terhad melakukan amalan-amalan sunat tetapi penjagaan kecantikan dan kesihatan juga menjadi sebahagian daripada amalan yang boleh dilakukan. Pernah tak anda cuba bersahur dengan infused water? Boleh cuba tips ini dan nikmati rutin seharian anda dengan lebih segar!

Pilihan infused water dengan campuran buah-buahan misalnya amat membantu memberikan tenanga. Bahkan, kulit juga terasa lebih lembap kerana tidak terhidrat. hal ini membolehkan anda memberi tumpuan yang baik kepada rutin harian.

IKLAN

Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan. Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

 

Di antara kebaikannya:

 

  • Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.

  • Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.

  • Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.

 

  • Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.

  • Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.

 

BAHAN RENDAMAN

Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.

 

Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.

 

Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.

Buah melon: melon atau tembikai.

Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.

Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.

Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.

Rempah: halia, kayu manis atau lada.

TIP MINUMAN

  1. Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
  2. Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
  3. Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
  4. Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja. Minumlah sewaktu bersahur dan ketika berbuka.
  5. Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
  6. Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
  7. Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.

 

Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori! Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!