Sepetang di rumah agam Atelier Alia Bastamam di Bangsar, Nona dibawa menjengah himpunan pereka fesyen ini sambil menyaksikan pelancaran ‘Awaken’ sempena kempen Pink October.

IKLAN

Terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Nona Superwoman 2020, inisiatif Alia Bastamam dalam kerja-kerja kebajikan seharusnya dipuji. Pada usia 36 tahun, Alia bukan saja menyerahkan jiwanya untuk fesyen, malah rajin membantu golongan memerlukan.

“Belajar Melihat Dengan Mendalam Dan Lebih Jauh Dari Sekadar Permukaan…” Alia Bastamam
Alia Bastamam bersama Sarah Lian (Supparetreat)
“Belajar Melihat Dengan Mendalam Dan Lebih Jauh Dari Sekadar Permukaan…” Alia Bastamam
Datin Paduka Marina Mahathir, Alia Bastamam

“Belajar Melihat Dengan Mendalam Dan Lebih Jauh Dari Sekadar Permukaan…” Alia Bastamam

“Belajar Melihat Dengan Mendalam Dan Lebih Jauh Dari Sekadar Permukaan…” Alia Bastamam

Buktinya sudah lima tahun Alia menyokong Kempen Kesedaran Kanser Payudara dengan menghasilkan rekaan khas bagi tujuan ini. Malah dengan sokongan National Cancer Society Malaysia (NCSM), niat murni Alia untuk menyalurkan sumbangan bertambah mudah.

“Tahun ni saya berkolaborasi dengan pelukis muda, Sofia Haron bagi menghasilkan koleksi ‘Awaken’. ‘Awaken’ adalah interpretasi seni kami tentang pentingnya melihat ke dasar sesuatu perkara, mata yang bercakap dan mulut yang melihat.

IKLAN

“Belajar Melihat Dengan Mendalam Dan Lebih Jauh Dari Sekadar Permukaan…” Alia Bastamam

Lukisan tersebut bagai menyampaikan mesej yang tersirat. Simboliknya saya tujukan kepada wanita-wanita kuat di seluruh dunia, yang berjuang setiap hari melawan kanser payudara, bekas pesakit dan penjaganya. Juga untuk mereka yang sentiasa membela penghidap kanser agar terus cekal meneruskan misi hebat itu,” luah Alia sewaktu ditemui.

IKLAN

Koleksi sweatshirt ‘Awaken’ kini boleh didapati secara eksklusif melalui website Alia-B.com bermula 2 Oktober lepas dan berharga RM129. Menariknya, 100% daripada keuntungan jualan koleksi ini akan disalurkan kepada NCSM bagi meringankan beban pesakit kanser di sana.

Tidak ketinggalan, Datin Paduka Marina Mahathir selaku tetamu kehormat pada petang itu turut menyampaikan nasihat berguna buat semua pembaca Majalah Nona.

https://www.facebook.com/majalahnona/videos/791914411585713

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI