Travel with style! Menyedari minat rakyat Malaysia yang gemar melancong dan ingin kelihatan hebat ketika melancong, Guardian Malaysia telah bekerjasama dengan pereka terkenal Anna Sui untuk menghasilkan koleksi rekaan eksklusif, istimewa untuk para pelanggannya.

Koleksi Bagasi Anna Sui terdiri daripada dua beg troli, satu beg tote, dan satu beg pereka (designer case), boleh ditebus pada harga diskaun istimewa di bawah program kesetiaan terbaru yang bermula hari ini.

IKLAN

Bercakap di majlis pelancaran program tersebut, Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Ms. Christina Low berkata, “Kami memlilih untuk bekerjasama dengan Anna Sui kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam kedua-dua aspek kecantikan dan fesyen, yang sangat relevan kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan kami.

Ia juga bertujuan untuk membawakan jenama beraspirasi pada harga yang berpatutan ke pasaran umum.”

Beg Kembara Rekaan ANNA SUI, Koleksi Beg Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia

Anna Sui menampilkan koleksi bagasi yang diilhamkan oleh minyak wangi, rama-rama dan bunga ros dan warna-warna terang dari seni Pop seperti fuchsia dan oren.

Malah setiap rekaan diilhamkan oleh pelbagai peristiwa yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan kerjayanya. Tambahan pula, Anna Sui yang gemar melancong ke destinasi seperti London, China dan sebagainya menjadikan elemen travel with style sebagai elemen utama untuknya melancong sambil mencari ilham.

Bukan itu sahaja, Guardian menawarkan dua wangian Anna Sui Eau De Toilette (EDT) edisi terhad bermula November. EDT tersebut, yang didatangkan dalam saiz 30ml, iaitu Dreams Yellow, dan La Vie De Boheme, kedua-duanya berharga RM99.00, termasuk GST, dan hanya boleh didapati di 150 buah stor Guardian terpilih.

“Kerjasama eksklusif dengan Anna Sui ini, kami percaya ia adalah cara yang tepat untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan setia kami. Rekaan dan koleksi beliau sama ada fesyen atau minyak wangi, sememangnya dicari dan digemari oleh ramai wanita.”

Beg Kembara Rekaan ANNA SUI, Koleksi Beg Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia

IKLAN

Beg Kembara Rekaan ANNA SUI, Koleksi Beg Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia

Beg Kembara Rekaan ANNA SUI, Koleksi Beg Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia

Beg Kembara Rekaan ANNA SUI, Koleksi Beg Eksklusif Untuk Pelanggan Guardian Malaysia

IKLAN

CARA-CARA PENEBUSAN BEG

Untuk setiap pembelian RM20, pelanggan akan menerima sekeping setem. Sekeping setem tambahan akan diberikan jika pembelian tersebut mengandungi salah satu daripada 33 jenama yang mengambil bahagian. Antara jenama-jenama tersebut adalah Bio-Essence, Dettol, Dove, Maybelline, Nivea dan Pantene.

Pelanggan perlu mengumpul 10 keping setem untuk menebus satu barangan pada harga diskaun. Harga potongan untuk empat barangan ini adalah:

  • Beg troli 24-inci pada harga RM159.90 (berbanding harga jualan RM399);
  • Beg troli 20-inci pada harga RM129.90 (berbanding harga jualan RM199);
  • Beg tote pada harga RM69.90 (berbanding harga jualan RM129);
  • Kes pereka pada harga RM59.90 (berbanding harga jualan RM99).

Setem-setem akan dikeluarkan bermula pada 28 September 2017.

Penebusan pula akan bermula pada 28 Oktober dan berakhir pada 31 Disember, 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.myRosmah Idayu Abu Samah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI