Sejuk mata memandang isteri Pasha Ungu, Adelia Wilhemina! Sejak sah menjadi isteri bekas vokalis kumpulan Ungu itu, wanita cantik ini nekad mengubah penampilan dan memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga.
IKLAN
Adelia yang meniti usia 34 tahun sebelum mengahwini penyanyi terkenal Indonesia berkenaan pernah bekerja sebagai pramugari. Raut wajahnya yang cantik juga menjadi bualan peminat di negara jiran terutamanya ketika muncul dalam klip video nyanyian duet ‘Penghujung Cintaku’ sebelum mereka bernikah.
Waktu itu, Adelia belum lagi berhijab namun pesona dan rupa paras menawannya menarik perhatian ramai. Dia juga dilapor berketurunan Sunda, Belanda dan Cina.
Kini selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said masih menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.
Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli Adelia. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab bagai tidak puas mata memandang!
Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 34 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira tujuh tahun lalu. Sejak itu, jelitawan ini dilihat selesa menyarung busana labuh dan bertudung litup setiap kali berada di khalayak.
Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak.
Pasangan romantis ini bernikah pada 23 Mac 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.
Terdahulu Pasha pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mereka mempunyai tiga anak iaitu Kiesha Alvaro, Shakiena Azalea Putrina, Nasha Anaya Putri Valentina.
Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya.
Pasha kini aktif menceburi bidang politik Indonesia dan turut mempengaruhi isteri tercinta untuk turut berkecimpung dalam kerjaya berkenaan.
Bagi anda yang dianugerahkan dengan anak istimewa perlulah diimbangi dengan gaya didikan terbuka. Anda dan pasangan perlu sentiasa menambahkan ilmu serta matlamat. Kenali betul-betul keperluan anak sesuai dengan persekitarannya. Namun begitu jangan pula menjadi ibu bapa yang terlalu mengongkong.
Kunci utama dalam mendidik anak-anak istimewa ialah terletak pada peluang yang adil serta sesuai dengan anugerah yang dimiliki. Keraplah berbincang dengan pakar psikologi bagi melengkapkan rujukan anda dalam mendidik anak-anak istimewa ini. Biarpun anak-anak ini memiliki IQ yang sangat bagus namun mereka juga punya masalah tersendiri dalam sosialisasi.
Inilah yang sebaiknya anda lakukan:
Berikan batas hubungan sebagai anak dan ibu bapa melalui peraturan yang jelas dan terapkannya secara konsisten.
Beri peluang kepada anak untuk memilih minat yang digemarinya namun masih di bawah bimbingan anda dengan mengarahkan kepada kegiatan spesifik.
Wujudkan halangan buat anak agar ia tidak selalu merasa dirinya di atas dan mendidik dirinya bahawa hidup ini bukan semuanya mudah.
Berikan penghargaan seikhlasnya kepada anak. Begitu juga dengan kritikan membina yang disampaikan secara berhemah.
Teruskan memberi semangat dan motivasi kepada anak. Tekankan padanya bahawa menjadi istimewa bukanlah perkara yang pelik dan anggaplah ia tanda kasih sayang Allah SWT yang pasti ada hikmahnya.
Cari tujuan besar yang lebih penting sebagai sasaran utama bagi setiap tindakan dan usaha.
Berikan kemudahan pendidikan yang tidak membebani anak. Contohnya menerapkan semi home-schooling. Anak akan memiliki waktu belajar di luar sekolah beberapa hari berselang seli dengan hari sekolah.
Didik anak untuk membuat prioriti, jadual dan perancangan secara komprehensif. Anak istimewa yang mempunyai kemampuan mengendalikan diri, waktu, emosi dan potensi sejak awal akan lebih mudah beradaptasi dengan persekitaran. AMY MOHD
Ketika gadis lain sibuk menelaah pelajaran, membina kerjaya bahkan berumah tangga pada usia 20-an, berbeza pula kisah yang dialami Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai ini. Takdir menguji hidup mereka dengan penyakit kanser payudara, sekaligus ‘mengikat’ usia muda Hiba dan Navi dengan pelbagai rawatan di hospital.
Bersempena kempen Avon #NormalForMe secara global sepanjang bulan Oktober, beberapa kisah inspirasi pejuang kanser payudara dikongsikan secara terbuka.
Nona tertarik dengan jalan hidup Hiba dan Navi, dimana mereka disahkan menghidap kanser tersebut ketika berusia 20-an.
HIBA TERIMA DIRI SEADANYA
Hiba di diagnosis kanser pada usia semuda 25 tahun. Dia terpaksa menjalani kesemua rawatan untuk sembuh, termasuklah beberapa siri pembedahan, kemoterapi, dan terapi target; kesemuanya menyebabkan Hiba mengalami keletihan, kehilangan ingatan dan peningkatan berat badan disebabkan beban rawatan yang dilaluinya.
Untuk mengatasi perasaan takut, Hiba mempersiapkan dirinya dengan pengetahuan mengenai kanser. Persiapan ini membantunya menentukan langkah seterusnya, membuat keputusan, dan membolehkannya mengawal badan secara sihat.
Sama seperti wanita lain, Hiba juga berhasrat mahu menyusukan bayi apabila masanya tiba. Oleh itu, dia sentiasa berfikir panjang mengenai setiap rawatan yang akan dijalani, bagaimana ia akan memberi kesan kepadanya secara dalaman. Hiba lebih mementingkan hal itu daripada penampilan luarannya.
Hiba Abdul Rahman, bekas pesakit kanser
“Saya mahu menentukan sendiri makna hidup saya. Saya tak mahu kanser mengambilnya daripada saya. Saya tak mahu harga diri saya terikat dengan diagnosis dan penampilan saya.
Saya amat menghargai jasa daripada sistem sokongan terbesar saya – ahli keluarga, ibu, rakan-rakan, dan juga pasangan saya. Mereka membuat saya tidak rasa keseorangan sepanjang perjalanan ini.” Hiba
Tidak bersendirian, Hiba juga menemui sekumpulan bekas pesakit kanser muda melalui Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang mempunyai pengalaman dan minat yang sama mengenai kesihatan mental pesakit, persekitaran kerja, sokongan belia, dan banyak lagi.
Dari kiri: Hiba Abdul Rahman, Saliza Khalid, Navi Indran Pillai
Hiba Abdul Rahman
Apabila ditanya mengenai komitmennya untuk menyebarkan kesedaran tentang kanser payudara, Hiba menjawab…
“Saya mempunyai suara yang boleh digunakan dan saya rasa selesa bercakap tentang perjalanan saya, saya selesa menceritakan pengalaman saya kepada orang ramai dan saya selesa menyampaikan sebab di sebalik beberapa keputusan yang saya ambil.” Hiba
Selepas 7 tahun melawan kanser, Hiba kini telah menemui cahaya dalam hidupnya. Dengan terapi, sokongan serta rasa lebih menghargai diri sendiri, Hiba akhirnya berasa aman dan tenang. Dia menerima dirinya seadanya, dan sedar dia tidak akan menjadi Hiba pada hari ini tanpa pernah melalui kanser.
Navi disahkan menghidap kanser payudara pada usia yang sangat muda. Ketika baru menginjak usia 22 tahun, dia telah berjaya mencapai kerjaya impiannya selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Justeru, penemuan ketulan pada payudara kirinya merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sekeluarga tidak pernah mempunyai sejarah kanser payudara, dan ketika itu Navi sendiri baru berusia 22 tahun.
Kehidupannya mendadak berubah. Pelbagai pilihan sukar perlu dibuat oleh Navi yang melibatkan kerjaya, dan juga situasi hidup-mati yang dihadapi selepas mendapat diagnosis kanser tahap 3 yang telah berkembang ke nodus limfa.
Navi Indran Pillai
Pada awalnya, Navi takut akan stigma yang disaksikannya dalam filem dan drama di mana watak-watak yang sakit selalunya akan tewas kepada kanser. Namun, ini tidak menghalang Navi untuk memulakan rawatan. Dia melalui pembedahan lumpektomi, dan juga rawatan kemoterapi.
Antara perkara yang paling sukar baginya dalam tempoh rawatan ini, selain daripada kesan sampingan yang dihadapinya, ialah melihat rambutnya yang lebat mula gugur. Navi rasa seperti mahkota kewanitaannya seakan dirampas, tapi kesihatan diri menjadi keutamaan bagi Navi, jadi dia meneruskan perjuangannya.
Walaupun perjalanannya tidak mudah, Navi gembira untuk membantu memberikan pesakit lain harapan. Dia percaya ini merupakan tujuan hidupnya – untuk menjadi sinar yang menerangi kegelapan dalam kehidupan orang lain melalui penulisan, nasihat, dan hantaran media sosialnya yang sentiasa ceria.
“Buatlah apa saja yang dirasakan betul. Kalau ia buat kita gembira, lakukanlah.
Saya rasa perjalanan ini telah membentuk diri saya pada hari ini – seorang yang lebih gembira dan yakin. Saya bersyukur kerana dapat hidup, dan memimpin orang lain untuk menikmati hidup sepenuhnya.” Navi
Dari kiri: Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai
Navi bercita-cita untuk membuka pusat kesihatan dan sebuah yayasan di mana orang ramai dapat menderma untuk membantu pesakit kanser yang lain.
Bagi Navi, adalah penting untuk kita menentukan norma diri sendiri. Hidupnya sekarang penuh rasa syukur, gembira, aman dan damai. Penting juga untuk kita ada seseorang yang boleh menjadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan. Berkongsi perasaan takut itu boleh menyelamatkan hidup kita.
Pastikan anda membuat saringan secara berkala, dapatkan pemeriksaan, dan sentiasa berfikiran positif kerana setiap halangan pasti ada cara untuk diatasi.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Detik kehilangan arwah bapa menjadi titik tolak kepada perubahan hidup Miesya Yunus. Tiada lagi tempat bergantung serta hilangnya kasih sayang seorang bapa menjadikan wanita berusia 30-an yang mesra dipanggil Miesya ini seorang yang lebih berdikari. Status sebagai anak bongsu tidak menjadikan Miesya seorang yang terlalu manja apatah lagi bergantung harap kepada keluarga.
Tekadnya, mahu mengubah nasib keluarga sekaligus menjadi wanita yang disegani dan berinspirasi. Kini dalam usia 30-an Miesya berjaya memiliki empayar perniagaannya sendiri iaitu Miesya Yunus Holding Sdn Bhd.
Miesya turut bergelar perunding imej dan penjenamaan korporat, jurucakap profesional, tenaga pengajar dan aktivis NGO. Terbukti, Miesya bukanlah seorang wanita ‘biasa-biasa’ kerana dia punya perencanaan yang rapi demi masa depan yang lebih baik.
Miesya juga mahu membuktikan dirinya mampu berjaya seperti dijanjikan terhadap arwah bapa. “Alhamdulillah, kejayaan saya hari ini adalah izin-Nya serta berkat doa dan redha ibu. Saya anggap arwah abah adalah hero, mentor dan sahabat baik kerana kami boleh berbincang apa jua isu.
Setelah arwah meninggal saya berjanji pada diri untuk menjadi seorang yang berjaya agar dapat menjaga ibu. Selama hayatnya arwah abah sangat memuliakan ibu dan nenek,” ungkap Miesya yang memiliki darah campuran Melayu, Jawa, Arab dan Pakistan.
SUKARELAWAN
“Saya bermula sebagai sukarelawan dalam pelbagai platform persatuan NGO berorentasikan kepimpinan, belia dan wanita. Pengalaman lebih 10 tahun memberikan saya kesedaran bahawa ilmu ini harus diteruskan bagi membentuk masyarakat celik ilmu serta kuat jati diri.
Kepuasan saya apabila dapat berkongsi dengan masyarakat tentang pengalaman mengharungi waktu sukar dengan ilmu dan mentor. Miesya Yunus Holding Sdn Bhd menjadi hub pembangunan insan melalui ilmu penjenamaan, imej dan pembentukan faktor X bagi setiap insan.
Salah satu faktor saya aktif sebagai aktivis ialah berdasarkan cabaran perjalanan hidup sehingga membentuk siapa diri saya sekarang. Bergelar anak yatim mencetuskkan kesedaran buat saya bahawa ramai lagi di luar sana yang senasib juga mampu berjaya.
Melalui platform sukarelawan saya mampu membentuk kepimpinan diri yang kuat. Semoga ia menjadi infak buat mereka yang memerlukan. Jangan bersedih jika diuji kerana ujian Allah SWT buat insan-insan terpilih. Sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT. A positive vibes will attract a positive energy!
Wanita tanpa ilmu dan iman yang kuat adalah wanita yang rugi. Indahnya wanita itu bukan hanya di wajah tetapi di minda yang penuh dengan ilmu serta akhlaknya yang tertib dan beradab. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Apa yang kita ungkapkan, rasa dan fikir akan mejadi doa harian. Semoga seluruh wanita mampu menjadi srikandi hebat yang berjuang demi keluarga, agama, bangsa dan negara,” akhiri Miesya.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...