Kagum semangat dimiliki Yana Najib! Dia yang kini menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai makin aktif dalam arena politik serta membantu golongan memerlukan.

IKLAN

Walau kelibat bapanya yang merupakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiada di sisi namun anak perempuannya ini berdiri teguh memperkasa parti demi menyambung legasi bapa tersayang atau mesra
dengan gelaran ‘Bossku’.

Yana atau nama sebenarnya Nooryana Najwa Najib Razak dan dikenali sebagai Gina kini meniti usia 35 tahun. Perjuangan ibu dua anak ini terhadap bangsa dikagumi ramai apatah lagi selepas dia menghantar pencalonan sebagai Ketua Puteri Bahagian Lembah Pantai pada Februari lepas.

Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib

Bahkan pada Perhimpunan Agung UMNO Jun lepas, Yana mencipta momen paling menyentuh perasaan apabila ucapannya mengenai perjuangan Bossku mengundang rasa sebak dalam kalangan perwakilan di Dewan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Giat merancang pelbagai aktiviti dan usaha memperkasa parti, Yana juga sering turun padang bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat.

Terbaharu, dia menghadiri Program Ibadah Korban Pemuda & Puteri Lembah Pantai. Anggun dalam persalinan bercorak hitam dan putih, penampilan Yana menarik perhatian warga maya yang melihat foto terkininya itu.

Dalam perkongsian gambar tersebut, jelas kelihatan ‘baby bump’ Yana. Malah followersnya turut perasan dengan ‘perubahan’ diri anak Datin Seri Rosmah Mansor ini.

IKLAN
Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib
Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib
Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib
Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib

Namun pengesahan atau pendedahan dibuat empunya badan setakat ini. Apa-apa pun Nona mendoakan agar Yana terus kuat membela nasib insan yang susah dan menjadi sumber inspirasi ramai.

Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib
Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib
Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib
Berseri-Seri & Nampak ‘Baby Bump’, Yana Najib Aktif Dekati Rakyat Sambung Legasi Bapa!
Kredit Instagram @yananajib

Yana bergelar isteri Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Mereka bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat dan mengikat tali pertunangan pada tahun 2011. Pasangan ini dikhabarkan menetap di Singapura.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Razak dan Aidan Najib Daniyar.

Yana memiliki kelulusan dalam bidang Public Administration dari University Harvard.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/lulusan-harvard-nooryana-anak-perempuan-datuk-seri-najib-berjiwa-penyayang-bijak/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI