Bertuah Syafiq Yusof dikurniakan seorang isteri yang ayu dan berpenampilan menutup aurat. Pastinya kehadiran wanita hebat bernama Aeisah Zainal ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang ditempa pengarah berbakat besar, Syafiq Yusof hari ini.

Tidak dinafikan, populariti anak ketiga sutradara Datuk Yusof Haslam tersebut kian melonjak naik dan terkenal sejak karya hebatnya, Sheriff pada tahun lalu mencatat kutipan ‘pecah panggung’ mencecah RM60.5 juta.

Bahkan nama Syafiq Yusof terus menjadi bualan apabila filem Blood Brothers yang mula ditayangkan 10 April lalu mendapat reaksi positif penonton.

Aeisah Zainal Suri Hati Syafiq Yusof

Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof!

Bersandarkan status sebagai isteri pengarah terkenal namun Aeisah Zainal enggan menumpang populariti suami dan tampil ‘low profile’. Pun begitu, kelibat ibu penyayang ini sering turun padang menyaksikan filem arahan Syafiq sebagai tanda sokongan terhadap kerjaya suami tercinta.

Ads

Tanggal 5 April lalu genap 11 tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Berkongsi foto berdua di media sosial, Aeisah menitipkan ucapan istimewa buat anak lelaki Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ini.

Artikel https://www.nona.my/sambung-legasi-arwah-ibu-tun-endon-nori-abdullah-isteri-khairy-jamaluddin-reda-pemergian-bapa/

“Happy anniversary sayang. 5 April 2014 – 5 April 2025, semoga Allah SWT menjaga cinta kita hingga ke akhirat. Aamiin. Bercinta dan berkasih sayang kerana Allah SWT.”

Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof!

Ads

Pasangan ini selamat diijab kabulkan pada 5 April 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nuur Jannah berusia sembilan tahun, Nuur Nusaybah berumur tujuh tahun dan Muhammad Nu’aiman, dua tahun.

Aeisah Zainal Anak Agamawan Ustaz Zainal Ismail

Aeisah Zainal juga menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 pada 3 April lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeisah Zainal (@aeisyazainal)

Ads

Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof! Berwajah Ayu & Low Profile, Aeisah Zainal Bahagia 11 Tahun Jadi Isteri Pengarah Syafiq Yusof!

Menariknya, dia merupakan anak kepada seorang pendakwah dan agamawan iaitu Ustaz Zainal Ismail. Bagaimana pun Ustaz Zainal meninggal dunia pada 16 Jun 2021.

Aeisah sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan bidang kecantikan dan bergelar pengasas Nuurs Skin.

Moga rumah tangga yang dibina Aeisah Zainal dan Syafiq Yusof berkekalan hingga ke syurga.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI