Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Ia juga merupakan teman karib yang sentiasa menjadi pendamping dan pelengkap kepada penampilan mereka. Terbaharu, satu jenama fesyen terkenal dunia, Jacquemes telah memperkenalkan beg tangain bersaiz mikro yang diberi nama ‘Le Vanity Micro’. Ia diperagakan untuk koleksi musim panas.
Ianya sangat kecil sehingga model hanya perlu menjijit menggunakan satu jari. Beg tangan comel itu hasil luar kotak Jacquemes iaitu jenama meningkat naik dari Perancis. Ia diperkenal sebagai ‘Le Chiquito’ untuk salah satu aksesori dalam koleksi Womenswear Fall/Winter 2019/2020.
menurut dari Bustle hanya sebiji gula-gula TicTac sahaja yang boleh diisi. Sebenarnya ini bukan kali pertama Jacquemes mengeluarkan beg bersaiz mikro. Pada Februari 2018, beg tangan bucket ‘Le Vanity Micro’ diperagakan untuk koleksi musim panas.
Didatangi dengan pilihan warna ceria merah, oren, merah jambu dan ditambah lambang ‘J’ sebagai signature. Jangan main-main beg tangan Jacquemes merupakan kegemaran selebriti televisyen Kim Kardashian.
Walaupun kecil, harganya tidak ‘kecil’ seperti saiznya. ‘Le Chiquito’ dijual pada harga $486 iaitu sekitar RM2000!