Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, ujian yang paling besar adalah apabila kita ingin melakukan kebaikan itu secara konsisten dan berterusan. Ini kerana, syaitan sering berbisik rasa ragu dan was-was demi membolak balikkan hati manusia dalam melakukan kebaikan serta menggugat keimanan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh usahawan terkenal Joy Revfa ada berkongsi cerita perihal mengenai perkara tersebut. Bukan satu perkara yang mudah untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan hidup ke arah yang lebih baik.
Kongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, bukan satu perkara yang mudah selain ia harus disusuli dengan semangat dan usaha yang tinggi.
Penampilannya kini boleh dikatakan merupakan satu kejutan kepada sesiapa yang mengenalinya. Dahulu dia merupakan seorang yang sangat menonjol apabila berfesyen dan siapa boleh lupakan penampilannya yang pernah berambut blonde pendek. Namun itu mungkin perkara yang sudah lalu. Kini tampil berhijab dan berniqab, Sharifah Kirana lebih menjurus ke arah gaya hidup Islamik yang sederhana dan tidak keterlaluan.
Kongsinya tentang perubahan penampilan diri, “Proses transformasi stail dan juga cara saya berpakaian ini berlaku sedikit demi sedikit dan bukannya secara paksaan, jujur saya katakan ia bukannya mudah. Saya mula bertudung pada tahun 2008 namun masih belum istiqamah, keselesaan itu belum mendalam lagi dan kadang-kadang hati berasa ragu.
Walaupun terdapat rasa ragu untuk berubah, saya tetap meneruskan juga mula-mula dengan menutup kepada dan kemudian berhijab dengan molek. Saya mula benar-benar itiqamah bermula dua dan tiga tahun kebelakangan ini dan semakin selesa dengan penampilan berhijab serta berniqab sepenuhnya. Kalau nak tahu sejak berniqab saya rasa ia memberikan kebebasan kepada saya sebenarnya.”
Ketika Minggu Fesyen Malaysia 2017 berlangsung pada pertengahan September tahun lalu, dia mempersembahkan koleksi rekaan yang sopan menutup aurat wanita yang diberi nama SUCI by Sharifah Kirana. Bercerita tentang perubahan dalam nilai rekaan ini, dari riak suaranya penulis dapat merasakan kejujuran dan niat berada di dalam landasan yang menggembirakan hatinya.
“Sebenarnya ini lebih kepada kesedaran dalam hidup kita, jadi apa yang saya lakukan sekarang dari segi seni dan juga fesyen boleh menjadi bekalan saya di akhirat nanti. Saya mahu menghasilkan busana yang punya tujuan di samping mendapat keredaan Allah SWT. Selari dengan konsep ini, saya bakal menubuhkan ‘House of Aurat’ yang mengkhususkan menjual pakaian yang menepati syariat.
Namun semua kena faham, House of Aurat ini tidak semestinya kita mahu memaksa semua orang untuk tampil berniqab atau memakai tudung, tetapi saya mahu menggalakkan mereka memamakai busana yang lebih sopan. Oleh itu sasaran target pembeli saya adalah universal untuk semua orang tanpa mengira bangsa dan juga agama.”
*UNTUK MEMBACA TEMUBUAL INI DENGAN LEBIH MENDALAM. DAPATKAN MAJALAH NONA EDISI JANUARI 2018 YANG SUDAH BERADA DI PASARAN.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memimpin sebuah syarikat barangan kemas terkemuka seperti Habib bukanlah satu tugas yang mudah. Bayangkan ketika segalanya berjalan lancar, tiba-tiba pula dunia dilanda pandemik COVID-19. Cabaran mengemudi perniagaan buat Pengarah Eksekutif Habib Group, Datin Sri Zarida Noordin bertambah sukar.
Dalam temu bual eksklusif bersama Majalah Nona, banyak pengalaman menarik yang dikongsikan sepanjang menempuh dugaan berniaga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Sebagai isteri kepada Pengarah Urusan, Dato’ Sri Meer Sadik Habib yang juga rakan niaganya, mereka berdua tidak menafikan ‘pening kepala’ apabila semua kedai terpaksa ditutup.
“Pertama kali kena PKP, kami suami isteri tertanya sesama sendiri. Apa kita nak buat ni? Kita ada 1,300 pekerja. Kedai-kedai semua kena tutup.
Siang malam kami bincang. Macam mana nak survive? Macam mana nak bayar gaji staf? Itulah persoalan pertama yang membimbangkan saya dan suami.”
Menariknya, Datin Sri Zarida menemui keindahan bekerja dari rumah apabila beliau mula ‘terbiasa’ dengan tugas mengemas dan memasak, sambil kerap bermesyuarat secara online di rumah. Normal baharu ini juga menyimpan hikmah tersembunyi, beliau dapat bersenam dan menumpukan masa untuk spring cleaning!
