Seiring memenuhi gaya hidup aktif, sihat dan moden BeauSiti dan WonderLab kini hadir dengan dua produk terbaru, Beautéssence dan BeauNest. Bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga kesihatan. Beautéssence merupakan produk minuman botani manakala Beaunest merupakan minuman kesihatan sarang burung dengan kandungan madu, delima dan kurma.

IKLAN
Beautessence & BeauNest Rahsia Kekal Menawan DS SITI NURHALIZA, Umum Kolaborasi BeauSiti x WonderLab
Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama duta produk Beautessence, Nabila Razali.

BeauSiti dilancarkan pada September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita iaitu Beautéssence. BeauSiti diinspirasikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mahu berkongsi rahsia kecantikan luaran dan dalamannya dengan seluruh wanita. BeauSiti adalah pemakanan yang ideal untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan.

Beautéssence kini tampil dengan pek baru iaitu berbentuk sachet dan kotak bersaiz kecil. Mudah dibawa ke mana sahaja dan ditambah baik dari segi formulasi. Bahan utama Beautéssence ialah Cerepron-F dari Jepun yang membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah dalam tempoh 60 hari sahaja.

Beautessence & BeauNest Rahsia Kekal Menawan DS SITI NURHALIZA, Umum Kolaborasi BeauSiti x WonderLabBeautessence & BeauNest Rahsia Kekal Menawan DS SITI NURHALIZA, Umum Kolaborasi BeauSiti x WonderLabBeauNest pula rangkaian produk terbaru kedua iaitu minuman kesihatan berasaskan sarang burung asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan. Telah digandakan khasiatnya dengan makanan sunnah seperti madu, buah delima dan kurma.

Kedua-dua produk menggunakan teknologi terkini dan mempunyai rasa lebih segar. BeauSiti x WonderLab Beautéssence berharga RM125.00 sekotak, manakala BeauSiti x WonderLab Beaunest berharga RM75.00 sekotak.

Beautessence & BeauNest Rahsia Kekal Menawan DS SITI NURHALIZA, Umum Kolaborasi BeauSiti x WonderLabProduk minuman Botani BeauSiti x WonderLab Beautéssence dan Beaunest kini boleh dibeli dengan 2 cara iaitu SitiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab).

KOLABORASI BEAUSITI x WONDERLAB
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, kolaborasi bersama BeauSiti selaras dengan misi WonderLab.

IKLAN

Beautessence & BeauNest Rahsia Kekal Menawan DS SITI NURHALIZA, Umum Kolaborasi BeauSiti x WonderLabCUCKOO International memberi tumpuan kepada gabungan kesihatan dan kesejahteraan rutin penjagaan kecantikan harian demi mengubah gaya hidup seseorang untuk menjadi lebih baik. Kerjasama dengan BeauSiti juga merupakan lanjutan kerjasama bersama DS Siti Nurhaliza sebagai duta CUCKOO.

Lebih RM1 juta dilaburkan dalam media seterusnya bakal memberi impak positif kepada lebih 30 juta orang melalui papan iklan, KOL media sosial dan platform sosial hiburan. Kesedaran jenama juga akan dipertingkatkan dengan bantuan duta baru yang juga pelakon dan penyanyi, Nabila Razali.

IKLAN

Beautessence & BeauNest Rahsia Kekal Menawan DS SITI NURHALIZA, Umum Kolaborasi BeauSiti x WonderLab“Kolaborasi dan pelancaran produk ini amat bermakna. Ini hanyalah permulaan bagi kami untuk membolehkan lebih ramai mendapat gaya hidup yang lebih sihat. Kami akan terus berkerjasama dengan WonderLab bagi melancarkan lebih banyak lagi produk kesihatan dan kecantikan kelak,” kongsi DS Siti Nurhaliza.

Beautessence & BeauNest Rahsia Kekal Menawan DS SITI NURHALIZA, Umum Kolaborasi BeauSiti x WonderLabSelaras dengan usaha bagi meluaskan lagi jenama dan pasukan, BeauSiti mengalu-alukan individu berbakat untuk menyertai pasukan sebagai Sitizen dengan BeauSiti, atau Wonder Star dengan WonderLab untuk berkongsi rahsia kecantikan luaran dan dalaman.

Kredit Foto: BeauSiti

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI