Apabila melihat wanita yang sedang berjogging sambil mendengar muzik menggunakan peranti audio seperti fon telinga tanpa wayar adalah pemandangan biasa sejak kebelakangan ini.

IKLAN

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa Kini Menurut kajian yang dilakukan oleh Runner’s World mendapati, 61 peratus mengakui mendengar muzik sambil berlari boleh membuatkan mereka lebih fokus dan bersemangat untuk berlari.

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa KiniAksesori audio seperti Galaxy Buds2 Pro kini menjadi sebahagian aksesori penting gaya hidup yang melengkapkan penampilan seseorang. Tidak dinafikan, permintaan terhadap peranti ini semakin meningkat apatah lagi apabila telefon-telefon pintar kelas utama mula menjadikan ia sebagai pelengkap audio yang lebih menarik untuk dinikmati.
Memahami kehendak dan keperluan muzik ketika bersenam, aksesori audio terbaharu dari Samsung, Galaxy Buds2 Pro sedia menemani perjalanan rutin senaman dengan iringan muzik kegemaran anda!

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa Kini
Bayangkan, rekaan kecil ini meneruskan kecemerlangannya dengan pelbagai fungsi yang menakjubkan. Fon telinga kecil ini memastikan pengguna merasa selesa dalam apa jua keadaan penggunaan sama ada ketika bersenam mahupun melakukan aktiviti-aktiviti lain.
Jika dilihat dari segi saiz, Samsung Galaxy Buds 2 Pro memiliki ukuran yang 15% lebih kecil jika dibandingkan dengan Galaxy Buds2 Pro. Sekaligus, meletakkan Samsung Galaxy Buds2 Pro lebih selesa digunakan pada durasi yang lama.

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa Kini
Apabila memperkatakan tentang rekaannya, ia hadir dalam rekaan ergonomik yang dilengkapi lubang ventilasi sebagai aliran udara dengan lebih efektif. Selain itu, ia dilengkapi 3 mikrofon dengan windshield lebih besar dibandingkan generasi sebelumnya sehingga mampu mengurangi suara atau noise yang dirakam. Sesuatu yang wajar diberi pujian terhadap Galaxy Buds2 Pro ini.

IKLAN

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa Kini
Penulis amat tertarik dengan fungsi pembatalan bunyi aktif (ANC) yang dimiliki oleh fon telinga Samsung dan Galaxy Buds2 Pro kali ini. Mana tidaknya, ia menampilkan ciri ANC Pintar iaitu apabila didayakan dengan Pengesan Suara, ia bertukar dengan lancar antara ANC dan Mod Ambien apabila ia mengesan bahawa anda sedang bercakap dengan seseorang.
Anda boleh meneruskan perbualan tanpa perlu mengeluarkan fon telinga. Ya, salah satu ciri yang amat penulis gemari apatah lagi memakai Galaxy Buds 2 Pro di pejabat dan ada kalanya perlu berkomunikasi dengan rakan sekerja!
Tidak salah jika dikatakan, Galaxy Buds2 Pro merupakan produk terbaik yang dihasilkan oleh Samsung untuk tahun ini. Ternyata, buat penggemar fon telinga, Galaxy Buds2 Pro mempunyai ‘kuasa luar biasa’ sebagai peranti pelengkap gaya hidup masa kini.
Ia memberikan bunyi yang hebat, pengalaman ANC yang mengagumkan serta penggunaan yang selesa walaupun ia melekap di telinga untuk jangka masa yang panjang.
Menyedari kepentingan penggunaan teknologi secara menyeluruh terhadap setiap produk yang dihasilkan, Samsung memanfaatkan sepenuhnya ekosistem Samsung.

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa Kini
Perbezaan ketara antara peranti fon telinga Galaxy Buds2 pro dan Galaxy Buds Pro yang dipertingkat dari pelbagai aspek.

Buat pertama kalinya, Auto Switch berfungsi dengan peranti televisyen Samsung. Bayangkan, jika anda menerima panggilan semasa Bud anda digandingkan ke televisyen, ia akan bertukar secara automatik ke telefon Galaxy anda sekaligus anda boleh berkomunikasi dan ia bertukar kembali sebaik selesai bercakap. Canggih bukan!
Penambahan SmartThings Find ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia membolehkan anda mencari fon telinga yang ‘hilang dari radar’ atau ‘tersembunyi’ dengan menyerlahkan lokasi terakhir ia disambungkan. Jika anda seorang yang ‘pelupa’ dan sering tidak ingat di mana anda meletakkan fon telinga, Galaxy Buds2 Pro menghalang anda daripada meninggalkan mereka secara tidak sengaja dengan memberikan amaran apabila anda lupa akan peranti ini. Sesuatu yang amat melegakan.

IKLAN

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa Kini
Jika anda sebelum ini menggunakan peranti Galaxy Buds Pro, amat disarankan untuk mendapatkan “upgrade version” Samsung Galaxy Buds2 Pro ini kerana melihat dari kotak simpanan yang yang ditambah baik dengan ciri keselamatan lebih mudah dipegang, ia memberikan keselesaan dan rasa lebih selamat untuk dipegang walaupun anda merupakan seorang yang cemerkap bila memegang sesuatu barang!
Penulis amat tertarik dengan ketahanan bateri yang dimiliki oleh Galaxy Buds2 Pro yang mana ia boleh digunakan sehingga 10 jam di dalam kotak penyimpanan manakala 5 jam jika digunakan secara berterusan.

Beriadah Sambil Berhibur? Peranti Praktikal Ini Jadi Teman Setia Ketika  Bersenam & Menepati Gaya Hidup Masa Kini
Buat anda kaki muzik sambil membuat kerja di pejabat, tanpa sedar waktu makan tengah hari bakal tiba bila anda menggunakan Galaxy Buds2 Pro ini sebaik masuk ke pejabat hingga jam menunjukkan jam 1 tengah hari!
Bercerita soal harga yang ditawarkan, peranti kecil ini boleh didapati pada harga RM899. Ia ditawarkan dalam tiga varian warna iaitu Bora Purple, Graphite dan White. Tahniah Samsung kerana mengambil inisiatif membuat penambahbaikan terhadap produk ini dan kini kemuncaknya ialah Galaxy Buds2Pro!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI