Bukan mudah bagi seorang ibu yang sudah mempunyai tiga anak untuk kekal sihat dan cantik. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian. Rutin harian sudah tentu lebih tertumpu kepada si kecil berbanding diri sendiri.
Namun selebriti cantik yang kini berusia 40 tahun, Fiza Abdul Halim berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih mampu tampil menawan.
Tidak dinafikan, cemburu tengok kemulusan kulit wajah Fiza. Macam porselin, satu jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona tidak lama dulu hanya tertawa kecil.
Ads
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka mekap kot. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Ads
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vaccum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam sebab kalau nak pergi gim bagai memang tak bolehlah dengan si kecil lagi.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana. Petua turun-temurun tak ada cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.
Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit. Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Ads
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi ibu ini. Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun akhirnya bercerai.
Malah, perkahwinan Fiza dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Aizat Al Jefri pada Disember 2016 juga tidak berpanjangan. Mereka dikatakan bercerai pada 22 Julai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Baby Aleena.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terhibur tengok gelagat comel puteri sulung Adira Suhaimi. Baru mencecah usia tujuh tahun tapi sudah terserlah bakat Anggrek Adenan ini. Malah, Anggrek juga sering tampil dalam video berbentuk humor di samping ibunya.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari Adira juga gemar memuat naik momen bersama anak-anak tersayang.
Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial Naib Juara Akademi Fantasia Musim 8 berkenaan.
Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek! Bahkan anak sulung daripada empat beradik ini juga mempunyai akaun media sosial miliknya sendiri.
Sebagai ibu, Adira menyokong minat anak-anak dan demi meningkatkan keyakinan cahaya mata kesayangan, pelantun lagu Ombak Rindu ini menghantar Anggrek menjalani kursus Modelling Pro Kids di Amber Chia Academy.
Anggrek dilaporkan selesai menamatkan kursus berkenaan pada awal Mac lepas.
Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata antaranya Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub.
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lagu Eh? ini. Penampilan Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil semakin anggun sejak tampil selesa berhijab. Memang sangat cantik dan berseri-seri wajahnya ditambah pula dengan suaranya yang serak-serak basah itu.
Tak sangka penyanyi dari Sabah ini rupanya sudah meniti usia 36 tahun, nampak muda kan. Zizi Kirana di antara wanita bertuah kerana dikurniakan seraut wajah tiada bermasalah dan sangat mulus. Namun, itu bukan alasan buatnya tidak menjaga kecantikan diri.
Menelusuri rutin penjagaan kecantikannya nyata wanita ini mengamalkan penjagaan kecantikan yang ringkas dan banyak mempraktikkan bahan semula jadi yang mudah di dapati di dapur untuk tampil menawan.
Foto: Instagram @zizi_kirana
Wanita cantik ini turut berkongsi mengamalkan petua kecantikan berasaskan kunyit seperti yang dilaporkan di Sinar Harian.
1. Kunyit sebagai masker
“Saya tidak mempunyai sebarang teknik rawatan khusus. Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus. Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana tidak gemar ke spa kecantikan,” jelas Zizi Kirana.
2. Kunyit sebagai jamu
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam. Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga.
Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan. Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan. Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan.
Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Zizi Kirana juga khabarnya pernah ‘bermusuh’ dengan nasi sekitar tahun 2018. Tapi kini Zizi akan makan nasi seperti biasa tanpa sebarang pantang namun mengambil nasi sekali sahaja.
Pun begitu, tidak seperti orang lain, Zizi turut memberitahu dia bukan jenis mengawal pengambilan jumlah kalori dalam makanan.
Sebaik sahaja Perdana Menteri umumkan dah boleh melancong dalam negeri, ramai yang berkobar-kobar buat tempahan hotel. Ada yang terus packing barang! Eh, jangan lupa masukkan sekali beg makeup sebab pergi holiday pun kena jaga penampilan!
Jangan bersungut kalau teringin nak beauty-cation ala-ala Che Ta tapi rasa segan. Anda boleh gunakan tips ini supaya penampilan anda tidak terlalu over dan tidak terlalu minimalis. Kami juga sediakan beberapa produk pilihan yang boleh anda cari di butik kecantikan nanti.
Menurut beberapa jurusolek professional, solekan untuk bercuti mudah saja. Ikut satu per satu ok!
DO:
Bereksperimentasi dengan sesuatu yang luar biasa. Kalau anda teringin sangat hendak menggunakan bulu mata palsu atau gincu merah, cubalah! Pemilihan bulu mata palsu jangan yang terlalu tebal, asalkan selesa sudah cukup. Paling penting CUBA DAHULU DI RUMAH SEBELUM BAWA PERGI BERCUTI.
https://www.instagram.com/p/B_UhWZDHgNu/
DON’T: JANGAN, diulangi jangan menggunakan terlalu banyak solekan berunsur glitter. Hanya sedikit kilauan pada hujung mata dan pipi sudah mencukupi. Hanya 10 saat sahaja diperlukan untuk menonjolkan kilauan minimalis itu.
DO: Bermainlah dengan penggaris mata jenis cecair. Anda boleh menghasilkan garisan mata yang ikonik dan cantik untuk disesuaikan dengan suasana percutian anda. Jika sebelum ini anda ‘takut’ untuk kelihatan menonjol, inilah masa yang sesuai. Cuba gunakan liquid eyeliner ini beberapa hari sebelum anda pergi bercuti. Mungkin pada waktu malam?
DON’T: Cuba blend pemerah pipi dengan sekata dan tidak membiarkan warnanya terlalu ketara. Namun, jika anda ingin warna pemerah pipi yang terang, blend juga dengan tona yang lebih gelap. Kita elakkan pipi doll-look ok!
DO: Gunakan masa sebaik mungkin untuk mencuba pelbagai jenis solekan yang anda tidak pernah atau tidak berani mengoles pada wajah. Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan dan tergesa-tergesa ketika bercuti boleh ‘memotong’ holiday mood.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!