Seri wajah pelakon Gerak Khas, Sheera Iskandar begitu terserlah apabila berada di samping suami yang merupakan anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani. Tanggal 18 April lalu genap 40 tahun usia pelakon popular tanah air ini.
Berkongsi momen ketika meraikan hari lahir baru-baru ini, Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar bertuah kerana suami tercinta memberi kejutan dengan membawa keluarga kecil mereka menyambut hari istimewa tersebut di sebuah restoran mewah di ibu negara.
Sheera Iskandar Cecah Usia 40 Tahun
Sheera yang tampil dengan busana rona coklat kelihatan ceria di samping suami dan anak perempuan.
Sebagai suami, Mohd Halim tidak melepaskan peluang menitip ucapan romantis buat isteri kesayangan. Romantik!
“Selamat Hari Lahir, isteriku. Hadiah tak mampu tanding kasih sayang dan pengorbananmu. Terima kasih kerana hadir dalam hidup I, melengkapkan segalanya. Cinta ini takkan pernah cukup dihuraikan dengan kata-kata, tapi akan I buktikan setiap hari, sampai hujung nyawa.”
Ads
Sheera Iskandar dan Mohd Halim sah disatukan sebagai suami isteri pada 3 Mei 2021.
Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, anak kepada pelakon Aznah Hamid ini pernah mendedahkan kepada Nona yang dia mula rasa keserasian dengan suami saat pertama kali berkenalan.
“Kami kenal masa 2019, masa itu saya shooting Gerak Khas di Labuan. Masa sampai di sana, jumpa dengan suami dan dia tegur kata ada DM saya di IG. Saya ingatkan dia memang peminat Gerak Khas atau nak berlakon dalam Gerak Khas.
Jadi, saya beritahu dia kalau nak berlakon jangan buat baik dengan saya. Buat baik dengan Datuk Yusof Haslam. Rupa-rupanya dia serius hendak kenal dengan saya dan bukan sebab hendak berlakon.
Istimewanya suami, dia ibarat best friend dan saya rasa senang berbual dengan dia. Suami pula waktu itu start jadi agen Tomasoap.”
Dedah Sheera lagi, “Selain tertarik dengan peribadi dia, saya juga selesa dengan cara keluarga suami menghargai saya. Walau mereka tahu status saya sebagai janda waktu itu, tapi mereka tak kisah dan mahu kami cepat-cepat berkahwin.”
Mengamati perkongsian Sheera di media sosial, jelas membuktikan betapa suaminya menghargai dan menggalas tanggungjawab terhadap keluarga dengan sebaiknya.
Lebih bermakna apabila mereka dikurniakan anak perempuan comel diberi nama Puteri Long Harissa pada 22 Mei 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Febienne Nicole Groeneveld dinobatkan sebagai Miss Universe Indonesia 2023.
Jelitawan berusia 24 tahun ini berjaya mengalahkan 29 pesaing lain bagi merebut mahkota Miss Universe Indonesia.
Mahkota tersebut telah disampaikan oleh Miss Universe 2022 iaitu R. Bonney Gabriel.
Mahkota yang sangat cantik dan berkilauan itu dinamakan sebagai The Shimmering Hope diperbuat daripada 8 ribu emas putih.
Kenali siapa sebenarnya Fabienne Nicole Groeneveld dengan lebih dekat.
Dilahirkan Di Belanda
Fabienne dilahirkan di Spijkenisse, Belanda pada 27 Disember 1999.
Dia mewarisi kecantikan ibunya yang berasal dari Indonesia manakala bapanya dari Belanda.
Berpendidikan Tinggi
Fabienne merupakan graduan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Pelita Harapan.
Selepas tamat pengajian pada 2019, Fabienne meneruskan pengajian dan mengambil Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti New South Wales dan Australian Graduate School of Management. Dia berjaya menamatkan pengajian pada 2021.
Berfikiran Jauh
Dalam sesi jawapan akhir, Fabienne membincangkan peranan teknologi dalam masyarakat hari ini. Baginya, teknologi sangat membantu manusia dalam berkomunikasi.
Fabienne juga percaya, jika teknologi digunakan dengan betul ia boleh memberi kebaikan dan inspirasi dalam kehidupan masyarakat.
Sering Sertai Pertandingan Kecantikan
Segalanya bermula setelah Fabienne memenangi gelaran Miss Global Indonesia 2018 di Filipina.
Fabienne terpilih sebagai Top 20 dan membawa pulang anugerah Miss Photogenic dan Best in Evening Gown.
Pencinta Haiwan
Selain itu, Fabienne juga seorang yang sayangkan haiwan dan bekerjasama dengan Surabaya Animal Care Community.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menerima watikah keahlian parti berkenaan pada Ahad.
Watikah berkenaan disampaikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini.
Turut menerima watikah ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Dua lagi individu iaitu bekas Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua Cabang Keadilan Jelebu merangkap bekas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Yus Mazmi Ahmad Yusof pula menyerahkan borang keahlian Bersatu mereka.
Ras Adiba ketika ditemui berkata, beliau memilih menyertai BERSATU untuk menyokong perjuangan gabungan PN dalam membela nasib rakyat termasuk golongan OKU dan percaya PN berupaya mengembalikan kecemerlangan dan kesejahteraan negara.
Ras Adiba mengakui sebelum ini beliau adalah ahli UMNO sehingga akhir tahun lalu tetapi memutuskan untuk menyertai BERSATU berikutan senario politik yang berubah.
Turut mencuti tumpuan ialah penampilan bekas wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan tersebut yang tampil anggun dan jelita menyarung kebaya berona biru dengan lilitan selendang menutupi sebahagian kepalanya.
Walaupun masih perlu bergantung pada kerusi roda elektrik untuk bergerak, namun aura dan personaliti Datuk Ras Adiba nyata cukup memukau dan masih berkarisma.
Untuk rekod, Ras Adiba pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Hritrik Roshan adalah antara superstar di arena perfilemen Bollywood. Pasti ramai di kalangan pembaca NONA membesar dengan filem-filem lakonannya seperti Kaho Naa Pyar Hai, Kabhi Kushi Kabhie Gham, Krrish, Koi Mil Gaya dan lain-lain.
Dan baru-baru ini dunia hiburan Bollywood digemparkan apabila Hritrik dikatakan bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Saba Azad tidak lama lagi. Menurut laporan Geo.TV, hubungan pasangan ini dihidu sejak beberapa bulan lalu dan sumber mendedahkan mereka dalam perancangan mendirikan rumah tangga.
Memandangkan Hritrik adalah nama besar dalam dunia Bollywood, pastinya ramai menjangkakan dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan wanita yang setaraf dan lebih menawan dari bekas isterinya, Suzanne Khan. Namun, ramai mengecam perhubungan Hritrik dengan kekasih barunya, Saba Azad memandangkan perbezaan umur yang jauh diantara mereka berdua, sehingga mereka berdua tampak seperti bapa dan anak.
Namun, Saba Azad bukanlah calang-calang orangnya. Walaupun namanya tidak segah bintang Bollywood yang lain, rupa-rupanya Saba Azad ini boleh dikatakan seorang wanita yang classy, anggun di kelasnya sendiri. NONA senaraikan antara beberapa fakta menarik tentang Saba Azad yang perlu anda tahu.
Nama sebenar Azad ialah Saba Singh Grewal.
2. Saba Azad merupakan anak saudara kepada artis teater terkenal India dan penulis drama komunis Safdar Hashmi.
3. Saba Azad memulakan kerjaya lakonannya bersama kumpulan teater arwah bapa saudaranya, Jana Natya Manch di Delhi, di mana dia bekerja dengan orang kuat industri seperti Habib Tanvir dan MK Raina.
4. Azad berpindah ke Mumbai dari Delhi dan mula membintangi drama arahan Makarand Deshpande yang dipentaskan di Teater Prithvi.
5. Filem pertamanya ialah dalam filem pendek Guroor yang diterajui oleh pengarah Ishaan Nair.
6. Dia membuat debut Bollywoodnya pada tahun 2008 menerusi filem Dil Kabaddi Anil Senior, yang turut dibintangi oleh Irrfan, Rahul Bose dan Soha Ali Khan.
7. Azad ialah seorang pemuzik dan penyanyi popular dalam industri persada muzik indie India dan merupakan ahli umpulan elektronik popular Madboy/Mink.
8. Azad membuka syarikat teaternya sendiri The Skins pada 2010 dan mengarahkan drama pertamanya Lovepuke yang ditayangkan di teater eksperimen NCPA pada September 2010. Baru-baru ini Saba Azad membintangi siri web Rocket Boys.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.