Ikuti perkongsian menarik wanita hebat ini dalam video Superwoman Talk bersama Editor Majalah Nona, Norzalina Mohd Alias…
Sejak dahulu lagi, personaliti Datin Sri Zarida yang mesra cukup menyenangkan saya. Orangnya penuh sifat keibuan serta bersemangat tinggi. Kala berbicara tentang fesyen, Pengarah Urusan PANDORA Malaysia & Brunei ini juga jelas berpengetahuan tinggi.
Semoga kekuatan diri beliau menjadi inspirasi kepada usahawan wanita lain. Berbekalkan niat yang murni, ketabahan dan sikap positifnya boleh menjadi pendorong agar kita lebih berani mendepani cabaran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Lelawati Raffik atau Datin Leyla ternyata bertuah kerana kecantikan aslinya sebagai anak kacukan Melayu-India masih terserlah walaupun kini mencecah usia 40 tahun.
Bukan saja anggun malah Datin Leyla juga berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang langsing biarpun bergelar ibu kepada tiga anak remaja iaitu Aretha Ann Philis (15), Alysha Ann Philis (13) dan Emir Adam Shah (10).
Ternyata, Datin Leyla memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang wanita, isteri serta ibu terbaik yang boleh dijadikan inspirasi buat wanita-wanita di luar sana.
RAHSIA CANTIK
“Setiap pagi saya amalkan meminum satu liter air kosong di samping mengambil suplemen secukupnya. Saya juga menggunakan produk yang bebas bahan berbahaya serta ada bukti penyelidikan. Walaupun kesannya lambat yang penting ia selamat.
Untuk kekal cergas saya melakukan rutin workout di rumah kerana tak ada masa ke gim. Di rumah pun lebih selesa dan bebas. Kalau ke spa pula biasanya saya pergi ketika bercuti saja.
Untuk penampilan antara koleksi barangan yang gemar dikumpul seperti beg tangan, kasut, buku dan minyak wangi. Salah satu jenama minyak wangi pilihan saya semestinya Guerlain Champs Elysees. Dah hampir 20 tahun saya setia dengan jenama ini.”
KELUARGA
“I’m quite a tradisional mom. Setiap hari rutin saya pasti bermula jam 5.30 pagi. Sebaik anak-anak keluar rumah sekitar pukul 6.50 pagi untuk ke sekolah, saya akan menyediakan secawan kopi bersama suplemen untuk suami.
Setiap pukul 7 pagi saya dan suami akan duduk di patio sambil menikmati kopi bersama. Ketika inilah kami akan berbincang mengenai kerja serta perancangan untuk perniagaan. Ketika ini juga saya akan berkongsi tentang perkembangan anak-anak sebelum suami ke tempat kerja.
Sebaik anak-anak pulang dari sekolah saya akan pastikan masa diluangkan bersama mereka di rumah. Kalau pada hari biasa anak-anak sibuk dengan urusan sekolah dan tuisyen. Saya dan suami pula sibuk dengan urusan kerja.
Maka, setiap Sabtu dan Ahad kami sekeluarga akan keluar sama ada menonton wayang atau makan-makan. Kadang kala, jika ada masa saya akan meluangkan masa bersama teman-teman rapat antaranya keluar minum kopi.”
IBU YANG TERBAIK
“Saya mengharapkan agar dapat sentiasa meluangkan masa bersama keluarga biarpun kadangkala sibuk dengan urusan kerja. Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang untuk saya menjadi isteri dan ibu terbaik.
Sebagai wanita saya sangat kagum kerana kita mampu mengendalikan beberapa situasi dalam satu masa. Kitalah wonder women. We can do things at one go!” Suami dan anak-anak menjadi kekuatan maka saya berusaha melakukan yang terbaik demi mereka.
Zaman sekarang nak mendidik anak-anak sangat mencabar. Sebagai ibu juga saya sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak. Saya sering meletakkan diri ini sebagai sahabat kepada anak-anak di samping menasihati, menegur dan berkongsi pendapat bersama mereka.”
KERJA DARI RUMAH
“Sebelum ini hampir 14 tahun saya dan suami berada dalam industri oil and gas. Kini saya serahkan semuanya kepada suami yang bertindak sebagai ketua atau mastermind untuk syarikat kami. Saya hanya bekerja dari rumah.
Selain menguruskan bahagian jualan dan pemasaran, saya juga bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan kakitangan dan mesyuarat. Bekerja dengan suami ada kelebihan dan cabarannya. Tapi apa yang penting saling profesional, komited dan banyak bersabar.
Setakat ini, sepanjang bekerja bersama kami tiada masalah. Sejujurnya memang seronok menguruskan perniagaan bersama suami kerana masing-masing mengambil semangat serta saling memberi sokongan. Susah senang pun bersama-sama.
Kesimpulannya saya suka bekerja dengan suami. Kami bebas berbincang apa saja perkara tanpa berselindung. Masing-masing jujur dan ikhlas memberi teguran mahupun nasihat. Yang penting hormat kedudukan masing-masing barulah segalanya mudah.”
Kredit Foto: Instagram Leyla Raffik
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rita Rudaini & Fazura cetus semangat kepada ramai wanita apabila muncul bersama dalam Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 di MITEC, simbol ketabahan dan inspirasi wanita Malaysia.