
Siapa sangka, kehadirannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini menemani suami tersayang, Marcell Siahaan ke sidang media sempena konsert Marcell Dua Dekade membuka ruang untuk dirinya bersama-sama sekumpulan penggemar senaman Pound Fit di Malaysia!

Menjengah laman Instagram miliknya, model dan aktress berusia 42 tahun itu sering berkongsi foto dan video tatkala melakukan aktiviti senaman fizikal. Salah satu senaman yang sering dilakukan adalah Pound fit, latihan kardio yang meniru gerakan mengetuk dram menggunakan dua stik.
Rima atau nama sebenarnya Rima Melati Sheila Adams merupakan seorang instruktur Yoga bertauliah dan juga instruktur senaman Poundfit dari Amerika Syarikat dan turut memainkan peranan sebagai Poundfit Tour Crew dari Indonesia.

Baru-baru ini, peminat senaman Pound Fit Malaysia berkongsi sesi senaman bersama Rima Melati di Cyberjaya diketuai oleh Pengasasnya, Nurul Hanisah Norizan atau Hanis dari Pound with Hanis. Rima Melati diundang untuk memeriahkan sesi senaman tersebut.

Turut menemani Rima ke acara berkenaan ialah penyanyi Marcell yang memberi sokongan padu terhadap acara kegemaran isteri tersayang.
Isteri penyanyi Marcell Siahaan itu bukan hanya penggemar senaman tersebut, tetapi turut mempunyai sijil sebagai jurulatih senaman Pound fit profesional. Rima pernah berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya di mana dia mengikuti latihan Pound Pro pada 2017 di bawah seliaan Kirsten Potenza, di Amerika Syarikat.

Rima mula melibatkan diri secara aktif dalam senaman Pound sekitar tahun 2019 yang lalu. Bagi finalis Miss Universe Singapura 2001 itu, Pound fit bukan hanya membuat tubuhnya lebih sihat, tapi juga membuat dia berjaya menurunkan berat badannya.

“Selepas tiga tahun melibatkan diri dengan Pound, saya rasa lebih sihat dan berjaya mengurangkan 12 kg berat badan. Ini adalah satu perkara yang sudah menjadi sebahagian rutin harian saya dan saya gembira dapat berkongsi senaman ini dengan orang lain,” katanya.

Untuk info, Pound merupakan gabungan senaman kardio, yoga dan pergerakan diilhamkan dari pilates. Ia mampu membakar kalori dengan banyak dengan hanya menggunakan kayu drum berwarna hijau neon. Gaya senaman ini amat popular dan bergiat aktif di Indonesia.
Senaman Pound ini dikatakan dapat membakar hingga 900 kalori sekiranya dilakukan selama satu jam.
Gerakannya banyak yang menyerupai pilates, tetapi pergerakannya dilakukan dengan cepat sehingga meningkatkan komponen cardio. Senaman ini juga memiliki unsur power yoga di mana gerakannya mudah diikuti, melatih seluruh tubuh dan meningkatkan degupan jantung sekaligus membakar lemak.

Wanita kelahiran Singapura ini sememangnya amat menggemari aktiviti olahraga, dan telah membuka studio senamannya sendiri di Jakarta yang dikenali sebagai Satu Tempat Studio yang dibuka secara rasminya pada Jun 2020 yang lalu.

Tidak hairanlah mengapa model dan pengacara ini mempunyai tubuh badan yang langsing serta menjadi idaman wanita. Pada usia 42 tahun, wanita yang dikurniakan dua orang cahaya mata ini amat mementingkan penjagaan kesihatan dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang. Rima terkenal sebagai seorang yang pandai memasak, namun dia tidak pernah suka dipanggil dengan gelar ‘chef’.
Menyentuh soal kerukunan rumahtangga yang dibina bersama Marcell Siahaan pada 28 Januari 2009, pasangan ini dikurniakan seorang cahayamata, Seth Ananda Siahaan pada tahun 2014.

Bertindak sebagai penyokong utama karier suami tersayang, Marcell bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Marcell Dua Dekade buat semua peminat setianya pada 9 Disember 2022, bertempat di Zepp KL.
Justeru untuk melihat sendiri persembahan Marcell Dua Dekade, jangan lupa untuk menjadi salah seorang pemilik tiket konsert ini. Orang ramai boleh dapatkan tiket konsert tersebut dengan harga RM288 hingga RM7,888.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Dr Kaleena Bulan Micheal, pakar mata berketurunan etnik Orang Ulu yang berasal dari Miri, Sarawak. Tanpa ragu, dia memilih untuk berkongsi keindahan pakaian tradisi kaumnya di Eropah bersempena hari istimewanya menerima ijazah Doktor falsafah (PhD) di University of Glasgow, Scotland.

Wanita berusia 39 tahun ini yang menamatkan Kajian Klinikal dan Pembedahan Sains Optometri berkata, beliau mengenakan pakaian itu kerana mahu mempamerkan tradisi dan kebudayaan Sarawak di luar negara. Dr Kaleena berharap agar pakaian itu sentiasa dihargai terutamanya oleh generasi muda.
“Sudah tentu saya berasa gembira kerana berjaya menamatkan PhD.
Kecintaan wanita ini terhadap pakaian beridentitikan etniknya cukup menebal. Ini kerana Dr Kaleena turut mengenakan pakaian atau aksesori yang melambangkan tradisi Orang Ulu termasuk milik suku Kenyah dan Lun Bawang pada dua majlis konvokesyen awalnya.
“Ketika menerima Ijazah Sarjana Muda (Perubatan dan Pembedahan) di Universiti of Dundee pada 2008, saya memakai Pata’.
Menurutnya persalinan Tapong Laka’ Anyam yang dipakai pada 2018 menyebabkan pensyarah dan rakan-rakannya menggelarnya Pocahontas.
Dr. Kaleena turut menitipkan pesan kepada orang Sarawak terutama masyarakat Orang Ulu dan Dayak agar jangan mudah putus asa untuk mengejar impian.


Walaupun kini tampil sederhana dengan berpakaian longgar mengikut syariat, gaya tudung yang ringkas, solekan tipis tapi Nana tetap nampak fashionable. Cantik sangat!

Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan mendirikan rumahtangga dengan Mohamed Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Cina-India. Mereka bernikah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahayamata, Althea dan Aaqib. Tahun ini masuk tahun ke-13 usia perkahwinan mereka.

Dalam satu posting di akaun Instagramnya, Nana pernah berkongsi ungkapan ringkas buat suami tersayang sebagai menghargai pengorbanannya selama ini.
“Penguat semangat, walaupun kadang dia pun terbeban ngan kerja dia yg banyak. But tetap la dia sentiasa ada bila diperlukan. Dari pelbagai sudut. Xpernah penat. Dia pernah penat tapi dia buat jugak. Sayangnya dia pada bini dia yg baik lagi menawan.. aderrrr.. i luv u chomby..”
Walau sibuk dengan karier dan bisnes, Nana juga seorang yang mengutamakan keluarga. Nana dilihat rajin ke dapur untuk memasak dan menyediakan hidangan buat yang tersayang. Salah satu menu yang dipelajari oleh Nana dari ibu mentuanya ialah Laksa Sarawak.
Semoga Nana terus istiqamah dan kekal bahagia bersama suami dan anak-anak sampai syurga.



