Benarlah kata pepatah, suami dan isteri adalah pelengkap dalam kehidupan sepasang suami isteri. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini diakui oleh Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan, Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd.

IKLAN

Berkat Doa Isteri, Perniagaan Semakin Berkembang Pesat. Kini Buka Restoran Rasa Malaysia di Makkah & Madinah

Muhammad Mursyid memberikan penghargaan kepada isterinya, Hajah Intan
Fairuz Ramli yang juga rakan niaganya sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan.

“Sebenarnya isteri saya ni pelengkap kepada saya. Bukan saja dia mempunyai pandangan
jauh dan bernas untuk mengembangkan bisnes, tapi dia juga tahu untuk jadikan visi dan
misi kami satu kenyataan bersama-sama pasukan Mursyid Alharamain,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Shah Alam baru-baru ini.

Mengimbas dugaan paling getir saat dunia dilanda pandemik COVID-19, Muhammad
Mursyid berkata, ketika itu beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama
ini setia jatuh bangun bersama MATTSB.

Berkat Doa Isteri, Perniagaan Semakin Berkembang Pesat. Kini Buka Restoran Rasa Malaysia di Makkah & Madinah

“Masa tu kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga kami, dan
kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Sebab itulah kami
kekalkan mereka sehingga sekarang. Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan berkurangan, tetapi Alhamdulillah Allah lorongkan untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd.

Ditanya rahsia bertahan selama 10 tahan, malah berjaya melepasi dugaan pandemik
COVID-19, Muhammad Mursyid berkata pada awal perniagaan sehingga sekarang,
MATTSB menawarkan keunikan dalam pakej umrahnya melalui tagline ‘Rasai
Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain’.

Hasil kejayaan dan reputasinya selama 10 tahun, MATTSB  turut memenangi dua anugerah
berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 2023
yang membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama
Mursyid Alharamain.

IKLAN

Berkat Doa Isteri, Perniagaan Semakin Berkembang Pesat. Kini Buka Restoran Rasa Malaysia di Makkah & Madinah“Dari dulu kami tawarkan 5 kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan
bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan kami menyantuni jemaah.
Kami juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada
beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel
dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti, serta mutawif berpengalaman.

Berkat Doa Isteri, Perniagaan Semakin Berkembang Pesat. Kini Buka Restoran Rasa Malaysia di Makkah & MadinahMenyentuh soal mengembangkan perniagaan, sebuah kedai makan, Rasa Malaysia kini dibuka di Makkah dan Madinah bagi memenuhi permintaan tinggi makanan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia di sana.

“Alhamdulillah, selepas 10 tahun, kami berjaya membuka restoran dan katering sendiri
di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia. Kedai yang berkonsepkan bawa pulang atau ‘take away’ itu mendapat sambutan ramai pihak bukan saja dari Malaysia malahan dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

IKLAN

Berkat Doa Isteri, Perniagaan Semakin Berkembang Pesat. Kini Buka Restoran Rasa Malaysia di Makkah & Madinah

Bercerita mengenai perancangan akan datang sempena Ulang Tahun Ke-10
MATTSB, beliau berkata selepas menceburi pelbagai perniagaan, beliau bercadang
menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih
besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid
Alharamain. Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang
juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya mengakhiri perbualan.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI