Happy birthday Dato’ Jamal Abdillah! Aura Jamal Ubaidillah Ali atau lebih dikenali sebagai Dato’ Jamal Abdillah nyata cukup besar. Tampil penuh gaya, seniman lagenda tanah air ini berjaya membuatkan setiap mata yang memandang terpegun dengan karisma beliau.

Lebih 40 tahun bergelar anak seni, Dato’ Jamal Abdillah sudah pun berada dalam kelas tersendiri!

IKLAN

Tanggal 7 Mei, genap 64 tahun usia penyanyi kelahiran Perak ini. Meniti usia tersebut, pelbagai kejayaan diraih Dato’ Jamal. Tidak hanya karier seni bahkan juga perniagaan.

Apatah lagi, dia merupakan bapa kepada enam cahaya mata dan baru saja menyambut kelahiran bayi bongsu pada Ramadan lepas yang diberi nama Rahil Laura Salsabila Yamani.

Bersempena hari lahir ke-64, ratu hati Dato’ Jamal iaitu Datin Zai Izzati tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta.

Bergaya, Segak & Sukses Usia 64, Isteri Cantik Dato’ Jamal Abdillah Titip Ucapan Romantis Sempena Birthday!

Kongsinya di media sosial, “Today it’s your day. Barakallah Fii Umrik.. berbahagialah suamiku. Semoga awak terus menjadi kebahagiaan saya, imam saya, suami yang paling best, daddy yang hebat dan penyayang.

Panjang umur dan sihat selalu. Semoga dimurah rezeki awak besar bumi hingga Pluto. Aamiin.

Happy birthday to the man who has the best looking wife in the world!!”

Dato’ Jamal mendirikan rumah tangga dengan Datin Zai Izzati pada 1 April 2017 yang juga perkahwinan keempatnya.

Pasangan ini dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani,  Iskandar Rayyan Yamani, dan Rahil Laura Salsabila Yamani.

Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu penyanyi, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

IKLAN

Bergaya, Segak & Sukses Usia 64, Isteri Cantik Dato’ Jamal Abdillah Titip Ucapan Romantis Sempena Birthday!

Bergaya, Segak & Sukses Usia 64, Isteri Cantik Dato’ Jamal Abdillah Titip Ucapan Romantis Sempena Birthday!

Bergaya, Segak & Sukses Usia 64, Isteri Cantik Dato’ Jamal Abdillah Titip Ucapan Romantis Sempena Birthday!

Selain menyanyi, Dato’ Jamal juga sebenarnya seorang usahawan. Tidak bergantung kepada kerjaya seni semata-mata, dia memanfaatkan populariti dirinya untuk melangkah maju dalam dunia perniagaan.

Khabarnya Dato’ Jamal sudah pun mengeksport produk perniagaan ke pasaran luar negara.

IKLAN

Bergaya, Segak & Sukses Usia 64, Isteri Cantik Dato’ Jamal Abdillah Titip Ucapan Romantis Sempena Birthday!

Bergaya, Segak & Sukses Usia 64, Isteri Cantik Dato’ Jamal Abdillah Titip Ucapan Romantis Sempena Birthday!

Bergaya, Segak & Sukses Usia 64, Isteri Cantik Dato’ Jamal Abdillah Titip Ucapan Romantis Sempena Birthday!

“Sebenarnya saya sudah pun menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2009. Saya ada mengusahakan kolam penternakan ikan Arowana di Bukit Merah, Perak. Sehingga kini sudah pun mempunyai 20 kolam. Banyak bidang saya dah ceburi sebenarnya.

Dato’ Jamal minat berniaga sampai sukses https://www.nona.my/ada-20-kolam-ternakan-ikan-arowana-selain-nyanyi-dato-jamal-juga-usahawan-berjaya/

Bagaimana pun penternakan ikan Arowana tersebut pada mulanya hanya sekadar hobi tapi lama-kelamaan mendatangkan hasil lumayan. Jadi saya teruskan sampai sekarang.

Saya ada satu lagi syarikat yang dinamakan DJA Worldwide yang mengeluarkan produk lelaki dan wanita.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI