CEF SELEBRITI, ANIS NABILAH

Tiap kali ternampak gambar Anis Nabilah ‘singgah’ di timeline media sosial, timbul pelbagai persoalan tentang macam mana gadis kecil molek ini mampu mengekalkan tubuh langsing sebab kebanyakan orang yang terlibat dalam industri makanan ini lebih mudah naik berat badan. Tapi berbeza bagi Anis atau nama penuhnya Anis Nabilah Umaruddin yang dikurniakan susuk tubuh perfect! Tak keterlaluan kalau Nona katakan, ia menjadi kegilaan dan dambaan ramai wanita.

IKLAN

Di sebalik kepetahan dan gelagat lincah Anis mengacarakan program masakan, selebriti yang mula menyinar dalam rancangan Icip-Icip ini juga sebenarnya aktif bersenam. Kalau tengok di IG miliknya, anak keempat daripada lapan beradik ini selesa menjalani rutin senaman yoga untuk kesihatan diri. Nampak macam mudah tapi kalau tak pandai kawal penafasan dan tak komited, susah hendak buat rutin senaman seumpama itu.

18 November lalu merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-34 buat Anis. Mempunyai pengaruh besar dalam bidang kulinari, setiap video masakan yang dikongsi wanita ramping ini pasti mendapat perhatian penggemar makanan. Malah, Anis juga menjadi antara pencetus fenomena Thermomix dalam penyediaan makanan mudah dimasak menggunakan teknologi serba canggih berkenaan.

Ketika bertemu cef selebriti ini sewaktu penggambaran Nona Superwoman Award 2018, Anis yang disifatkan seorang personaliti ceria, ramah dan menyenangkan mengakui dia cukup menitikberatkan diet sihat sebagai amalan harian. Walaupun nampak ‘kecil-kecil cili padi’, Anis tidak melepaskan peluang untuk mempelajari seni mempertahankan diri. Hah, patutlah boleh dapat tubuh ramping dan cantik.

IKLAN

Meskipun senaman yoga dilihat mudah hakikatnya dalam tempoh hanya sejam sehari, seseorang itu mampu membakar 200 hingga 540 kalori. Dalam masa sama, ia meningkatkan daya tumpuan dan memperbaiki penafasan melalui pelbagai teknik senaman yang disarankan pakar kecergasan. Bahkan jika dibuat dengan betul boleh menghasilkan tenaga luar biasa kepada diri.

Berdasarkan portal Vemale, yoga turut berperanan melancarkan aliran darah yang meningkatkan sistem pencernaan sekaligus proses pembakaran lemak berjalan dengan baik. Tidak ketinggalan, dapat mengatur dan mengawal nafsu makan.

IKLAN

 

Kredit foto: Instagram Anis Nabilah