Kesemua 12 peserta program realiti Big Stage musim kelima sudah diperkenalkan dan mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama yang berlangsung semalam.
Selain peserta, hos dan juri, seperkara yang turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utama Big Stage iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pelakon terkenal Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Menariknya, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage musim keempat ini.
Ads
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.
Ads
“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.
Ads
Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.
“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas. Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun sudah 13 tahun pemergian Allahyarham Achik Spin, nama dan lagu-lagu popularnya masih menjadi siulan ramai.
Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari merupakan vokalis kumpulan Spin. Achik juga pernah menjadi pasangan duet Siti Nordiana menerusi lagu Paling Comel dan Bola Bola Api sehingga pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tanahair.
Setelah meninggal dunia akibat kemalangan di Lebuhraya Kajang Seremban pada 17 April 2010, Achik meninggalkan seorang balu, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof bersama dua anak perempuan yang kini menginjak ke usia remaja. Anak sulung mereka, Puteri Rania meninggal dunia pada 2007.
Biarpun sudah berbelas tahun arwah ‘pergi’, sesekali isterinya ada memuat naik gambar-gambar kenangan mereka.Malah, perkembangan anak-anak juga sering dikongsi di media sosial.
Berikut temu bual eksklusif Majalah Nona bersama balu arwah Achik Spin yang mesra disapa sebagai Tasha.
KEHIDUPAN TERKINI “Seperti ibu-ibu tunggal yang lain, kehidupan saya sekarang alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak-anak pun dah boleh biasakan diri hidup tanpa ayah di sisi. Kalau rindu, saya akan bawa mereka ziarah pusara arwah bapa mereka.
“Dari segi pelajaran anak-anak pun alhamdulillah. Yang sulung, Safiyya bersekolah harian berhampiran dengan rumah memandangkan dia tidak suka duduk di asrama. Tahun ini Saffiya berusia 15 tahun, tingkatan tiga.
“Manakala adiknya, Putri Nursumayya berusia 13 tahun dan belajar di sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani Seremban.”
Tasha kini bekerja sebagai pegawai kewangan di salah sebuah hospital swasta sekitar Seremban. Kata Tasha, dia turut mempunyai perancangan untuk berbisnes memandangkan anak-anak sudah meningkat remaja.
SAYALAH IBU, SAYALAH AYAH “Saat paling mencabar adalah ketika anak-anak masih kecil. Pernah sekali tu, Sumayya dimasukkan ke KPJ kerana ada ketumbuhan lendir di bahagian tangan dan terpaksa melakukan pembedahan minor. Disebabkan itu juga demamnya sangat tinggi. Kebetulan pula waktu itu bulan puasa.
“Yang menjadi masalahnya, ketika itu tiada siapa boleh bergilir dengan saya kerana anak-anak cuma nak dekat dengan kembar saya saja iaitu Riana. Kalau Riana ada barulah saya boleh uruskan hal-hal lain. Kebetulan Riana pun ada anak yang sebaya dengan anak saya.
“Hanya Allah saja yang tahu betapa mencabarnya situasi saya ketika itu. Terlalu penat kerana semuanya saya kena buat sendiri. Sayalah ibu, sayalah ayah.”
Pun begitu, Tasha bersyukur kerana kehidupannya kini semakin baik dan teratur. Anak-anak pun dah membesar, makin cantik dan bijak-bijak pula tu.
CANTIK PADA USIA 40-AN Melihat kepada fizikalnya yang kecil molek dengan raut wajah yang sweet, tak sangka rupa-rupanya Tasha sudah mencecah usia 40an. Bila bersama anak-anak nampak seperti kakak-dan adik pula. Bertuahnya Tasha! Agaknya apa petua yang diamalkan ye?
“Tiada apa-apa petua pun. Mungkin sebab saiz badan kecil beri kelebihan kepada saya nampak macam kakak bila dengan anak-anak. Mungkin juga sebab saya lahir bulan Disember itu yang nampak awet muda kot…” kata Tasha sambil berseloroh.
RAPAT DENGAN KEMBAR Menjengah ke akaun Instagram, Tasha dan kembarnya Rania baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran mereka.
“Riana merupakan kakak kembar saya. Ketika dilahirkan, beza masa kami cuma 10 minit. Hubungan kami memang rapat, maklumlah kembar. Setiap hari kami akan saling berhubung dan berjumpa.
“Kalau bergaduh atau berselisih faham pun, dalam setengah jam dah berbaik semula. Kami memang tak boleh berpisah, lagi-lagi dalam tempoh yang lama. Sampai arwah suami pun dah faham kenapa kami berjumpa hari-hari.”
“Jika sudah tertulis ada jodoh buat kali kedua, dengan sendirinya pintu hati ini akan terbuka. Akan tetapi, saya tak rasa ada orang yang boleh sayang saya seperti mana arwah suami. Mungkin sebab itulah saya masih belum ada pengganti.”
Didoakan agar segala urusan Tasha dan anak-anak dipermudahkan.
Kredit Foto: Instagram Tasha Maarof
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Sherry yang kini berusia 42 tahun ini, dia masih dapat menyarungkan baju-baju lamanya.
“Sekarang, baju-baju saya yang dulu-dulu masih lagi muat sebab berat badan sekarang sama dengan berat badan saya masa umur 18 tahun dulu.
“Sekarang ni berat badan 47kg tetapi sebenarnya ia terlalu kurus bagi saya. Rasanya perlu tambah lagi dalam 1-2kg.
“Cuma sekarang nak tambah tu agak susah sebab bila dah workout memang akan sentiasa burn.
“Seminggu at least dua kali saya buat aktiviti indoor, larian dan sebagainya. So kena seimbanglah.”
Setuju dengan Sherry, kurus tidak semestinya untuk kelihatan cantik semata-mata. Matlamat utamanya ialah demi kesihatan, barulah seimbang dengan kecantikan luar dan dalam.
“Kurus tu sebenarnya bukan hanya untuk cantik as long as you are healthy and fit, rasa selesa dengan berat badan you, tiada masalah.
“Saya tak percaya yang kurus tu cantik, putih tu cantik, tidak. Ianya tentang bagaimana cara kita nak kekal sihat dan rasa gembira.
“Kalau nak kurus buat dengan cara yang betul, amalkan cara hidup sihat, dan ambil makanan seimbang.
“Saya sendiri pun tak adalah jaga makan sangat, minum teh ais juga setiap hari. Tapi saya tahu macam mana nak seimbangkan.
“Sebab itu setiap minggu saya kena ada masa untuk lakukan pilate, hiking atau aktiviti indoor.
“So kalau kita mengekalkan gaya hidup sihat, dijamin akan miliki berat badan yang ideal bukan kurus semata-mata.
“Badan pun akan rasa ringan, fit, dan segar. Kulit pun kekal cantik dan lembap sekaligus melambatkan terjadinya kedutan penuaan.”
Sebagai wanita yang menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan, boleh jadikan rutin Sherry ini sebagai panduan.
Ingat, kurus bukan untuk cantik tetapi untuk kekal sihat dan jiwa bahagia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nilai kekayaan Elon Musk terus merosot seminggu selepas dia kehilangan tempat sebagai orang terkaya di dunia. Kekayaannya merosot AS$7.7 bilion selepas saham Tesla Inc. mengalami kerugian harian paling teruk sejak Oktober.
Penjualan saham itu menambah kesengsaraan Musk, yang kehilangan statusnya sebagai orang terkaya di dunia kepada hartawan Bernard Arnault pada 13 Disember lalu.
Nama Bernard Arnault mungkin kurang dikenali, namun sebenarnya pemilik rangkaian barangan mewah terkemuka dunia, LVMH menjadi pesaing hebat bilionair lain.
Beliau adalah individu kelima pernah menduduki tempat teratas dalam Indeks Kekayaan Bloomberg sejak diperkenalkan 2012. Arnault sebaris dengan taikun Mexico, Carlos Slim; Pengasas Bersama Microsoft, Bill Gates; Pengasas Amazon, Jeff Bezos serta pemilik Tesla, Elon Musk.
Indeks Kekayaan Bloomberg pada Selasa minggu lalu, mendedahkan kali pertama Arnault berusia 73 tahun itu mendahului senarai orang terkaya dengan nilai kekayaan AS$170.8 bilion (RM752.8 bilion) sekali gus merampas kedudukan Musk, buat seketika.
Kerugian Musk sepanjang tahun ini kini berjumlah AS$122.6 bilion, melebihi jumlah yang diperolehnya pada 2021 apabila kekayaannya melambung tinggi menjadi antara yang terbesar dalam sejarah.
Nilai bersih ketua pegawai eksekutif Tesla itu kini berjumlah AS$147.7 bilion, terendah dalam tempoh lebih dua tahun, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.
Kekayaan Musk terutamanya terdiri daripada saham Tesla. Saham pengeluar kereta itu menimbulkan risiko tertentu untuk Musk yang memanfaatkan lebih banyak kedudukannya untuk membiayai pemerolehan Twitternya pada Oktober.
Pemegang saham Tesla telah menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keasyikan Musk dengan Twitter, di mana beliau cuba untuk memimpin melalui pemulihan yang tidak kemas dan terbuka.
Dia menyiarkan tinjauan pendapat di Twitter meminta pengguna mengundi sama ada dia perlu meletakkan jawatan sebagai ketua platform sosial itu dan hampir 58 peratus daripada 17.5 juta responden berkata itu adalah yang terbaik. – AGENSI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Suami Saya Bukan Muda Lagi,” luah isteri Datuk Azizulhasni Awang selepas jaguh berbasikal negara itu merangkul emas keirin di Piala Dunia Trek Perth pada usia 38 tahun.