Berita gembira itu diumumkan oleh Pejabat Imperial Jepun pada 30 Mei 2025. Walaupun butiran identiti bayi itu dirahsiakan, pegawai Pejabat Imperial Naomasa Yoshida menyatakan keluarga diraja sangat gembira dengan kelahiran itu dan mendoakan kebahagiaan kepada keluarga Komuro.
Kehidupan Baru Di Amerika Syarikat
Mako Komuro dan suaminya, Kei Komuro kini menjalani kehidupan yang tenang sebagai pasangan biasa di New York, Amerika Syarikat. Kei Komuro sendiri bekerja sebagai peguam di sana.
Puteri Mako memutuskan untuk melepaskan gelaran empayarnya pada Oktober 2021 selepas berkahwin dengan Kei Komuro, seorang rakyat biasa.
Keputusan ini menjadi perhatian umum dan mendapat pelbagai reaksi.
Ads
Bagaimanapun, Mako menegaskan dia mahu menghabiskan hidupnya bersama orang yang dicintai.
Hidup Di Luar Lingkaran Empayar
Mako meninggalkan Empayar Imperial Jepun pada 2021 selepas berkahwin dengan Kei Komuro.
Ads
Di bawah undang-undang Imperial Jepun, mana-mana ahli wanita yang berkahwin dengan rakyat biasa dikehendaki meninggalkan istana dan melepaskan gelarannya.
Mako dan Kei Komuro pertama kali bertemu semasa mereka belajar di Universiti Kristian Antarabangsa di Tokyo. Kedua-duanya menyatakan rancangan untuk berkahwin pada 2017.
Ads
Bagaimanapun, disebabkan skandal kewangan melibatkan ibu Kei Komuro, perkahwinan mereka ditangguhkan selama empat tahun.
Hidup Seperti Rakyat Biasa
Sejak berpindah ke New York, Mako menjalani kehidupan seperti rakyat biasa dengan gaya yang lebih kasual berbanding ketika dia masih sebahagian daripada keluarga diraja.
Walaupun sudah meninggalkan istana, berita tentang kehidupan mereka masih menarik perhatian ramai.
Kelahiran anak pertama mereka merupakan lembaran baharu yang menggembirakan bagi Mako dan Kei Komuro dalam kehidupan peribadi mereka di luar persekitaran empayar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada perkataan yang mampu membidas hujah wanita ini. Meskipun berkerut dahi, tapi tiap katanya yang pedas… bernas berisi.
Mungkinkah ini realiti wanita Malaysia di ambang 60 tahun kemerdekaannya? Sama-sama kita telusur fikiran kompleks Dr. Haliza Zurah, luahannya dalam konteks wanita merdeka. Benar atau tidak… Jawapannya ada pada kita sendiri.
=========================================
Wanita Alaf Baru, Manja Atau Malas?
Baru-baru ini saya dikejutkan oleh sebuah paparan dari halaman Facebook yang mempromosikan kempen ‘Sarawak Bebas Janda 2018’.
Melalui iklan dari halaman berbahasa Iban tersebut, mereka mengalu-alukan konsep ‘1 lelaki 2 bini’ demi mensasarkan sifar janda pada tahun 2018.
Tidak dapat dipastikan jika paparan tersebut adalah satu lawak jenaka murahan namun ia telah menghina integriti kaum wanita terutamanya golongan janda.
Saya merasakan tindakan tatatertib terhadap laman tersebut adalah wajar. Oleh itu, saya telah menyuarakan hasrat saya kepada beberapa wanita yang saya kenali dengan harapan mereka akan menyokong dan turut serta turun padang demi mempertahankan martabat kaum wanita.
Namun saya hanya dijawab dengan kebisuan semata-mata. Dalam kumpulan Whatsapp yang kadangnya riuh dengan perbincangan hal-hal ringan, tiba-tiba menjadi senyap apabila bangkit isu maruah wanita.
Beberapa ahli kemudiannya menyahut dengan ketidakpuasan hati namun hanya berakhir di situ tanpa sebarang tindakan. Persoalan saya ialah, di manakan sifat perjuangan di kalangan kaum wanita generasi kini?
Jika kita mengamati sejarah Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana mempunyai beberapa tokoh agung wanita yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka demi kemerdekaan tanah air.
Nama-nama seperti Khatijah Sidek, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah dan Aishah Ghani kurang menyinar berbanding pejuang kemerdekaan kaum lelaki yang seangkatan.
Tenggelam mungkin juga kerana sebahagian daripada perjuangan mereka adalah lebih radikal dan berhaluan kiri. Namun kisah mereka tersisip elemen perjuangan yang spesifik kepada kewanitaan seperti nilai keibuan, kelembutan, ketabahan dan cinta seorang wanita.
Semangat pejuang yang dimiliki oleh wanita-wanita besi inilah yang sepatutnya dipupuk di kalangan generasi muda sekarang. Misi perjuangan tidak pernah berubah. Dulu dan kini sama berjuang untuk mempertahankan hak sejagat.
Namun arus globalisasi menyebabkan kita cukup selesa dan alpa lantas kita gagal mendukung tanggungjawab tambahan.
Jika cadangan perjuangan diusul, wanita manja kini menjawab dengan alasan yang remeh seperti sibuk dengan anak, masalah kewangan, enggan masuk campur dan tiada kebenaran suami.
Adakah wanita besi zaman kemerdekaan dulu tidak mempunyai anak atau suami? If there is a will there is a way.
Wanita harus berani tampil untuk melawan dalam skala besar seperti berhadapan dengan pihak antagonis yang menjatuhkan maruah wanita, lantang menyuarakan hak dan menggunakan akal bagi memasang strategi membangunkan wanita.
Kebanyakan individu generasi kini hanya hebat sebagai keyboard warrior menjerit-jerit tidak puas hati di alam maya. Perjuangan sekadar menghentam papan kunci atau menaip di telefon bimbit yang berjenama mahal tidak akan membawa kepada perubahan.
Akibat daripada lenyapnya semangat perjuangan ini, penganiayaan terhadap wanita akan berterusan. Tiada revolusi dalam status wanita dalam masyarakat.
Kita akan terus ketinggalan dan bertuankan sistem patriarki. Jangan sekadar mengomel tentang hak atau layanan yang tidak sama rata tanpa mengambil sebarang tindakan. Kita juga harus memastikan maruah kita tidak diperlekehkan oleh golongan yang kecil jiwanya.
Oleh itu, saya ingin menyeru kepada wanita yang kini sedang selesa duduk di atas kerusi empuk untuk menganalisa kembali jika kita sudah mencapai status wanita maju dan berwibawa. Jika belum maka bangkitlah dan berganding bahu untuk membuat perubahan.
Berbalik kepada isu kempen mensifarkan janda di bumi Sarawak. Saya menyarankan pihak tersebut fokus untuk memupuk sifat bertanggungjawab di kalangan kaum lelaki.
Didikan dalam skop menyediakan keperluan secukupnya kepada isteri dan anak-anak, tidak curang, rajin bekerja dan tidak mengikis duit isteri adalah lebih tepat. Suami yang berjaya mengemudikan rumah tangga akan mengurangkan kes-kes penceraian lalu impian mensifarkan janda akan menjadi satu kenyataan. Setuju?
=========================================
Dr. Haliza Zurah merupakan seorang doktor perubatan, Pengasas Women’s Organisation for Change (WOC) dan bergiat aktif sebagai aktivis di Women AIDS Organisation (WAO).
Awal tahun ini, Nona pernah menyiarkan kes beliau sebagai mangsa penderaan domestik dan kini Dr. Haliza berjuang mempertahankan nasib wanita teraniaya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak PKP dilaksanakan, kebanyakkan pelajar dan golongan bekerja terpaksa berada di rumah untuk menjalani kelas dan melunaskan tanggungjawab kepada majikan. Bagi anak-anak yang masih belajar, tak kiralah di peringkat tadika mahupun di pengajian tinggi, norma baharu ini sukar dilaksanakan tanpa fokus yang baik. Dan kini, mereka perlu kembali belajar dari rumah.
Berikutan ini, doktor kesayangan Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang berjaya mencatat sejarah dengan kejayaan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 dan kini bergelar doktor bedah di United Kingdom berkongsi tips untuk fokus ketika menjalani pembelajaran secara atas talian.
“Kebanyakan pelajar kini terpaksa belajar secara online disebabkan penularan wabak Covid-19. Namun perhatian mereka sangat mudah terganggu. Bagaimana untuk mengelakkan daripada ‘penangguhan’ pelajaran dan terus fokus,”tulisnya.
Wah, tips daripada seorang yang berjaya bagai memberi satu cetusan semangat untuk ikuti langkah-langkah yang diberikan. Tidak hairanlah Dr Amalina seringkali menjadi rujukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Laman blog Dr Amalina, Ask Dr Amalina juga terisi dengan informasi yang mempunyai rujukan yang sahih.
“Good luck to all students! Persistence and determination are key to success, keep fighting!” katanya. Beliau juga berkongsi gambar bersama ibunya ketika menerima sijil Sarjana pada hari graduasi di University of Cambridge pada tahun 2015.
Kredit foto: Instagram Dr. Amalina Bakri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasaan bangga dan bersyukur! Itulah gambaran perasaan Datuk Aaron Aziz dan Datin Diyana Halik tatkala berkunjung ke Jepun untuk menghadiri majlis graduasi anak mereka, Danish Anaqi.
Biarpun berat melepaskan anak sulung menyambung pembelajaran di luar negara ketika dunia ‘berperang’ dengan COVID-19 pada tahun 2020, Datuk Aaron Aziz, reda dengan pilihan Danish Anaqi, 16 untuk mengejar cita-citanya di Jepun. Danish berada di Jepun mengambil kursus pra diploma di sebuah sekolah selama tiga tahun.
Menurut perkongsian Datuk Aaron Aziz di laman Instagram miliknya, dia tidak menyangka tiga tahun sudah berlalu dengan begitu pantas. Danish berlepas ke Jepun pada tahun 2020 ketika COVID-19 masih berada pada tahap membimbangkan dan ketidaktentuan.
“Alhamdulillah Danish berjaya melepasi pelbagai halangan sepanjang tiga tahun ini. Berhadapan dengan Covid, kehilangan Oma, masalah keretakan tulang kaki, berhadapan dengan gempa bumi di bumi Jepun dan sudah semestinya liku-liku dalam pengajian IB program. Tetapi semuanya berjaya ditempuhinya, syukur Alhamdulillah.”
Danish mengambil kursus pra-diploma dalam jurusan Politik Global. Pada majlis graduasi tersebut, Danish segak mengenakan sepasang Baju Melayu serba hitam dan keluarganya turut hadir mengenakan busana kebangsaan tatkala menghadiri majlis istimewa tersebut.
Datin Diyana Halik turut merakamkan penghargaan buat suami tersayang yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan anak-anak.
“Pesan saya cuma satu. Jangan tinggal solat dan jangan lupa jasa dan pengorbanan daddy dalam setiap perkara yang dilakukan oleh Danish dan adik-adiknya,” ujar Datin Diyana Halik yang ternyata amat berbangga dengan pencapaian satu-satunya anak lelaki sulungnya itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.