Benar apa yang dikatakan orang. Untuk berubah ke arah kebaikan, pastinya bukan perkara yang mudah. Pasti sahaja akan ada cabaran dan dugaan saat ingin melakukan penghijrahan ke arah yang lebih sempurna.

“Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya

IKLAN

Begitulah yang dihadapi oleh pengacara popular Nana Mahazan atau nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan yang berasa kesal apabila pandangan masyarakat lebih menilai cara pemakaiannya biarpun kini sudah mengenakan hijab.

“Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya “Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya

Bagi dirinya, ia merupakan sebuah proses. Proses untuk menjadi yang lebih sempurna dari semalam. Oleh itu, dia berharap agar orang ramai memberikannya sedikit ruang dan masa untuk dia melakukan perubahan dari segi pemakaian.

Orang mula mencari kesalahan diri saya apabila saya mengenakan hijab. Terutamanya mengenai cara penggayaan hijab serta pemakaian saya yang nampak pergelangan tangan. Bagi saya, biarlah saya melakukan perubahan ini perlahan-lahan. niat saya kerana Allah SWT.

“Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya

Tambahnya lagi, dia tidak mahu melakukan perubahan ini disebabkan orang lain. Niat utamanya hanya untuk Allah SWT.

Satu hari saya berfikir, biar saya lakukan semua ini untuk Allah dan buat Dia gembira. Ini perjalanan saya. Jadi segala yang dicuba, saya lakukannya dalam fasa dan masa saya.

“Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya

Apa yang lebih menyedihkan apabila, anaknya turut terpalit dengan kecaman orang ramai. Puteri sulungnya, Altea Raqeem Brian, 12, menerima kecaman apabila dituduh tidak menutup aurat dengan sempurna. Kongsi Nana, ia sedikit-sebanyak menjatuhkan niat dan semangat anaknya. Malah, kata-kata negatif ini bisa meruntuhkan semangat orang lain yang ingin berubah ke arah kebaikan. 

“Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya

IKLAN

Biarpun begitu, Nana yang juga pengasas bagi produk kecantikannya sendiri, Nana Mahazan Beauty tidak menjadikan isu sebegini sebagai batu penghalang untuk dia tekad dan kekal dengan prinsip dirinya. Tidak melatah dan tidak pula mengalah, wanita yang berhati kental ini menjadikan kecaman itu sebagai semangat untuk dirinya terus berusaha menjadi yang lebih terbaik.

Pengacara berusia 39 tahun itu menambah, dia sudah lali dengan kecaman mahupun lontaran kata-kata negatif. Pengalamannya yang ditimba sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) menjadi pengasas kukuh untuk dirinya tampil kuat dan kental.

“Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya

Saya tidak mudah melatah, kalau selalu fikir mengenai orang yang suka menilai, kita tidak akan buat sesuatu perkara jadi lebih baik.Orang boleh cakap apa yang mereka mahu. Saya sudah melaluinya semasa orang tidak suka saya dalam AF1.

Tambahnya lagi, jika dia terlalu memikirkan komen orang ramai, pastinya dia tidak akan mampu bertahan seperti hari ini. Lantas, dia lebih selesa untuk mendiamkan diri, tidak culas untuk terus komited dengan penghijrahannya dan kekal aktif membina empayar bisnesnya sendiri.

IKLAN

“Beri Saya Ruang, Niat Hanya Untuk Allah”-Dikecam Cara Pemakaian, NANA MAHAZAN Tepis Kritikan & Komited Dengan Penghijrahannya

Terdahulu, Nana mencuri perhatian apabil tampil bertudung sekitar Ogos tahun lalu dalam sebuah video Instagram. Penghirahannya itu mendapat maklum balas yang positif dan ramai yang teruja mengenai perubahannya itu. Isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini juga turut mendapat sokongan penuh suaminya saat pertama kali dia memasang niat mahu mengenakan hijab.

Team NONA mendoakan agar Nana terus istiqamah dan kuat menghadapi dugaan dalam proses perjalanan menjadi versi yang lebih baik dari semalan.

Sumber: KOSMO! Online

Sumber gambar: Instagram Nana Mahazan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI