Jika sebelum ini pelakon Jasmine Suraya Chin mencuri perhatian apabila sudi meluangkan masa di majlis ilmu anjuran pelakon dan usahawan Neelofa, semalam, bekas ratu cantik Miss World Dr Soo Wincci pula menjadi bualan apabila buat pertama kalinya, beliau melangkah kaki ke dalam masjid apabila dijemput menjadi panel ceramah pada satu program yang diadakan di program di Masjid Al Mursyid Gurung, Pauh, Perlis, semalam.
Menurut laporan Berita Harian, Wincci mengakui hatinya tenang bila berkumpul dengan ramai hadirin berbeza agama dalam majlis ceramah berhubung topik keharmonian itu.
“Saya sebenarnya sangat tersentuh apabila dijemput menjadi panel ceramah itu. Banyak topik yang dikupas mengenai keharmonian negara dan lebih 100 orang hadir dari pelbagai latar belakang agama. Saya bersyukur dapat menghadiri majlis seperti ini”, jelas Wincci.
Program yang berdurasi lebih dari tiga jam itu, menyaksikan Winnci menjadi penel bersama-sama dengan penceramah berbangsa India ke dalam masjid. Wincci yang tampil sederhana menyarung baju kurung hijau juga dilihat nampak sangat sopan dan cukup menghormati adab ke dalam masjid.
“Sesi selama lebih tiga jam itu sekali gus menepis pandangan saya terhadap larangan masuk masjid. Ini kerana saya telah berpuluh tahun menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke dalam masjid”, katanya.
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
Bekas Miss World Malaysia 2008 itu turut bersyukur dapat menimba banyak ilmu berkenaan Islam di program itu. “Saya gembira apabila ustaz yang terbabit berfikiran terbuka dan moden. Mereka memberi kami jawapan yang tepat untuk pelbagai persoalan kami ingin tahu.
Untuk makluman, Soo Wincci yang juga kini pensyarah Muzik dan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan juga selebriti pertama menyandang gelaran Prof Madya ini telah pun 11 tahun mengamalkan amalam puasa di bulan Ramadan malah sudah terbiasa dengan kehidupan serta cara hidup orang Melayu sejak di bangku sekolah lagi. Well done Soo Winncci!
Kredit foto: Instagram (@dr.soowincci) dan Suara Merdeka