Kebolehan wanita cantik kelahiran Filipina, Heart Evangelista dalam menghasilkan hasil seni lukisan di atas handbag mewah dan berjenama sememangnya menarik perhatian Nona! Bukan sahaja memiliki rupa paras cantik, rambut hitam berkilat, malah Heart juga berbakat dalam melukis rupa-rupanya.
IKLAN
Handbag mewah boleh diibaratkan sebagai ‘rakan karib’ wanita yang gemar bergaya dan kebiasaannya akan dijaga dengan penuh teliti dan disusun di almari pameran. Namun, berbeza buat Heart yang merupakan seorang pelakon dan pengacara, kerana beliau memilih untuk melukis di atas beg tangan kesayangan bagi menzahirkan rasa cintanya terhadap seni dan fesyen dalam masa yang sama!
Heart yang kini berusia 33 tahun merupakan ikon fesyen terkenal di Filipina dan memiliki ratusan beg tangan berjenama mewah seperti Hermes, Louis Vuitton dan Carolina Herrera.
IKLAN
Apa yang menariknya lagi, baru-baru ini Heart berkolaborasi dengan jenama terkenal Carolina Herrera yang mahukannya di atas sebuah handbag dan dipamerkan dalam sebuah pameran. Heart mengambil masa tujuh jam untuk menyiapkan lukisan diatas beg tangan tersebut. Mana tidaknya, bukan mudah nak melukis dan mewarna di atas sebuah beg yang harganya mencecah ribuan ringgit kan? Kalau tak jadi, boleh menangis dibuatnya.
IKLAN
Khas untuk peminatnya, beliau turut memuat naik video eksklusif bagaimana dia menyiapkan lukisan di atas sebuah handbag di laman youtube miliknya.
Wanita kelahiran Kuala Lumpur, Datin Lelawati Raffik berusia 39 tahun ini memiliki pakej lengkap sebagai seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi. Bukan saja cantik malah sukses dari segi kerjaya serta bijak menguruskan masanya sebagai isteri dan ibu.
Ibu kepada tiga cahaya mata berusia antara 14, 12 dan 9 tahun ini mesra disapa sebagai Datin Leyla. Memandangkan anak-anaknya kini sedang menginjak usia remaja Datin Leyla mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah.
Menariknya lagi, Datin Leyla lebih selesa bekerja bersama suami yang bertindak selaku mastermind untuk syarikat milik mereka. Datin Leyla bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan jualan dan pemasaran di samping mengendalikan staf serta mesyuarat.
“Sebagai wanita yang sudah berkeluarga saya perlu seimbangkannya dengan kerjaya. Walaupun bekerja dari rumah namun saya sentiasa komited dengan tugas.
Bekerja dengan suami ada kelebihan dan cabarannya kerana ia melibatkan perkongsian bersama pasangan sendiri. Kami perlu bersikap profesional, komited dan sabar. Alhamdulillah setakat ini kami tiada masalah yang terlalu serius.
Kalau ada pun kami segera selesaikannya secara bijak. Kami bebas berbincang tanpa perlu berselindung. Sejujurnya kami seronok bekerja bersama, susah senang pun bersama. Apa yang penting hormat kedudukan masing-masing barulah segalanya dipermudahkan,” kongsi Datin Leyla.
RAHSIA CANTIK
Pesona wajah eksotik yang dimiliki Datin Leyla tidak perlu dipertikaikan lagi kerana darah campuran Melayu-India mengalir dalam dirinya. Maka tak hairanlah di penghujung usia 30-an Datin Leyla masih kelihatan anggun.
“Saya mengamalkan meminum satu liter air kosong setiap pagi di samping mengambil suplemen secukupnya. Selain itu, saya hanya menggunakan produk yang ada penyelidikan serta bebas bahan berbahaya. Walaupun kesannya lambat tetapi ia lebih selamat.
Untuk kekal cergas saya melakukan workout secara rutin di rumah. Selain kekangan masa untuk ke gim, saya sebenarnya selesa melakukannya di rumah kerana lebih bebas,” bicara Datin Leyla.
Sebagai pendakwah hebat dan wanita pintar yang sering diangkat sebagai pendidik ummah, perkongsian Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim tentang perkahwinan ini cukup memberi kesan mendalam. Nasihat yang sama pun disampaikan pada anak-anaknya di rumah.
“Saya selalu ingatkan anak-anak, ‘Dulu, you are madly in love with each other. But when you get married, you will be mad to each other.’
Zaman sekarang ni anak-anak kena tahu tanggung jawab. Dalam dunia moden yang selalu melaungkan kesamarataan, kesaksamaan bersama… bukan maknanya suami isteri bahagi kerja sama banyak. Bukan malam ni I jaga anak, esok you jaga anak.
Keluarga Dato’ Dr Mashitah
Saya kata, ‘Allah SWT mencipta perempuan ni dengan kemampuan yang berbeza.’ Telah dinyatakan berkali-kali, takkan sama lelaki dan perempuan ni.
Untuk mencapai kebahagiaan rumah tangga ni, yang pertama sekali komunikasi kena bagus. Selalu ambil masa untuk berbincang supaya kita tak stres. Kedua, usahlah harapkan kesempurnaan pada pasangan kita.
Kalau kita harapkan kesempurnaan, kita takkan jumpa sampai bila-bila. Dalam perkahwinan kita kena memberi antara satu sama lain. Accept as what you are.
Anak bongsu Dato’ Dr. Mashitah, Adel Wajdi
Pada anak perempuan saya kata, dambakanlah untuk menjadi bidadari syurga. Diorang kata, ‘Amboi Mama…’ Tapi saya jawab, ‘Yes, dalam hidup ni you kena ada tujuan. Saya letakkan tujuan saya dalam hidup ni nak menjadi hamba Allah yang baik, wanita solehah, bidadari syurga.’
Nabi dah sebutkan macam-macam tentang bidadari ni. Keindahan mereka duduk dalam syurga. Tapi antara bidadari ni dengan wanita solehah, mana yang lebih baik? Nabi jawab, ‘Jauh lebih baik wanita solehah.’ Sehinggakan bidadari syurga pun cemburu dengan wanita solehah.
Tapi mudah ke nak jadi wanita solehah? Tidak. Sebab wanita solehah ni kena jaga semua tapi dia selalu gagal di sini (mulut).
Bersama cucu-cucu kesayangan
Sampai Nabi pun pernah pesan, ‘Kamu ni senang ketuk pintu syurga tapi bila Aku tengok neraka, kamulah penghuni paling ramai.’
Sebagai wanita, kita kena banyak bersyukur dan tengok orang yang lebih kurang daripada kita. Saya cakap pada anak-anak, ‘Korang ni duduk dengan Mama kan. Tau tak orang yang tak duduk dengan Mama dia.
Balik terpaksa masak, you all balik semua makanan terhidang, anak-anak terjaga, saya sediakan 4 maids untuk uruskan keluarga besar kami.’ Jadi bersyukur. Barulah kita dapat rasa bertuahnya hidup ini.
Yang kedua, selalu bersedekah. Lagi kita bersedekah, lagi kita rasa ketenangan, kebahagiaan, keseronokan dan kesihatan.
Dan yang ketiga, selalu minta maaf. Ada satu hadis, ‘Sebaik-baik wanita adalah wanita Al-Wadud, banyak anak tapi penyayang. Selalu orang banyak anak ni, dia pemarah kan. Sebelum tidur pegang tangan suami dan memohon ampun atas kesalahannya hari ini.
Jangan pernah sekali tinggikan ego kamu, sampai tak pernah sekali pun minta maaf pada suami kamu. Suami je asyik minta maaf pada kita kan? Jadikan satu tabiat sebelum tidur, biasakan minta maaf atas apa saja yang kita tersilap hari itu.
Jadi kita pun tidur dengan keredhaan Allah dan kalau kita mati pun dalam keadaan diredhai suami. InsyaAllah ganjarannya adalah wanita solehah yang dijanjikan syurga.”
Dato’ Dr. Mashitah mempunyai empat cahaya mata iaitu Dr. Ameerah Suad, Fatin Sajeeda, Muhammad Wafi dan Adel Wajdi. Berusia 57 tahun, ahli politik disegani yang juga isteri Dato’ Abdul Shakur Abu Bakar ini baru saja memulakan karier barunya sebagai Pesuruhjaya Sumpah pada 2 Februari 2022 lepas.
Setiap kali berjumpa dengan Che Puan Syamim Farid pasti cemburu melihat kelangsingan tubuhnya. Sejak awal penglibatan CP Syamim Farid dalam pencarian Dewi Remaja 2015 penampilannya langsung tak berubah.
Foto: Instagram @syamimfarid
Teruja nak tahu bagaimana isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini mengawal pemakanannya. Baru-baru ini CP Syamim ada berkongsi tentang tabiat pemakanannya di Insta Story miliknya.
8 tip yang diamalkan oleh CP Syamim;
1. Makan banyak sayur. 2. Tak ambil gula. 3. Minum banyak air kosong. 4. Bersenam secara konsisten. 5. Makan malam sebelum pukul 7.00 malam 6. kawal pengambilan karbo 7. Kawal pengambilan makanan 8. Kena konsisten
“Oh! ya, lagi satu tip, ini apa yang saya buat daripada dulu sampai sekarang.
1. Jangan minum selepas makan. pastikan selepas 1 jam atau 2 jam LEPAS makan, baru minum.
2. Lepas makan jangan baring, duduk atau berjalan.
Saya buat ni dari sekolah sampai sekarang, dan saya tak pernah langsung buncit. My tummy sentiasa flat dari dulu,” kongsi CP Syamim Farid.
Foto: Instagram @syamimfarid
Berkesempatan bertemu dengan CP Syamim tempoh hari sempat bertanyakan persoalan tentang tabiatnya tak makan nasi. “Saya memang dah lama tak makan nasi dan gantikan dengan quinoa. Quinoa tu dah macam makanan harian saya. Sedap tau, semua orang patut cuba.
Foto: Instagram @syamimfarid
Kelebihan quinoa sebagai pengganti nasi sebab ia tak ada kanji dan rendah kalori. Kalau makan tak lah kenyang tapi basically feeling kita kan orang melayu macam makan nasi,” kongsi CP Syamim.
Foto: Instagram @syamimfarid
Seronok mendengar cerita CP Syamim tentang quinoa ini. Paling menarik bila pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 ini buat quinoa goreng kampung. “Quinoa goreng kampung tu sama jer cara masak nasi goreng kampung tapi tukar jer nasi kepada quinoa.
Tapi quinoa tu kena pandai masak, sebab kalau tak cukup air dia akan jadi keras terlebih air dia akan jadi lembik. Air tu kena betul-betul seimbang,” tutur CP Syamim yang tinggi lampai ini.