Bagi peminat sekuel filem Marvel pasti tidak melepaskan meluang menonton filem Captain Marvel di pawagam berdekatan. Filem lakonan Brie Larson ini begitu hebat dan dikatakan telah melakonkan sendiri aksi stunt dalam filem tersebut.
Di Malaysia juga kita boleh berbangga memiliki First Stunt Women Berhijab iaitu Ilia Iryani Shuib. Wanita yang mesra disapa Ilia ini bertuah kerana telah terpilih dan dijemput dalam rangka promosi filem sekuel hebat ini.
“Saya dijemput oleh Walt Disney Malaysia untuk sesi interview bersama Brie Larson iaitu pelakon utama Captain Marvel dan Gemma Chan bagi Captain Marvel Malaysia Session bersempena International Women’s Day.
Saya terpilih atas kriteria The First Stunt Women Berhijab dari Malaysia. Sebab Brie Larson pun buat stunt sendiri dalam filem Captain Marvel. Perasaan ketika itu tak dapat nak digambarkan semua ada excited and nervous. Pada masa yang sama saya bangga sebab dapat be part of Captain Marvel Malaysia Session.
Sesi rakaman tersebut telah dilakukan di Marina bay, Singapore pada 13 Februari yang lalu,” tutur Ilia tentang pengalamannya menemu bual pelakon Hollywood.
Ads
Bercerita tentang bidang stunt diceburinya, “Saya mula terjebak ke bidang ini pada tahun 2008. Ketika di athun pertama sebagai pelajar USM, Pulau Pinang. Saya telah menganjurkan mini event iaitu skuter competition semasa karnival di Desasiswa Aman Damai. Salah satu sponsor event adalah RK-M.
Syarikat ini ada stunt team dan mereka tawarkan saya untuk belajar 2 basic skills untuk perform bersama di karnival tersebut. Selepas itu, secara officially saya masuk dalam bidang ini apabila mereka offer join team stunt untuk roadshow,” ucap Ilia.
Sebagai wanita apakah cabaran berada dalam industri yang lasak ini? Macam-macam cabarannya dan antara paling utama adalah stigma negatif masyarakat sekeliling. Ada kalanya saya pun down dengan pandangan negatif ini. Tapi semakin lama dalam bidang ini semakin saya kalis dengan semua itu.
Ads
Saya tukarkan cabaran itu menjadi sumber kekuatan untuk keep moving forward dalam bidang ini. Cabaran-cabaran lain seperti tugas multifungsi dan komitmen sebagai isteri dan ibu kepada pasangan kembar serta masalah kewangan.
Bercerita tentang komitmen sebagai isteri, ibu dan stunt agak sukar juga untuk membahagikan masa kerana saya tinggal di Perak. So kalau nak training, saya kena balik Selangor ke rumah mak dan ayah untuk tolong jaga kembar sementara pergi training. Jadi dalam sebulan 2-3 kali training.
Ads
Apabila di Perak, saya memainkan peranan sebagai isteri dan ibu sepenuh masa. Saya jaga anak sepenuh masa sebab anak baru berusia 11 bulan. Apabila ada stunt show, kadang-kadang saya akan bawa kembar sekali dan kadang-kadang tinggalkan mereka di rumah mak dan ayah,” kata Ilia yang membuat stunt show.
Berkongsi tentang bayi kembar miliknya ini, “Cabaran ada anak kembar ni adalah double effort. Kalau menangis, dua-dua akan menangis. Kalau tengah lasak, kadang-kadang seorang kat utara sorang kat selatan. Kalau bagi susu, seorang kena mengalah tunggu turn.
Kalau malam hari kena ekstra berjaga dan make sure dua-dua tidur lena dan kenyang. Tapi cabaran yang berbaloi sebab mereka adalah penyeri yang dua kali ganda dalam hidup saya,” tutur isteri kepada Muhammad Amierul Hasraf ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak risau jika rezekinya ‘sempit’ setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat dahulu.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 32, menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
“Lagipun saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan. Malah, rezeki semakin bertmbah dan tidak putus.
“Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung,” katanya.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, masih banyak perkara yng perlu dipelajarinya.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penghijrahan. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismai selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab pada 23 Januari 2023. Hasil perkongsian hidup selama setahun lebih itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Romantiknya Nelydia Senrose dan suami! Nampak simple tapi satu momen yang sangat bermakna buat pasangan suami isteri ini. Paling teruja bila tengok penampilan Nelydia yang manis bertudung.
Sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Hafez Halimi, dramatis jelita Nelydia Senrose membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah skuter vespa.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, suami Nelydia kelihatan terkejut dan teruja dengan pemberian isterinya itu.
“Happy birthday my world,” tulis Nelydia.
Selain memberi ucapan buat suami Nelydia, rata-rata para peminatnya turut memuji sikap pasangan suami isteri ini yang dianggap tidak menunjuk kemewahan dan kemesraan di sosial media.
“Best couple.. takyah nak menunjuk hadiah yang grand-grand walaupun mampu. Sederhana nampak ikhlas sangat.”
Mereka juga sangat teruja apabila melihat imej bertudung adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini yang menyerlahkan lagi kecantikannya.
“Nely ni naik moto pun nampak lawa kemass je..aku naik moto macam nek kebayan dah ngan tudungnya ngan begnya.”
“Comel je hadiah. Ni mesti Nely yang nak sebenarnya kan? Semoga bahagia selalu you both.”
“Cantikk nyaa..pakai helmet tudung macam tu pun cantikk…kalau saya tentu-tentu dah macam apooo.”
“Tak masalahnya sekarang Nely yang nampak comel pakai helmet naik motor Hahaha..”
Mereka juga tak lupa mendoakan kebahagiaan Nelydia dan suami.
“Happy birthday husband Nelly..kaklong doakan korang bahagia dan kekal sampai syurga..Insyallah.
“Sempoi..didoakan moga kalian bahagia, kaya di dunia dan di akhirat. Amiinnn..”
“Elok je simple sweet semoga diberkati selalu rumahtangga awak.”
Untuk rekod, Nelydia dan suami yang merupakan seorang usahawan mendirikan rumah tangga pada April 2019. Mereka kini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Pada Julai 2022 baru-baru ini, Nelydia dan suami selamat menunaikan ibadah Haji di tanah suci Mekah. Semoga kekal bahagia sampai syurga buat pasangan sweet ini.
Kredit Foto: Instagram Nelydia Senrose
Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses lebih banyak artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, banyaknya bidang kerjaya yang diceburi Linda Onn ni. Selepas dikenali ramai sebagai penyampai atau deejay radio, Linda pernah mencuba bakat sebagai hos, pelakon dan masih bergelar ahli perniagaan yang mengusahakan restoran My Mom’s Chicken Rice. Seakan tidak puas dengan kejayaan yang dikecapi… ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini kembali mencabar potensi diri menjadi Penerbit Drama TV! Bukan calang-calang lapangan kerjaya tu.
Kongsi Linda, “Yes, I am now a producer. Tambah 1 P lagi dalam profil kerjaya Linda. Alhamdulillah, setelah mencuba hantar skrip ke beberapa stesen TV, setelah di’reject’ tanpa diberi peluang untuk scriptwriter untuk satu pitching, setelah beberapa kali gagal.. akhirnya RTM memberi kepada syarikat Linda untuk menghasilkan telemovie pertama kami.
Terima kasih kepada semua krew dan pelakon yang sudi bekerjasama. Harap ‘baby’ pertama Linda ini berjaya dan seterusnya Linda dapat menghasilkan ‘baby-baby’ yang terbaik di masa akan datang.”
Menerusi telemovie Kopi Susu Cik Janda tersebut, penyampai radio Kool Fm ini sempat menceritakan pengalaman terbarunya sebagai team produksi. Jelas Linda, “Biasanya Linda duduk depan skrin sebagai hos.. ermm.. adalah kadang-kadang berlakon. Tapi kali ni, macam-macam perkara baru Linda belajar sebagai producer.
Thank you team Kopi Susu Cik Janda yang sudi bekerjasama. Terima kasih RTM atas peluang pertama ini.”
Meskipun sibuk menguruskan keluarga dan mempunyai anak, Ungku Zara yang kini berusia 9 bulan tapi Linda masih mampu mengusahakan perniagaan dan terus mengejar cita-cita hidup. Kalau jiwa tak kental dan tidak bijak bab pengurusan masa, sudah pasti semua yang diimpikan Linda tidak mampu menjadi kenyataan seperti sekarang.
Syabas buat Linda kerana berjaya menyerlahkan kemampuan sebenar wanita kepada khalayak. Moga kejayaan Linda menjadi suntikan semangat buat kaum wanita untuk sama-sama melakar impian. Inilah semangat Superwoman!
Kredit : Instagram Linda Onn
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.